Janji Yang Perlu di Lunaskan Kurun Ini

Daripada Ibnu Umar bahawa Nabi SAW sambil memegang tangan Sayidina Ali baginda bersabda: “Akan keluar dari sulbi ini seorang pemuda yang akan memenuhi bumi ini dengan keadilan. Maka apabila kamu meyakini demikian itu, hendaklah kamu bersama pemuda dari Bani Tamim itu.

Sesungguhnya dia datang dari sebelah Timur dan dialah pemegang Panji-Panji Al Mahdi.” (Riwayat At Thabrani)

Rasulullah SAW telah bersabda: “Aku tinggalkan padamu dua perkara. Tidak akan sesat selamanya selagi kamu
menuruti keduanya. laitu Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya.” (Riwayat Imam Malik dan Anas)

Dalam kedua-dua pusaka warisan itulah kita bertemu dengan Jadual-Jadual ALLAH yang telah di’set’ untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Kerana kasih sayang ALLAH dan Rasul-Nya pada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi Nabi dan Rasul, maka diceritakanlah apa-apa yang akan terjadi sama ada yang positif atau negatif. Supaya dengan jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima taqdir yang bakal berlaku.

Rasulullah SAW bersabda: “Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah Zaman Kenabian itu sebagaimana yang ALLAH kehendaki. Kemudian ALLAH mengangkat zaman itu.

Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulata’ ur Rasyidin) yang berjalan seperti Zaman Kenabian. Maka berlakulah zaman itu, sebagaimana yang ALLAH kehendaki.

Kemudian ALLAH mengangkatnya lalu berlakulah Zaman Pemerintahan yang menggigit (Zaman Fitnah). Berlakulah zaman itu sepertimana yang ALLAH kehendaki. Kemudian ALLAH mengangkatnya pula.

Kemudian berlakulah zaman penindasan dan penzaliman (pemerintahan diktator) dan berlakulah zaman itu sepertimana yang ALLAH kehendaki. Kemudian berlaku pula Zaman Kekhalifahan (Imam Mahdi dan Nabi Isa) yang berjalan di atas cara hidup Zaman Kenabian.” Kemudian baginda diam.(Riwayat Ahmad)

Sekarang ini sesudah 1400 tahun kewafatan Nabi perkara itu sama adabpositif ataupun negatif sudah terjadi. Ertinya, kita cukup yakin bahawa selepas ini, mana-mana jadual yang belum berlaku itu, pasti akan terjadi dan berlaku bila tiba masanya.

Di sini disenaraikan jadual-jadual yang positif saja yang telah terjadi di sepanjang sejarah. Dengan harapan agar kita semua sangat yakin tentang kebenaran ALLAH dan Rasul-Nya.

1. Rasulullah SAW bersabda: “Sebaik-baik kurun adalah kurunku, kemudian kurun berikutnya dan kemudian kurun sesudahnya.” (Riwayat Al Bukhari)

Baginda menyebut tiga kurun sebagai kurun di mana manusia yang menganut Islam secara majoriti masih baik-baik .

Yakni masih soleh dan solehah. Inilah generasi salafussoleh. Memang kita lihat hal ini benar berlaku, yang mana sesudah 300 tahun dari Rasulullah, manusia sudah mula renggang dari iman dan syariat Islam. Kalau ada pun tidak lagi secara majoriti. Bahkan makin jauh dari Zaman Kenabian.

Umat Islam makin meninggalkan Islam hinggalah akhirnya terjadi Zaman Fitnah yang membawa kepada berulangnya zaman jahiliah buat kali keduanya.

2. Rasulullah SAW bersabda: Timur dan Barat akan terbuka untuk kamu. (Riwayat Ahmad)

Hal ini pun sudah berlaku di tangan Sahabat-Sahabat dan salafussoleh itu. Hasil perjuangan mereka akhirnya 3/4 dunia ini tunduk kepada pemerintahan Islam atau menganut ajaran Islam. Bangsa Arab itu pernah jadi
empayar melalui Islam dengan dunia merujuk padanya.

Di mana saja di dunia ini ada saja penganut-penganut Islam.

3. Rasulullah SAW bersabda lagi yang maksudnya: “llmu Islam dan kefasihan bahasa Arab akan diwarisi oleh orang Mesir.”

Jadual itu pun sudah benar terjadi, yakni sejak 1000 tahun dulu dengan terbangunnya Universiti Al Azhar.

Sejak itu Mesir menjadi pusat ilmu Islam dan orang-orang Mesir cukup fasih dengan bahasa Al Quran dan Hadis dibandingkan dengan bangsa-bangsa Arab yang lain.

4. ALLAH SWT berfirman: Rom dikalahkan oleh Farsi di tanah jajahannya dan mereka (Rom) selepas itu akan mengalahkan Farsi di beberapa tahun kemudian. Sama ada sebelum dan selepas, semuanya dalam urusan (jadual) ALLAH. Ketika (Rom mengalahkan Farsi) orang Mukmin bergembira dengan pertolongan ALLAH itu. (Rum: 2-4)

Waktu wahyu ini turun, Rom dan Farsi adalah dua empayar yang menguasai dunia. Waktu itu masing-masing atas nama kristian dan majusi. Tetapi ALLAH mengkhabarkan kepada orang MUKMIN tentang jadual di mana keduanya akan kalah-mengalahkan, yang akhirnya tinggal Rom berkuasa dengan pertolongan ALLAH jua.

Apabila peristiwa itu benar-benar berlaku orang Mukmin ber-gembira kerana tepat Jadual ALLAH itu. Mereka yakin dengan pertolongan Allah itu juga kedua-dua empayar besar itu akan jatuh tersungkur kepada umat Islam. Demikianlah ALLAH mempergilirkan kuasa mengendalikan dunia kepada bangsa-bangsa.

5. Rasulullah SAW bersabda:
Konstantinopel akan jatuh ke tangan seorang ketua yang baik lagi beragama, (tenteranya) tidak melampau, tidak mencuri dan (rakyatnya) tidak penipu dan tidak bergaul bebas. (Riwayat Al Imam Abu Al Hasan Ahmad bin Jaafar) Dipetik dari kitab ‘Ukduddurar Fi Akhbar Al Muntazar.

Dalam Hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

Konstantinopel akan jatuh ke tangan seorang ketua yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik. Para Sahabat dan salafussoleh berlumba-lumba untuk merebut janji ALLAH tentang kejatuhan Konstantinopel itu.

Dengan harapan di tangan merekalah berlaku janji itu. Tetapi mereka gagal sehinggalah 600 tahun sesudah kewafatan Rasulullah. Hal itu baru terjadi di tangan Muhammad Al Fateh, keturunan Bani Usman.

Yang ekoran dari itulah Turki Usmaniah akhirnya muncul menjadi empayar kepada tiga benua dengan dua puluh sembilan buah negara di bawah takluknya. Hingga hari ini, kalau kita ke Turki, kita masih dapat saksikan kesan- kesan kegemilangan dan kegagahan Islam yang ditinggalkan itu.

6. Rasulullah SAW bersabda: ALLAH mengutuskan pada umat ini disetiap awal 100 tahun, orang yang akan memperbaharui urusan agama-Nya (mujaddid).

Hal ini pun kelihatan telah menepati jadual-Nya . Sudah tercatat kemas dalam sejarah nama para mujaddid yang lahir setiap awal kurun. Bermula dengan Sayidina Umar Abdul Aziz, Imam Syafi’i, Imam Abu Hassan Al Ashaari, Imam Al Ghazali, Imam Sayuti dan lain-lain lagi. Semuanya sudah 14 orang. Dan kini, dunia sedang menanti mujaddid ke-15. Dan kita bertuah sedang berada di kurun itu.

7. Rasulullah SAW juga bersabda: Akan sentiasa ada satu thoifah daripada umatku yang dapat menzahirkan kebenaran dan mereka tidak dapat dirosakkan oleh orang yang menentangnya.

Perihal janji ini, sejarah telah pun menceritakan pada kita bahawa bermula dari awal kurun hinggalah pertengahan dan ke hujungnya, setiap generasi mempunyai thoifah-thoifah Islam dengan ciri-ciri khususnya seperti tersebut dalam Hadis di atas mengamalkan Islam dalam hidup mereka dan bila musuhnya cuba merosakkan, ternyata thoifah itu (syariatnya) tidak rosak bahkan terus berkembang.

Hal begini nampaknya hanya terjadi kepada thoifah para mujaddid serta thoifah syeikh-syeikh tareqat di zaman gemilangnya. Selain mereka, organisasi-organisasi Islam yang berbau politik atau harakah-harakah Islam ala sekular dan persatuan-persatuan ulama rasmi kerajaan nampaknya tidak mampu memiliki ciri-ciri istimewa itu.

Mereka gagal membawa pengikut-pengikutnya menegakkan syariat Islam secara syumul dalam jemaahnya. Dan mereka mudah saja tertipu oleh musuh-musuh perjuangannya. Niat baik mereka tidak tercapai kerana laluan yang ditempuh tidak menuju ke matlamatnya.

Para pembaca yang dihormati sekalian, Cukuplah rasanya dengan menurunkan tujuh perkara dari janji-janji ALLAH dan Rasul yang telah pun berlaku itu bahawa Jadual ALLAH pasti akan berlaku menurut janji-janji- Nya. Ada yang sudah terjadi, ada yang sedang terjadi dan ada yang belum berlaku, tetapi ia pasti akan terjadi. Yang mana untuk kita umat Islam di kurun ini pun ada jadual-jadual khusus pula.

Kita dilahirkan di satu zaman yang aqidah, ibadah, akhlak, ilmu, didikan, sosial, ekonomi, politik dan seluruh aspek hidup umat Islam sudah dirosakkan oleh Yahudi, nasrani, komunis, kapitalis, nasionalis, sosialis dan lain-lain isme lagi. Juga dirosakkan oleh nafsu dan syaita serta tipuan dunia.

Inilah sifat zaman jahiliah. Sebab itu kita amat perlukan seorang rasul sepertimana umat di zaman jahiliah dulu itu mendapatkannya. Tetapi nabi dan rasul sudah tidak ada lagi. Maka ALLAH yang amat sangat penyayang dan lemah lembut itu menyimpan untuk kita, sesuatu yang mirip dengan apa yang berlaku di Zaman Kenabian itu. Yakni satu jadual yang lengkap perihal akan berlakunya kebangkitan Islam kali kedua untuk zaman jahiliah kedua ini.

Jom tengok kejap !! Untung-untung nasib dapat barang murah, rm 1.90 pun ada...

Jadual itu sebenarnya sudah lama ditunggu oleh dunia Islam. Yang mana setiap zaman umat Islam mengharapkan agar ianya berlaku di tangan mereka.

Tetapi ternyata bahawa jadual itu ALLAH simpan untuk kita. la tidak berlaku sebelum ini tapi ternyata sedang berlaku sekarang ini.

Atau kalaupun belum pasti ia berlaku di kurun ini, apa salahnya kita berlumba-lumba dan berdoa agar ia terjadi di zaman kita dan melalui tangan kita. Sebab kita pun rindu sekali untuk melihat bagaimana rupanya Jadual-Jadual ALLAH yang memaparkan kegemilangan Islam yang sangat indah itu.

Kita sudah jemu sekali hidup dalam dunia sekularis ini. Kalau para Sahabat pun iri hati dan ingin menikmati jadual agung yang dijanjikan untuk umat akhir zaman ini, mengapa tidak kita? Dan kalau
Sahabat Abu Ayub Al Ansari yang sudah tua itu pun ber- semangat muda di 1400 tahun dahulu, untuk merebut Kota Konstantinopel dari tangan kristian sebagaimana yang dijanjikan oleh Rasulullah, merebut untuk menjadi ketua yang baik kepada tentera yang baik seperti yang disabdakan, mengapa ada lagi di kalangan umat Islam mereka yang asyik berprasangka terhadap janji-janji ALLAH untuk akhir zaman ini?

Sepatutnya kita berjuang dan berlumba-lumba untuk menjayakan Jadual-Jadual ALLAH yang sangat istimewa ini, demi mendapatkan pahala-pahala besar di dalamnya.

Antara janji-janji dalam Jadual ALLAH untuk zaman ini seperti berikut:

1. Rasulullah SAW bersabda: ALLAH mengutus pada umat ini di setiap awal 100 tahun orang yang akan
memperbaharui urusan agama-Nya (mujaddid).

2. Rasulullah bersabda: Dari Abdullah bin Mas’ud dia berkata; Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW tiba-tiba datang sekumpulan anak- anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terpandang akan mereka, maka kedua mata Rasulullah SAW berlinang airmata dan wajah baginda berubah.

Aku pun bertanya, “Mengapakah kami melihat pada wajahmu sesuatu yang kami tidak sukai?” Baginda menjawab, “Kami ahlul bait telah ALLAH SWT pilih untuk kami Akhirat lebih dari dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari sebelah Timur dengan membawa bersama-sama mereka panji-panji berwarna hitam.

Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalah mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana ia dipenuhi dengan kedurjanaan. Siapa di antara kamu yang sempat menemuinya, maka datangilah mereka, walaupun merangkak di atas salji. Sesungguhnya dia adalah Al Mahdi.(Riwayat Ibnu Majah)

3. Rasulullah bersabda: Daripada Al Hassan, bahawasanya Nabi menyebut akan bala yang akan menimpa keluarganya hinggalah ALLAH mengutus Panji-Panji Hitam dari Timur, siapa yang menolongnya ALLAH akan menolongnya dan siapa menghinanya ALLAH akan menghinanya, hinggalah mereka itu mendatangi seorang lelaki yang namanya seperti nama aku.

Mereka pun melantiknya memimpin mereka, maka ALLAH pun membantu dan menolongnya. (Riwayat Nuaim bin Hammad)

4. Rasulullah SAW bersabda: Dari Tsauban r.a. dia berkata, telah bersabda Rasulullah SAW, akan datang Panji-Panji Hitam (kekuasaan) dari sebelah Timur, seolah-olah hati mereka (pendukung-pendukung) kepingan-kepingan besi (jiwa berani). Barang siapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada
mereka dan berbai’ahlah kepada mereka sekalipun merangkak di atas salji. (Dikeluarkan oleh Al Hafiz Abu Naim)

5. Hadis lain: Dari Ali r.a. dia berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Akan keluar seorang lelaki dari seberang sungai yang dikatakan (tidak diketahui nama sebenar) Al Harith bin Harrath, yang di hadapannya seorang lelaki yang dikatakan Al Mansur (yang dibantu), dia yang memudahkan urusan atau membela keluarga SAW sepertimana Quraisy yang telah membela Rasulullah SAW.

Wajib setiap orang Mukmin menolongnya atau baginda bersabda, “wajib orang Mukmin
menerima- nya.” (Riwayat Imam Abu Daud dan Al Hafiz Abu Abdul Rahman An Nasa’i, Al Hafiz Abu Bakar Al Baihaqi dan As Syeikh Abu Muhamad Al Hussain) [Di petik dari kitab Uqduddurar fi Akhbaril Muntazar]

Dalam kitab Al Ihtijaj bil-Asar ala man ankara Al Mahdi Al Muntazar karangan Hamud bin Abdulullah At Tuwaijiiri, ada menyebut Al Harith Harrath itu bukan Al Mahdi tetapi ia adalah pembantunya. Al Harith adalah namanya dan Harrath adalah gelarannya yang bererti petani yang berjaya.

la bukanlah nama bagi bapanya. Keterangan ini sebagai membetulkan Hadis yang dipegang oleh As Syeikh Abdullah bin Zaid bin Mahmud, yang ia mengatakan Al Harith bin Harran.

Manakala ada ulama lain mengatakan Al Harrith itu namanya sedangkan Harrath adalah bapanya. Di antara ketiga-tiga itu, yang pertamalah yang muktamad.

Begitu adanya, tentang masyhurnya Hadis tersebut yang selama ini sengaja ALLAH sembunyikan dari kita. Barangkali juga untuk menipu musuh-musuh-Nya .

6. Dalam Hadis lain: Daripada Ibnu Umar bahawa Nabi SAW sambil memegang tangan Sayidina Ali baginda bersabda:“ Akan keluar dari sulbi ini seorang pemuda yang akan memenuhi bumi ini dengan keadilan. Maka apabila kamu meyakini demikian itu, hendaklah kamu bersama pemuda dari Bani Tamim itu.Sesungguhnya dia datang dari sebelah Timur dan dialah pemegang Panji-Panji Al Mahdi.” (Riwayat At Thabrani)

7. Hadis yang keluarkan oleh Al Hafiz Abu Nuaim: Daripada Tsauban r.a., dia telah berkata, telah bersabda Rasulullah SAW, “Apabila kamu lihat Panji-Panji Hitam telah diterima di sebelah Wilayah Khurasan, maka datangilah ia sekalipunbmerangkak di atas salji.

Kerana sesungguhnya padanya ada Khalifah ALLAH iaitu Al Mahdi.

8. Rasulullah SAW bersabda: Terdapat dalam riwayat lain: “Sesungguhnya ketika zahir Al Mahdi, menyerulah malaikat dari atas kepalanya, “Inilah Al Mahdi sebagai khalifah ALLAH maka kamu ikutilah dia”. Seluruh manusia tunduk dan patuh kepadanya dan mengecapi kasih sayangnya. Sesungguhnya Al Mahdi itu menguasai Timur dan Barat.

Dan adapun yang membuat bai’ah kepadanya di antara Rukun dan Maqam, yang pertama sebanyak bilangan ahli Badar. Kemudian Abdal dari Syam mendatanginya, diikuti oleh Nujaba’ dari Mesir dan Asoib dari Timur. Setelah itu ALLAH mengutuskan kepadanya tentera dari Khurasan dengan bendera-bendera hitam dan mereka menghala ke Syam. Dan ALLAH menghantar kepadanya dengan 3000 malaikat dan ahli (Ashabul) Kahfi adalah di antara pembantu-pembantunya .”

Hadis dari Zarr:Daripada Abdullah, Nabi SAW bersabda: “Jika umur dunia tinggal sehari sahaja nescaya ALLAH SWT memanjangkan hari itu sehingga bangkit padanya seorang lelaki dari ke- turunanku atau dari kaum keluargaku, yang namanya menyerupai namaku, dan nama bapanya menyerupai nama bapaku, ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan saksama sebagaimana (sebelumnya) bumi dipenuhi kezaliman dan kekejaman”. (Riwayat Abu Daud dan Termizi)

10. Janji Allah untuk bangsa Arab: Daripada Zarr yang diambil dari Abdulllah mengenai sabda Nabi SAW:
“Tidak hilang atau tidak tamat umur dunia sehinggalah bangsa Arab dikuasai oleh seorang lelaki dari ahli keluargaku, namanya menyamai namaku.” (Riwayat Abu Daud)

11. Janji untuk kemakmuran dunia:
Daripada Abi Said bahawa Rasulullah SAW pernah berkata: Tidak tamat umur dunia sehinggalah bumi ini dikuasai oleh seorang lelaki dari keluargaku, dia memenuhi bumi ini dengan keadilan sebagaimana dipenuhi sebelumnya dengan kedurjanaan, dia memerintah selama tujuh tahun. (Riwayat Abu Naim)

Itulah dia Jadual ALLAH untuk kita umat Islam di akhir zaman ini. Kerana demikianlah kasih sayang yang ALLAH limpahkan pada kita hamba-Nya yang telah terbiar dalam dosa dan kejahilan sekian lamanya. Secara ringkas saya akan cuba mentafsirkan Hadis-Hadis itu setakat ilmu yang ALLAH rezekikan.

Kita sedang berada di kurun yakni kurun ke-15. Yang di waktu inilah di kurun-kurun yang sebelum ini zahirnya seorang mujaddid. Maka pasti zahir pula mujaddid untuk kurun ini di sekitar beberapa tahun lagi. Dan admin berpendapat bahawa mujaddid kurun ini adalah mujaddid yang istimewa.

la adalah saiyidul mujaddidin, penutup mujaddid yang akan menyempurnakan kebangkitan Islam sedunia.Kita sedang berada di awal kurun yakni awal kurun ke-15.

Yang di waktu inilah di kurun-kurun yang sebelum ini lahirnya seorang mujaddid. Maka pasti lahir pula mujaddid untuk kurun ini disekitar beberapa tahun lagi. Dan saya berpendapat bahawa mujaddid kurun ini adalah mujaddid yang istimewa.

la adalah saiyidul mujaddidin, penutup mujaddid yang akan menyempurnakan kebangkitan Islam sedunia.

Dunia Maklumat

Comments

3 comments… add one
  • ainun mardiah Link Reply

    Bergegaslah sekalian semua menjadi mujahid sebelum pintunya di tutup

  • Abdul Malik Hidayatullah Link Reply

    “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, IKUTILAH AKU, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.” Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

    Kita bertuah sedang berada di kurun itu dan kita akan lebih bertuah sudah mendatanginya sekarang ini. Apakah anda merasa ragu dan bimbang…???

  • Abdul Malik Hidayatullah Link Reply

    Salaamun ‘ala manittaba’al huda…
    WAHAI PARA PENANTI DAN PENCARI IMAM/PEMIMPIN…!!!

    MARILAH BERSATU, BERSAMA MENYUSUN DAN MERAPATKAN BARISAN/SHAF DI BAWAH SATU BENDERA…!!! SANG IMAM/PEMIMPIN TELAH SIAP SIAGA, NAMUN BARISAH MASIH BELUM RAPI DAN TERATUR. MASIHKAH SAUDARA RAGU DAN BIMBANG??? TANYAKANLAH KEPADA TUHANMU YANG DEKAT DAN TIDAK JAUH DARI DIRIMU…!!!
    Wassalam…

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.