Ruam panas juga dikenali sebagai ruam gatal atau ruam mencucuk di mana ia terjadi apabila keadaan bayi adalah panas atas faktor cuaca yang panas serta lembab. Antara petanda bayi dijangkiti ruam panas adalah timbul ruam merah yang terang serta bintik-bintik di bahagian leher, bawah lengan atau di tepi lampin. Ia juga boleh timbul di bahagian seperti kulit kepala jika bayi memakai topi. Biasanya, ruam panas akan hilang dalam tempoh beberapa hari. Berikut merupakan panduan untuk menghilangkan ketidakselesaan bayi dan melegakan rasa gatal:
- Elak daripada persekitaran yang panas dan lembab – cari ruang yang berangin atau teduh yang boleh memberi keselesaan kepada bayi dan membolehkan bayi kurang berpeluh. Anda juga boleh menggunakan kipas mini apabila keluar ketika cuaca panas.
- Pastikan badan bayi dalam keadaan sejuk – hal ini bermaksud sejukkan bahagian kulit yang sudah terjejas menggnakan tuala sejuk yang basah atau mandikan bati dalam air suam. Seterisnya, biarkan kulit nya menjadi kering dalam udara biasa dan adalah lebih baik jika tidak menggunakan tuala secara kerap.
- Tanggalkan pakaian bayi atau memakaikan baju kain benang – anda harus elakkan daripada menggunakan kain fabric sintetik seperti nilon atau polister kerana ia akan memerangkap panas. Adalah lebih baik jika menggunakan fabrik natural sahaja. Selain itu, adalah digalakkan untuk menanggalkan atau melonggarkan baju bayi serta tidak memakai lampin secara kerap.
- Sapu losyen kalamin – anda digalakkan untuk menyapukan losyen tersebut di bahagian kulit bayi kecuali yang berdekatan dengan bahagian mata. Anda boleh menyapukannya ketika bayi kerap menangis dan tidak selesa ketika anda menyentuh kulit bayi anda.
- Mendapatkan rawatan dan nasihat doktor – adalah lebih baik jika anda berjumpa dengan doktor untuk mengetahui keadaan semasa bayi anda. Selain itu, doktor juga akan mengesyorkan losyen yang sesuai untuk digunakan kepada bayi anda. Elakkan daripada salah menggunakan losyen lain kerana berkemungkinan ia akan membuat ruam menjadi lebih teruk. Oleh itu, mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor adalah digalakkan untuk memastikan keadaan bayi cepat pulih.
Panduannya benar sekali, saya lebih sering menggunakan lotion pada bayi dan memakaikannya baju katun yang dapat menyerap lebih banyak keringat 🙂
Terbaik! Eloknya dapatkan nasihat pakar kanak2 supaya tak tersalah jenis ubat ruam
thanks bro berkongsi =)
mujur ada info yg baik..thanks bro …^_^