Otak anda adalah ibarat mahkota dalaman anda dan perlu dijaga dengan baik kerana dengannya lah anda berfikir dan melakukan pelbagai tugasan di dunia ini. Ada banyak kaedah sebenarnya untuk menjaga otak anda agar memorinya stabil dan semakin meningkat prestasinya. Cuma di sini saya akan menyenaraikan beberapa darinya yang sempat saya catatkan dari pelbagai sumber.
1. Pastikan otak kita sentiasa aktif – Otak bukanlah seperti otot, tetapi biasa membuat latihan pada otak akanmenyebabkannya mengembangkan sambungan saraf yang boleh membantu meningkatkan daya memori.
2. Kurangkan tekanan – Tekanan yang terlampau walaupun tidak akan menyebabkan kepada kerosakan otak, tetapi boleh menyebabkan memori kita semakin lemah. Sehinggakan tekanan sementara pun sudah boleh menyebabkan kita hilang daya tumpuan terhadap sesuatu konsep dan pemerhatian sesuatu.
3. Komitmen – Berikan komitmen terhadap suatu tugasan dan yakinkan diri kita bahawa kita akan dapat meningkatkan
keupayaan memori otak ini. Jangan lemahkan diri kita dengan berfikiran negatif dan merasakan kita tidak bagus dalam
mengingati sesuatu.
4. Buat senaman selalu – Senaman yang dilakukan hari-hari boleh juga membantu kesihatan otak dengan perjalanan darah yang baik.
5. Makan makanan yang bagus dan sesuai – Makanan-makanan untuk menambah memori seperti kismis dan kurma perlu diamalkan memakannya. Kismis dan kurma juga merupakan antara makanan sunnah Nabi Muhammad S.a.w. Dan tidak lupa juga banyak herba-herba yang bagus boleh kita amalkan. Dan elakkan makanan yang dapat mengurangkan prestasi memori otak seperti kepala ikan, organ dalaman binatang dan seumpamanya. Dan pastikan tubuh kita sihat dengan memakan makanan yang elok-elok kerana Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud “Perut adalah rumah kepada penyakit”. Otak yang sihat pada badan yang sihat.
6. Cuba latih memori dengan gambar – Ambil sekeping gambar dan perhatikan sejenak. Kemudian tutup gambar tersebut dan cuba ingat kembali apa kandungan dalam gambar tersebut. Latihkan sentiasa dengan bermacam-macam gambar.
7. Ulang-ulangkan apa-apa yang kita pelajari – Pengulangan demi pengulangan boleh membantu perkara itu untuk masuk ke dalam memori jangka panjang otak kita. “Practise makes perfect”.
8. Wujudkan imej-imej yang jelas dalam otak kita – Kita akan dapat mengingat sesuatu dengan lagi mudah jika sekiranya kita dapat memvisualkannya dalam fikiran. Cuba bayangkan imej-imej yang mudah diingati, yang agak luar biasa sedikit dan seumpamanya.
9. Kategorikan apa-apa yang ingin anda ingatkan – Jika anda mengkategorikannya maka ianya tidak akan berterabur atau berserabut. Jadikan ianya sistematik , barulah proses mengingat akan jadi lebih mudah, insyaALlah.
10. Selenggarakan hidup anda – Kehidupan kita juga mesti diselenggarakan dengan baik seperti letak barang-barang di
tempatnya selalu, jangan meletakkannya merata-rata atau sekejap di situ sekejap di sini. Ini akan menyebabkan otak anda bercelaru untuk mengingatinya apabila anda terdesak berkehendakkannya. Kemudian catat mana-mana perlu dan lakukan segalanya dengan bersistematik setakat yang anda mampu.
11. Cuba amalkan meditasi – Kajian telah menunjukkan bahawa mereka yang selalu mengamalkan meditasi (tafakkur)
berupaya untuk fokus dengan baik dan mempunyai memori yang lebih bagus.
12. Tidur yang elok dan cukup – Dapatkan tidur malam yang selesa dan cukup iaitu sekurangnya 7 jam.
13. Berikan masa untuk anda membentuk memori – Tidak perlu tergopoh-gopoh untuk meningkatkan keupayaan memori kita.Amalkan tips-tips untuk meningkat upaya memori dengan beransur-ansur. Bagi masa kepada otak anda agar dapat membiasakan diri dengannya.
14. Belajar dari kesilapan – Cuba lah ingati apa-apa sebagai latihan dan tidak mengapa jika salah atau tersalah.
Anda boleh belajar dari kesilapan tersebut dan biasanya kita akan ingat peristiwa di mana kita melakukan kesilapan.
15. Berdoa dan bertawakkal pada Allah – Doa adalah senjata mukmin dan tawakkal hanya pada Allah agar mengurniakan kita otak yang sihat dan bagus. Wallahu a’lam.
setuju sangat
yang penting amalannya
kalau gak ada action nya ya gak jadi apaapap
istiqomah apa ek berterusanlan jangan hangat hangat
tahi ayam he taik ayam lak
everything needs your serious comitments
bukan senang untu berjaya
tapi ilmu didahulukan maksudnya dah ada ilmu naka jadi pandai
amalkan ek
Ya..yang penting setiap amalan kita hendakla istiqamah dan ikhlas..supaya setiap apa yg kita buat akan berterusan..
Artikel yang menarik. Terima kasih atas perkongsian. Cuma satu soalan saya, bagaimana ingin mengukur atau mengetahui sama ada memori kita sudah meningkat atau belum selepas kita melakukan perkara2 di atas?
Tq.