Hari ini, Saya nak kongsikan kepada anda Nama-nama Malaikat yang kita WAJIB ketahui tapi ramai yang dah lupakannya. Mungkin kalau anda bertanya kepada sesiapa, mungkin mereka akan ingat sebahagian sahaja daripada nama-nama malaikat tersebut. Jadi, untuk ingat semula nama-nama malaikat dan setiap tugas mereka, aku listkan nama-nama tersebut. Semoga kita semua dapat ingat nama-nama ini.
1. Jibril/Jibrail tugasnya menyampaikan wahyu kepada Nabi2 dan Rasul2 Allah. Jika korang perasan, korang akan ingat tentang Jibrail bila wahyu diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W di Gua Hira’. Betul tak?
2. Mikail – menurun rezeki dan menurunkan rezeki. Jadi, sekarang korang tahu malaikat mana yang menjalankan tugas menurunkan rezeki dan hujan.
3. Israfil – meniup sangkakala bila hari hendak Kiamat. Ini antara salah satu tugas yang sangat ditakuti oleh ramai orang. Bila malaikat Israfil menyiup sangkakala, ini menandakan hari kiamat bakal tiba..
4. Izrail – mencabut/mengambil nyawa (malaikat maut). Malaikat nilah yang akan mengambil nyawa kita bila masa kita dah tiba untuk pergi dari dunia ini.
5. Munkar dan
6. Nakir – menyoal mayat dalam kubur. Sebaik sahaja orang hidup meninggalkan kubur yang baru ditanam sejauh 7 langkah, lalu datanglah malaikat berdua ini. Kalau korang banyak buat jahat, pandai-pandailah jawab dalam kubur nanti ekk..
7. Raqib – menulis dan mencatat amalan kebaikan semasa kita di dunia ini (duduk dibahu kanan).
8. Atid – menulis dan mencatat amalan kejahatan semasa kita di dunia ini (duduk dibahu kiri). Dua malaikat ni sentiasa bersama kita. Cuma kita selalu lupa akan mereka. Percayalah, mereka sentiasa tidak jemu menulis setiap amal kebaikan dan kejahatan kita didunia ni. Jadi, jangan buat jahat dan buat amal yang baik selalu.
9. Ridwan – menjaga pintu syurga. Rasa-rasanya ramai orang namakan anak mereka dengan nama riduan. Mungkin sebab teringat akan nama malaikat Ridhuan. Mungkin dengan harapan, anak mereka menjadi seorang yang baik.
10. Malek – menjaga pintu neraka. Malaikat ni, korang takkan jumpa kalau korang tak masuk neraka. Dan wajah malaikat Malek sangat menakutkan ahli-ahli neraka.
Hafal nama maklikat melalui lagi sahaka… 🙂 slahmadulilah ingat,
kalu yang tdk wajib
kalau yang tidak tahu