Kerugian yang dialami apabila perempuan berkerja di luar rumah

DM nak nasihat kepada perempuan yang berkerja, berhentilah berkerja supaya dapat menguruskan makan, minum, pakaian suami dan anak-anak dan supaya suami jangan cari perempuan lain dan supaya anak-anak tidak memberi kasih sayang kepada orang lain.DM pernah terlihat anak saudara DM berlari menuju penjaganya dengan tidak mengendahkan ibunya padahal keduanya baru sama-sama balik dari kerja. Ibu tu marah melihat kelakuan anaknya, apabila si suami melihat keadaan itu, si suami pun menempelak si ibu “Kan aku dah kata dulu, berhenti kerja! berhenti kerja! jangan sampai satu hari nanti anak tak kenal ibunya”, Alhamdulilah akhirnya si ibu akur dengan apa yang dikatakan oleh si suami.

DM nak ajak pembaca melihat kerugian yang dialami oleh seorang perempuan yang berkerja di luar rumah.

Cuba kita teliti pendapatan yang diperolehi berbanding kerugian yang dialami:

Pendapatan

SPM RM 1500 lebih kurang

Gaji diploma RM 2500 lebih kurang

Gaji ijazah RM 3000 lebih kurang

Kerugian dari segi ekonomi

Apabila seorang perempuan itu berkerja maka anak-anak terpaksa diserahkan kepada orang lain untuk dijaga.

Upah menjaga bayi RM200,

Upah menjaga kanak-kanak RM180 jika dua orang anak RM 360,

Perbelanjaan pergi dan balik ke tempat kerja, RM 300

Perbelanjaan makan ditempat kerja, RM 154

Ansuran kereta ,RM 500

Ini tidak termasuk kos pakaian, alat solek.

Angaran belanja keseluruhan RM 1514 dan DM masukkan angaran kasar kos pakaian dan alat solek RM 300

Setelah dihitung maka perbelanjan keseluruhan RM 1514. Ini sebenarnya perbelanjaan kasar sekiranya kita teliti mungkin lebih tinggi dari itu. Dengan itu DM nak minta masing-masing tolak perbelanjaan itu tadi dengan gaji masing-masing.

DM nak tanya “Adakah berbaloi pengorbanan seorang wanita keluar meninggalkan keluarga dengan imbuhan sebanyak ini?”.

Kerugian dari segi sosial

Hubungan kekeluargan antara ibu dan anak menjadi renggang, anak tidak mendapat kasih sayang sepenuhnya dari seorang ibu. Suami tidak mendapat perhatian isteri dengan secukupnya. Meningkatkan jenayah sosial seperti peningkatan kelahiran anak luar nikah, ini disebabkan kerana tidak mendapat didikan yang sempurna dari seorang ibu atau perempuan yang berkerja jauh dari lingkungan kawalan ibu bapa yang mudah terjebak dengan gejala sosial.

Kerugian daripada psikologi

Defeminisation of women (kehilangan sifat-sifat kewanitan), motherhood rejection (benci menjadi ibu dan memikul tanggungjawab keibuan) seperti tidak suka anak ramai, sukakan hari berkerja daripada hari rehat dirumah dan tekanan perasaan bagi isteri yang berpisah jauh dengan anak-anak dan suami

Kerugian dari segi ekonomi negara

Meningkatkan pengangguran di kalangan lelaki.

Kerajan terpaksa membayar gaji cuti bersalin dan penangungkerjanya

Bila perempuan berkerja terpaksa mengimport amah/bibik dari luar ini menyebabkan pengaliran keluar wang negara.

Kerugian dari segi agama

Percampuran lelaki dan perempuan bukan mahram, terkadang suami ditinggalkan dengan pembantu rumah, tabarruj (berhias bukan kerana suami), kesemua ini adalah haram.

DM nak ingatkan kepada pembaca bagaimana Jerman di bawah Hitler menyelesaikan masalah ekonominya dalam masa yang singkat dengan memberhentikan perempuan berkerja dan diganti dengan lelaki. Di Jepun dan Korea perempuan akan berhenti kerja apabila bersuami.

Banyak kehancuran tamadun dunia berlaku apabila perempuan campur tangan dalam urusan lelaki.

DM cadangkan kepada wanita islam “berkerjalah dirumah seperti menjahit pakaian dan lain. DM nak cadangkan pada kerajaan, wujudkan kilang dirumah, caranya mudah, sebagai contoh pembuatan pakaian boleh dikongsi oleh beberapa buah rumah, sebuah rumah memotong, satu rumah buat kocek, satu lagi buat badan, sehingga siap sehelai baju, cara ini cepat dan berkualiti kerana setiap orang menjadi mahir dengan apa yang dia buat. Cara ini juga dapat menyelesaikan masalah yang terjadi dengan sebab perempuan keluar dari rumah.

Baiklah kalau ada orang tanya kepada DM tidakkah Saidatina Khatijah seorang peniga yang berjaya? DM nak jawab dia tidak keluar dari rumah tetapi dia pemodal yang mengupah orang lain untuk memperdagangkan harta perniagaannya, bukan macam perempuan-perempuan di Pasar . Akhir kata keluarnya perempuan islam dari rumah untuk berkerja adalah menyahut seruan dekalarasi Yahudi di dalam satu muktamarnya di Mesir dalam era penjajahan British mengatakan “ Keluarkan wanita islam dari rumah mereka nescaya terbukalah aurat mereka dan tersebarlah gejala sosial “.

DM minta maaf, bukan niat saya nak merendahkan peranan wanita tetapi nak jaga agama.

8 Comments

  1. saya suka sangat baca artikel ni.. saya nak copy dan simpan dlm laptop. MMg setuju 100%…
    Utk Ummi siti – gaji suami 900? cukup sebenarnya. Kamu bole berkerja dari rumah. Yg penting keberkatan.

  2. saya seorang guru, dah 11 tahun ngajar. Ramai pelajar2 saya tak solat bila dirumah. Saya tanya kenapa? Adakah ibubapa kamu suruh? Mereka jawab ya,” mak ada suruh tapi setakat suruh je, mak takde rumah pun sbb mak keje, keluar pagi balik malam… takde sapa pun nak pantau saya”.. hu hu..

  3. Saya suka blog nie … info terkini… thanks ..

    teruskan berkarya.. semoga lebih ramai yang mendapat manfaat dari penulisan awak.

  4. saya ingin bertanya, bagaimanakah status aurat dgn bapa madu, kerana saya biasa ikut bersama madu pulang ke kampungnya manakala bapanya menganggap saya seperti menantunya yang lain

  5. Saya baru je resign keje gomen.mak punyalah marah..die kata apa hukum hancurkan hati mak?pdhl sy dah bersuami..

  6. hi.. saya ibu kepada 1orang anak lelaki 2tahun, dan sedang mengandung 7bulan.. saya memg berniat untuk berhenti kerja dan jaga anak saya sendiri sebb saya rase anak kurang perhatian dari saya dan kerap bertanya mana ibu,mana ayah. buat masa sekarang mak saya tlng jagakan dari lahir. nk menunggu kelahiran kedua plak saya pening fikir siapa pulak nak jaga. so saya decide n bincang dengan suami , saya akan berhenti kerja selepas saya lahirkan anak ke2. cuma perkara lain yang saya runsing plak kewangan… saya berbelah bagi pulak.. tolong saya….

  7. hai…tq infonya.sangat bermanfaat utk renungan semua.sy seorang fulltime housewife..hsbnd keje tentera darat.hsbnd sllu bz ngn keje..sangat jarang ada kat rmh.klu xsibuk ngn keje dlm kem mesti sibuk ngn kursus berbulan2 tu.klu bkn kursus mesti g operasi jg berbulan2..klu bkn operasi mesti sibuk ngn latihan & pertandingan sukan.mmg lh selalunya sibuk.sampai anak yg ke2 pun takut tengo muka bapa dia msa dia kecik2 lg sbb jarang sangat bersama ngn bapa dia.Dan mmglh ank2 sy ni kekurangan kasih syg & perhatian dr bapanya.kdg2 hsbnd ada kat rmh pun dia hbskn masa utk berehat sj.Tapi syukurlh sgt sy surirumah 24jam.sy boleh adjust masa & luangkn waktu utk ank2.sy blh pantau ank2 24jam & yg paling penting dpt hantar ank2 ke kelas agama tiap minggu.sy blh bersama ank2 ketika belajar/mgulangkji pljran kt rmh.sy jg punya waktu utk menjenguk ank kt sekolah & dpt wujudkn komunikasi dgn cikgu kt sekolah sekaligus dpt berbincang sekiranya ada apa2 masalah ttg ank2.sekurang2nya bila hsbnd xde kt rmh sy blh jga ank2 dgn baik.sy akui bila hsbnd jarang ada kt rmh seperti ada sesuatu yg kurang.seperti hati sy sepi..kurang kasih syg & meronta mahukan belaian.jadi sy fikir jika sy & hsbnd sibuk berkerja(seandainya sy berkerja) begitulh rasanya apa yg ank2 rasakn.jd sy xmau ank2 merasakn hal yg sama.itulh alasannya sy mau berusaha & bertekad utk kebahagiaan ank2..menyayangi & menjaga mereka sepenuhnya.mahu mengganti kasih syg bapa mereka yg telah terlps semasa kesibukkannya..hehee…syukurlh kpda Tuhan.sy ikhlas.sy xmahu makanan yg enak2.pakaian yg branded bagai.asal ada..cukuplh.syukurlh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *