Masalah Kesukaran Tidur

tidurrrrr
Kekurangan tidur pada setiap hari boleh menjejaskan kesihatan menyebabkan tubuh menjadi lemah. Masa tidur yang ideal untuk orang dewasa ialah 6-8 jam sehari manakala golongan anak-kanak memerlukan masa tidur yang lebih panjang. Selain itu, masa tidur bagi golongan warga emas adalah jauh lebih pendek iaitu sekitar 4-5 jam sahaja. Terdapat pelbagai faktor yang membawa permasalahan kurang tidur tersebut. Antaranya ialah:

  • Berfikir akan masalah secara berterusan yang menyebabkan stress dan kemurungan
  • Cara hidup gaya yang tidak teratur
  • Pengambilan dadah serta minuman alhohol
  • Mempunyai masalah fizikal seperti sakit dan sukar bernafas
  • Keadaan sekeliling yang tidak selesa seperti panas dan bising

Masalah kekurangan tidur akan memberikan kesan kepada diri seseorang iaitu seperti mudah marah, emosi terganggu, sukar memberi perhatian, mudah buat kesilapan dan sebagainya. Hal ini bermaksud masalah tidur yang berterusan boleh menjejaskan aktiviti, kerja, emosi dan perhubungan seharian. Oleh yang demikan, adalah penting untuk mengatasi masalah kesukaran tidur tersebut. Antara kaedah yang boleh digunakan adalah:

  • Amalkan gaya hidup sihat berhenti merokok, bersenam di waktu pagi dan kurangkan mengambil makanan berat sebelum tidur.
  • Amalkan waktu tidur yang teratur seperti mengubah persekitaran tidur iaitu menggunakan bilik untuk tidur, ikut jadual tidur, tidur apabila mengantuk dan berehat sebelum tidur.
  •  Elakkan daripada mengambil dadah dan alkohol serta bahan berbahaya.
  • Amalkan pengurusan stress yang baik seperti berfikir positif dan elakkan terus beremosi
  • Membuat rawatan bagi masalah fizikal dengan meminta nasihat doktor

9 Comments

  1. fyna selalu ada masalah ini.. ^_^

  2. sy klu hari berkerja kt rumh lamt tdo..klu esoknya cuti tak kerja mata mudah pula nak tdo hee..

    sllu klu esok cuti sy akan lewat tdo..sb leka bt diy atau klu tka done hari sabtu saya tak tdo pgi dlm jam 3 pgi bru tdo heee..

  3. ambiilah masa utk tidur.klu kata kit aterlebih tdo cuba kurngkan.. bgtju juga sebaliknya.tdo mesti seimbag klu tka badan2 stamin kita akan kurg fokus bila buat sesuatu perkara nnti

  4. kesuakaran tidur bila terlampau stress, otak banyak fikir dan setiap kali final exam menjelang…

  5. bab tidur memang kadang-kadang memang macam tak berapa cukup sebab agak selalu sibuk.

  6. kalu saya dapat arahan utk siapkan assingment mals nk buat sllu buat saat2 akhir heee

  7. terima kasih banyak dengan sudah menshare berita yang sangat
    membalut gan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *