Maybank2u Online Banking – Bank Pilihan Rakyat Malaysia

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Maybank Bank Pilihan Rakyat MalaysiaMaybank2u Online Banking

Maybank2u adalah salah satu servis perbankan yang ditawarkan oleh Maybank kepada para pengguna Maybank. Ini adalah salah satu alternatif pengurusan kewangan yang bijak bagi menjamin keselesaan pengguna dan menjimatkan masa pengguna Maybank daripada beratur panjang untuk mengambil nombor dan menguruskan unit kewangan mereka di cawangan Maybank.

Servis utama Maybank2U ialah, Perbankan secara online. Ini termasuklah untuk pengguna mengemaskini akaun maybank mereka, membuka penyata untuk dicetak, membuat pindahan wang antara bank dan juga servis-servis lain seperti pelaburan matawang asing, Amanah saham Berhad dan juga laporan kecurian atau kehilangan kad Debit ATM.

Melalui Maybank2u, pengguna boleh membuat pindahan antara bank iaitu dengan mengakses laman, pindahan wang dan menekan pada bahagian akaun sendiri ataupun akaun lain samada pada akaun maybank ataupun bank lain.  Kemudian, pengguna diperlukan untuk menaip bahagian tarikh wang akan dipindahkan samada pada hari ini atau hari esok. Sekiranya tarikh berkesan yang dipilih adalah hari ini, maka pindahan wang akan berlangsung pada hari ini dan penerima boleh melihat baki pindahan pada hari yang sama juga manakala sekiranya tarikh yang lain dipilih, wang akan dipindahkan dan masuk ke akaun penerima pada tarikh yang ditetapkan tersebut.

  • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

Pindahan antarabangsa juga boleh dibuat dengan ‘Wire Transfer atau Immediate Transfer’. Pengguna perlu mengakses bahagian akaun dan menekan pindahan wang. Pengguna dikehendaki untuk klik pada bahagian ‘Open 3rd Part Account’ atau ‘Favourite 3rd party account’. PIlihan yang sama iaitu tarikh wang dipindahkan pada hari ini atau pada tarikh yang diinginkan sama seperti pindahan antara bank.

See also  Cara Menjual di Lelong.com.my ( Individu)

Selain itu, servis lain seperti pembayaran bil dan pinjaman juga boleh dibuat melalui Maybank2u dengan mengakses bahagian pembayaran bil di web. Pengguna akan diminta untuk memilih organisasi atau firma yang berkaitan untuk pembayaran dan perlu menaip pada bahagian borang digital yang telah disediakan. Sekiranya selepas diserahkan dan dihantar kepada pihak Maybank, akaun akan member notifikasi pada skrin menyatakan transaksi telah berjaya dan pengguna akan diberi rekod di dalam akaun maybank2u mereka untuk dirujuk.

Pengguna Maybank2u boleh melaporkan kecurian ataupun kehilangan kad Debit ATM Maybank mereka dengan mengakses laman servis lain di Maybank2u online. Kemudian, pengguna dikehendaki menekan ‘laporkan kehilangan kad ATM’. Borang online akan diserahkan dan pengguna boleh memasukkan status kehilangan dan mencetak laporan untuk dicerahkan kepada pihak Maybank. Maybank akan serta merta menamatkan kad ATM yang lama dan menggantikannya dengan yang baru supaya aset pengguna tidak terganggu atau dicuri oleh pihak ketiga.

Join Affiliate Shopee Percuma Klik - AFFILIATE SHOPEE
1 comment… add one
  • Rudy Link Reply

    saya pun pilih bank rimau 🙂

Leave a Comment