Logo Baru Windows 8

Logo baru Windows 8 kini sudah dimunculkan, kebetulan hampir dengan pelancaran edisi Consumer Preview untuk memperlihatkan versi terbaru Windows itu kepada peminat Windows hujung Februari 2012 ni.

Microsoft menampilkan logo Windows 8 seakan bentuk bendera Finland atau England. Warna latar logo itu adalah biru manakala tanda tambah (+) di letak di tengah-tengah menjadikannya seakan sebuah tingkap.

Reka bentuk ini kami lihat menyamai interface Metro yang akan digunakan di ruang Desktop pada Windows 8 nanti. Microsoft telah mengupah Pentagram, syarikat untuk mencipta logo baru Windows 8.

Logo Windows pada tahun-tahun lalu lebih mengambil bentuk bentuk bendera dari bentuk tingkap speerti yang kami paparkan pada imej di atas.

Lenovo IdeaPad Yoga mungkin akan menjadi tablet terawal yang dijual dengan Windows 8, ViewSonic akan turut melancarkan tablet Windows 8 mereka antara April-Jun 2012 nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *