BlackBerry World akan diadakan di Orlando World Center Marriott, Florida pada tarikh 1-3 Mei 2012.
Pameran ini bertujuan untuk memaparkan produk-produk terbaru BlackBerry disamping memberi aliran maklumat terbaru buat pengguna BlackBerry, pengujung yang datang dijangka terdiri dari kalangan pegawai ICT professional, pengguna Blackberry biasa, ahli perniagaan juga pihak media.
Dengan menghadiri BlackBerry World, setiap pengguna akan dapat melihat sendiri peranti-peranti wireless terbaru yang serasi untuk digunakan pada smartphone BlackBerry juga pada tablet BlackBerry Playbook, selain itu pengguna bakal mendapat informasi terbaru bagaimana untuk memanfaatkan smartphone BlackBerry dengan lebih baik lagi.
Jika Anda mahu melihat gambar, video serta apa yang ada dalam Blackberry World nanti, klik pada link dalam ruang di bawah untuk ke laman rasminya.
BlackBerry World