Menuju Gerbang Perkahwinan – Apa di Sebaliknya?

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Menuju Gerbang Perkahwinan

Firman Allah S.W.T : “ Wahai manusia, bertaqwalah kamu kepada Allah yang menjadikan kamu dari jiwa yang satu dan dijadikan daripadanya pasangannya dan berkembang antara keduanya banyak lelaki dan perempuan….”(An-Nisa’ : 1)

Perkahwinan disyariatkan sesuai dengan fitrah manusia yang dijadikan oleh Allah berpasang-pasangan, lelaki dan perempuan dan saling memerlukan antara satu sama lain. Perkahwinan juga berupakan saluran untuk mendidik nafsu dan menjaga kesucian diri daripada terjerumus kepada perkara yang haram. Bahkan, al-Syahid Hasan al-Banna meletakkan pembentukan bait muslim sebagai peringkat kedua di dalam amal Islami selepas pembentukan peribadi muslim kerana keluarga yang dibina di atas landasan yang kukuh akan membentuk masyarakat yang sejahtera. Oleh itu,proses pra-perkahwinan bukanlah suatu perkara yang boleh dianggap remeh, bahkan lebih jauh lagi ia akan memberi kesan kepada pendidikan anak-anak. pengislahan keluarga dan pembinaan generasi yang akan mewarisi tugas khalifatullah di atas muka bumi ini

Maka, tidak hairanlah mengapa Islam meletakkan beberapa panduan untuk memilih pasangan hidup semata-mata bagi memastikan kesejahteraan hidup berumahtangga berkekalan dan matlamat-matlamat tersebut tercapai. Antara kriteria yang perlu diberi perhatian ialah mestilah memilih di atas dasar agama, berkeperibadian mulia, bukan daripada kerabat yang dekat. mengutamakan gadis daripada janda dan mengutamakan wanita yang boleh melahirkan anak danpada yang sebaliknya. Yang dimaksudkan dengan beragama di sini ialah memahami Islam dengan sebenar-benarnya dan beramal dengan syariat Islam di dalam tingkahlakunya serta berakhlak mulia.

Sabda Rasulullah S.A.W di dalam hadith yang bermaksud: “ Wanita dikahwini kerana empat perkara : hartanya, kedudukannya, kecantikannya, dan agamanya. Maka carilah yang memiliki agama, nescaya nescaya kamu akan berpuas hati.” Di dalam hadith yang lain Rasululah S.A.W menyebutkan tentang keutamaan memilih isteri yang mempunyai akhlak dan berpegangteguh kepada agama sekaliupun tidak mempunyai harta dan kecantikan jika dibandingkan dengan yang lain dengan sabda baginda yang bermaksud: “Janganlah kami mengahwini seorang perempuan kerana kecantikan. Mungkinkecantikan itu akan memburukkan hidup. Jangan mengahwini mereka kerana harta, mungkin harta menyebabkan kezaliman mereka. Tapi kahwinilah mereka di atas dasar agama. Seorang sahaya yang hitam, berbibir tebal yang beragama adalah lebih baik. “

Pemilihan pasangan yang bukan dari kerabat yang dekat pula, selain daripada memelihara hubungan kekeluargaan daripada terputus apabila berlaku perceraian, ia juga untuk mengelakkan anak yang lahir terkena penyakit keturunan dan bertubuh lemah. Ia bukan sahaja disebutkan di dalam hadith, bahkan telah dikukuhkan oleh faktor saintifik yang menyatakan bahawa setiap ibu dan bapa membawa gen atau maklumat genetic yang tersendiri di mana gen ini terbahagi kepada resisif (lemah) dan dominan (kuat). Contoh sifat dominan ialah warna kulit normal dan contoh gen resesif warna kulit albino (putih) dan kebiasaannya penyakit keturunan dibawa oleh gen resisif .

Seterusnya, keutamaan memilih anak gadis berbanding janda pula adalah kerana gadis lebih menghargai suaminya kerana itulah lelaki pertama dalam hidupnya. Walaupun begitu, dalam sesengah keadaan, memilihjanda lebih baik jika tujuannya untuk membantu memelihara anak-anak yang kehilangan ibu dan membela nasib mereka . Manakala keutamaan memilih wanita yang boleh melahirkan anak ialah sesuai dengan hikmah perkahwinan untuk melahirkan zuriat dan Rasulullah sendiri berbangga dengan bilangan umat baginda yang ramai pada hari Qiamat kelak.

  • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

Bagi wanita, kriteria yang ditekankan dalam pemilihan suami ialah di atas dasar agama sebagaimana Rasulullah pernah menyuruh para wali untuk memilih pasangan anak perempuannya di atas dasar agama melalui hadith riwayat at-Tirmizi yang bermaksud: “Apabila datang kepadamu seorang yang diredhai agama dan akhlaknya, maka kahwinkanlah dia. Jika tidak akan berlakulah fitnah di atas muka bumi dan kerosakan.”

Fitnah yang besar yang dimaksudkan ialah apabila seseorang wanita yang solehah dikahwini oleh seorang lelaki yang tidak beramal dengan akhlak Islam yang memaksa isterinya mentaati perintahnya bagi melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan agama.

Kafaah boleh dinilai dari banyak sudut sama ada dari sudut ilmu, taraf kehidupan, pegangan agama dan pemikiran. Dalam istilah biasa, kafaah boleh juga diertikan sebagai kesesuaian dan keserasian jiwa serta permikiran. Keserasian ini penting dalam menjayakan usaha dakwah yang terpaksa melalui jalan yang jauh, panjang, lagi getir dengan pelbagai dugaandan tribulasi perjuangan. Sekiranya pasangan yang dipilih tidak memiliki keserasian cita-cita serta idealisme perjuangan, beliau akan terpaksamengambil masa yang banyak untuk mencari titik penyesuaian, membimbing, membina kefahaman, mencari kekuatan diri sendiri,  sehingga akhirnya sama ada beliau berjaya memimpin pasangannya, atau sebaliknya beliau sendiri yang tewas dan hanyut hingga gugur dari jalan dakwah.

Islam tidak menafikan pentingnya perasaan cenderung (rughbah) bagi seseorang terhadap pasangan bagi memastikan kebahagiaan hidup berumahtangga. Justeru. diharuskan untuk lelaki melihat calon pasangan hidupnya sehingga timbul perasaan senang di hatinya, begitu juga sebaliknya bagi wanita dengan adab dan batas syariat. Tujuannya adalah untuk menumbuhkan perasaan sayang menyayangi di antara satu sama lain sehingga mendorong mereka mendirikan rumahtangga dan mengelakkan timbul perasaan tidak puas hati selepas berlakunya  perkahwinan.

Suatu perkara yang perlu diambil perhatian apabila seseorang lelaki ingin melamar seseorang wanita atau datang seorang lelaki melamar seseorang wanita,maka hendaklah beliau merisik keperibadian calon tersebut melalui orang yang mengenali wanita atau lelaki tersebut. Bagi lelaki boleh merisik melalui sama ada ibunya atau mana-mana  wanita yang dipercayainya, atau bagi wanita melalui walinya atau wakilnya yang dipercayai.

Dalam konteks di Mesir, urusan merisik bolehlah dilakukan melalui Unit Bait Muslim atau pasangan yang telah berkahwin bagi menjaga agar tidak tersebarnya fitnah kepada sahabat-sahabat yang lain. Tujuannya adalah untuk merisik akhlak, sifat, asal-usul, keturunan, ketakwaannya dan lain-lain perkara yang dapat menenangkan dan meyakinkan seseorang dengan calon tersebut.Selain itu,mereka juga disarankan untuk melakukan sunat istikharah, solat hajat dan memperbanyakkan doa.

Akhirnya, nasihat penulis kepada pasangan yang telah mengikat hubungan pertunangan atau seumpamanya, disarankan agar sentiasa menjaga batas-batas yang telah ditetapkanoleh syara’ sepanjang tempoh sebelum berkahwin. Jadikanlah waktu tersebut suatu tempoh terbaik untuk membina keserasian dalam lingkungan yang dibenarkan dan membina persediaan diri dari sudut fizikal, mental dan spiritual. Jauhilah unsur-unsur syubhat dan haram dalam berhubungan sama ada berdating, asyik bertelefon, asyik bertukar mesej dan sebagainya tanpa ada keperluan yang penting agar hubungan yang  didasari mencari redha Allah S.W.T tidak  bertukar sebaliknya. Adalah lebih baik ikatan sebelum perkahwinan itu tidak terlalu lama dan urusan perkahwinan disegerakan sekiranya berkemampuan demi menjaga kesucian hati masing-masing.

Bagi yang menghadapi masalah dan belum bersedia ke gerbang perkahwinan, bentengilah din kalian dengan sifat  al-‘Iffah (menjaga kesucian diri). Mudah-mudahan sifat pemuda atau pemudi yang soleh/solehah dan menjaga keperibadiannya semasa zaman remajanya serta suami isteri  yang bertaqwa akan diwarisi oleh generasi yang bakal dilahirkan. Firman Allah S.W.T, “Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan dan keturunan kami sebagai penyejuk hati kami dan jadikanlah kami ikutan bagi orang orang yang bertakwa.” Wallahu’alam.

Join Affiliate Shopee Percuma Klik - AFFILIATE SHOPEE
See also  Malapekata Akhir Zaman
1 comment… add one
  • Amir Link Reply

    mungkin kita rasa kita kahwin lambat lagi, tapi berdoalah dari sekarang agar Allah kurniakan jodoh yang baik-baik. Aamiiin.. 🙂

Leave a Comment