Jom Terbang Dengan Harga Yang Murah

Haa camne tu nak terbang dengan harga yang best korang rasa?? Hehe ni la yang aku nak habaq. Aku tau ramai antara kita yang suka travel at least setahun sekali. Bukan apa kan, nak release tension katanya lepas penat bekerja semua. Sudah semestinya kita nak kalau boleh pergi bercuti dengan kos serendah yang mungkin tapi tetap selesa dan enjoy kan. So kat artikel ni aku nak habaq kat korang semua camne korang nak book cheap flights semudah yang mungkin.

Korang pernah dengar tak apps Traveloka yang semakin faymes tuu? Haa best tau apps tu. Kat apps tu korang boleh search pelbagai jenis flight dan harga dia. Contohnya korang nak cari flights to Langkawi promo, korang boleh pergi ke link www.traveloka.com dan korang boleh find out kat situ. Korang kena pilih sama ada sehala atau pergi balik, kemudian korang pilih korang nak naik kapal terbang dari mana, then korang pilih untuk berapa orang, aku cadangkan korang letak 1 je dulu. Korang set tarikh departure korang and tarikh balik kalau korang pilih 2 hala. Kalau tak nak harga mahal korang cari tarikh yang bukan hari perayaan atau cuti sekolah. Lepas tu korang pilih la sama ada korang nak naik economy class, business class atau first class. Dah setel semua korang klik ‘cari tiket’.

Tadaa akan ada list of penerbangan yang ada dari airlines yang berbeza. Biasanya yang paling murah akan ada kat paling atas sekali. Kalau korang rasa puas hati dengan harga tu korang boleh buat booking. Kalau tak puas hati cuba cari tarikh lain. Senang kan? Sebab korang buat perbandingan harga dari airline lain jugak kat Traveloka ni.

Tu kalau ke Langkawi korang boleh gak book untuk destinasi yang lain. Tapi kalau korang nak ke langkawi korang boleh pergi tempat yang best-best jugak. Ramai orang cakap, kalau bercuti kat Langkawi, cuma aktiviti di air sahaja yang best nak buat seperti snorkeling, main kejar-kejar kat pantai, sukan air dan macam-macam lagi. Sebenarnya, banyak lagi aktiviti menarik di Langkawi yang lain tetap best yang boleh dilakukan.

Tarikan pelancongan di Langkawi bukan hanya terdapat di kawasan pantai sahaja, bahkan di bukit, di hutan, di tasik dan jugak di darat. Pendek cerita, sama ada korang ingin bercuti secara solo, berpasangan, atau bersama anak-anak, Pulau Langkawi mempunyai pelbagai destinasi percutian menarik yang sesuai untuk semua orang.

Sebuah jambatan melengkung pejalan kaki yang terpanjang di dunia. Fakta ini sudah cukup membuatkan pelancong yang bercuti ke Pulau Langkawi tidak mahu lepaskan peluang melihat sendiri satu mercu tanda kat Langkawi yang sangat popular iaitu Sky Bridge. Kehebatan engineer yang membina jambatan ini dengan hanya menggunakan satu tiang besi sokongan memang sangat mengagumkan.

Sky Bridge yang sepanjang 125 meter ini boleh korang lalui berjalan kaki untuk melihat keindahan Pulau Langkawi dari sudut yang paling menarik. Walaupun jarak 125 m itu adalah tidaklah terlalu panjang, namun oleh kerana kerumitan seni bina jambatan unik ini, ianya mengambil masa selama 12 bulan untuk siap sepenuhnya pada tahun 2004. Lokasi jambatan ini yang terletak kat atas puncak Bukit Machinchang iaitu titik kedua tertinggi kat Pulau Langkawi, membolehkan korang melihat panorama sekeliling secara 360 darjah.

Untuk ke sini, pelancong kena menaiki SkyCab atau kereta kabel menuju ke Top Station yang terletak kira-kira 15 minit perjalanan dari stesen bawah. Sebaik sampai kat Top Station, korang kena berjalan kaki & mendaki sedikit melalui laluan yang agak mencabar sekitar 10 minit untuk sampai ke Sky Bridge. Jika korang tiada stamina, usah risau kerana terdapat perkhidmatan tram (SkyGlide) yang boleh bawa korang ke sini tanpa kena memerah keringat. Sebaik menyelusuri jambatan yang menghubungkan 2 puncak bukit ini, perasaan gerun dan seronok seolah-olah bercampur baur.

Gerun kerana jambatan ini sangat tinggi & agak bergoyang-goyang sedikit serta seronok kerana panorama alam yang terbentang luas kat depan mata yang pasti membuatkan korang tidak mahu berkelip. Masa terbaik untuk ke sini adalah pada waktu petang sedikit kerana kurang panas. Sekiranya cuaca buruk kebiasaanya SkyBridge dan perkhidmatan kereta kabel Langkawi akan ditutup. Best kan???

Comments

1 comment… add one

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.