Kutu Kucing dan Rawatannya

Terus terang penulis katakan, biarpun penulis seorang penggemar kucing, penulis sendiri tidak mengetahui akan kewujudan penyakit kulit ini sehinggalah seorang saudara penulis – yang kebetulannya pula tidak menyukai kucing – menghidapinya. Kami terkejut apabila doktor pakar kulit mengatakan dia telah terkena jangkitan gigitan kutu kucing.

 

kutukucing

(c)dearcats.blogspot.com

Apa itu kutu kucing?

Kutu kucing adalah puntianak-puntianak kecil yang gemar berselindung dan berkampung dalam tubuh mungil kucing-kucing comel anda. Bagi sesiapa yang bijak menjaga kucing dan sering menghantarnya untuk grooming, anda jarang akan menghadapi masalah ini.

Kelazimannya menjadikan darah haiwan sebagai santapan, apabila kelaparan ia akan menjadi lebih open-minded dan bersedia menghisap darah mangsa yang terdedah, contohnya manusia. Namun, keadaan manusia yang kurang berbulu seperti mamalia-mamalia lain menjadikan kita habitat yang kurang sesuai untuk kutu-kutu membina hidup dan keluarga.

Walaupun begitu, ini tidak bermakna gigitannya tidak menyengat. Sesiapa yang pernah mengalaminya akan menghadapi kegatalannya yang kerap serta gerun akan rupa kulit mereka yang telah menjadi berbiji-biji dan bertompok-tompok merah.
Usah gusar, berikut terdapat beberapa petua yang penulis ingin kongsikan. Petua-petua ini penulis dapat apabila sama-sama mencari dengan saudara penulis kerana terlalu kasihankan keperitannya.

Petua-petua merawat sakit kutu kucing:

1. Bersihkan kawasan rumah.

Amat penting, kerana biarpun telah merawat kulit, risiko untuk kena kembali amat tinggi jika rumah masih didiami kutu-kutu durjana ini. Vakuum karpet dan apa-apa perhiasan serta pakaian berbulu, kerana kebarangkalian kutu-kutu tertipu dengan ‘hartanah’ palsu lalu membina rumah di dalamnya.

2. Rajin membersihkan diri

Jangkitan kuman boleh mengakibatkan keradangan. Jika ada air berlebihan, mandi dan keringkan diri dengan baik. Cuci kawasan gatal dengan air sejuk untuk mengurangkan keradangan, dan kerap menggunakan sabun antibakteria supaya tidak merebak ke kawasan kulit yang lain. Elakkan menggunakan air panas atau suam. Biarpun kebiasaannya air panas atau suam digunakan untuk membunuh atau membersihkan kuman, pada situasi ini ia cuma akan memburukkan lagi keadaan kulit dan menyebabkan kerengsaan.

See also  Jus Harum Malam Menyelesaikan Masalah Dalaman Wanita

3. Gunakan Sapuan Yang Elok

Antara bahan sapuan yang berkesan penulis jumpai disyorkan oleh mereka yang pernah menghadapinya adalah:

3.1) Minyak Kelapa Dara Asli

Antara yang amat disyorkan berikutan dihasilkan daripada bahan asli, justeru tiada kesan sampingan. Ia tidak memberi kesan sepantas hydrocortisone

3.2) Hydrocortisone

Antara yang sering disyorkan doktor-doktor pakar kulit kerana kesannya yang cepat (sekitar 2-3 minggu). Namun begitu, terdapat perdebatan mengenai kesan sampingan krim hydrocortisone.

Terdapat beberapa isu yang diutarakan mengenai penggunaan kerap atau ketumpatan yang lebih kuat dalam krim hydrocortisone yang boleh menyebabkan penipisan kulit,perioral dermatitis, kerosakan pada organ-organ seperti hati dan buah pinggang, serta sistem imunisasi badan.

Selain itu, dicatatkan di Skin-Remedies.com, jika lebih daripada 500g hydrocortisone (dalam krim hydrocortisone tersebut)digunakan dalam seminggu, ia cukup dengan penyerapan pada kulit untuk menyebabkan pengekangan kelenjar adrenal, malah bagi sesetengah boleh menyebabkan sindrom Cushing.

3.3) Losyen Calamine

Losyen Calamine sering dicadangkan untuk mengurangkan rasa kegatalan.

3.4) Pes Baking Soda

Jika anda kurang gemar menggunakan bahan-bahan campuran kimia yang kuat untuk mengurangkan rasa gatal, boleh cuba teknik ini. Campurkan sedikit air dengan soda penaik sehingga menjadi pes ( tidak terlalu cair, tidak terlalu pekat, cukup untuk dilumurkan pada kulit). Biarkan beberapa ketika atau semalaman.

4. Jangan Garu

Kuku dan tangan kita menyimpan banyak kuman. Tambahan pula, menggaru kawasan gatal bukan sahaja akan membantu merebakkan lagi bakteria dan jangkitan akibat gigitan kutu kucing itu, malah akan menyebabkan kerengsaan dan membengkak lebih kuat berikutan kulit disitu adalah lebih sensitif.

 

Dengan ini, moga bertambah ilmu mengenai jangkitan umum namun jarang dibicarakan.

2 comments… add one
  • saiful Link Reply

    sangat membantu.. tq admin.. btw rumah sy bru kena serang ngn kutu nie.. maybe bawaan dri luar.. maybe dri jiran bawah rumah sy.. gatal satu badan kena gigit..

  • Lina Link Reply

    Malhnya cmne nk ilangkn kutu yg bersarang dlm umh..stress la..cian bby sy bru 4 bulan.

Leave a Comment