Ulama besar Syria Dr. Sa’id Ramadhan Al-Buti meninggal dunia dalam sebuah serangan di Masjid Al Iman. Beliau meninggal pada Khamis malam jumaat sedang beliau memberikan ceramah di Masjid yang berada di Damaskus, ibukota Syria.
“Ketika wafatnya seorang kekasih Allah swt maka menangislah seluruh penduduk-penduduk langit dan mereka berbaris dari bumi hingga ‘Arasy dan dibukakan pintu-pintu langit bagi menyambut rohnya..”
– H.R.Imam Ahmad,Abu Syeikh,al-Baihaqi,al-Hakim dan Ibnu Abi Syaibah –
Innalillahi wa inna ilaihi raji’un. Al-Fatihah buat al-‘Alim al-Allamah al-Mujtahid al-‘Arifbillah asy-Syahid Syeikh Dr. Sa’id Ramadhan Al-Buti, rahimahullah wa nafa’ana bi ‘ulumihi fiddarayni..Aamiin, yang meninggal dunia dikatakan setelah dibom di dalam Masjid Iman di Damsyiq, Syria ketika sedang mengajar.Ada juga sumber mengatakan beliau syahid setelah ditembak oleh rejim Basyar. Wallahua’lam.
Sebagaimana yang dikatakan oleh al-Allamah al-Habib Umar BenHafiz, حفظه الله
“Beliau meninggal dunia pada waktu yang mulia di antara waktu Maghrib dan Isyak,pada malam yang mulia iaitu malam Jumaat,di tempat yang mulia iaitu di Masjid Iman, Damsyiq dan juga di majlis yang mulia iaitu majlis ilmu ketika beliau sedang menyampaikan kuliah agama di dalam masjid tersebut.”
Moga Allah merahmati dan memberi ganjaran yang sebanyak-banyaknya kepada Guruku dan Mujtahid Ummah Dr. Sa’id Ramadhan Al-Buti. Hidupnya sebagai ulama, matinya sebagai syuhada.’
Al-Habib Ali Zainal Abidin al-Hamid ,حفظه الله sentiasa membaca kitab karangan beliau,Fiqh al-Sirah pada Majlis Ta’lim Darul Murtadza setiap minggu di Masjid Muaz bin Jabal, Kuala Lumpur.
Bioadata Dr. Sa’id Ramadhan Al-Buti
Syaikh Prof Dr. Sa’id Ramadhan Al-Buti dilahirkan pada 1929 di perkampungan Jilka, Turki. Apabila beliau berusia empat tahun, beliau telah berpindah ke Damascus, Syria . Pada tahun 1955, beliau menamatkan pengajian di Universiti Al-Azhar, Mesir dalam bidang keagamaan.
Beliau pernah menjadi Dekan di Universiti Damascus pada tahun 1960-an sebelum melanjutkan pengajian di peringkat PhD di Universiti Al-Azhar dalam jurusan undang-undang Islam. sebelum ini, beliau adalah pensyarah di Universiti Damascus dan bergiat aktif di dalam persidangan serta seminar di peringkat antarabangsa.
Beliau telah menulis tidak kurang dari 40 buku dalam bidang kesusasteraan, falsafah, sosiologi dan keagamaan. Kecerdasan inteleknya terserlah di dalam kuliah-kuliah dan ceramah yang disampaikan di serata Syria. Sebagai seorang ahli akademik, beliau juga menganggotai Majlis Tertinggi Akademi Oxford, England dan ‘Royal Society of The Islamic Civilisation Researches’ yang berpusat di Amman, Jordan. Antara buku beliau yang terkenal adalah Fiqh Sirah yang menjadi rujukan di seluruh dunia.
source : qasidah-cinta.blogspot.com
al- fatihah semoga Allah menempatkan dikalangan org2 yang beriman,,amin
Innalilahi wainnailairoyiun… syahidnya seorang ulamak dunia
Al-Fatihah, di akhir zaman ini ramai ulamak di anggkat oleh Allah, tinggal orang jahil sahaja yg ramai, golangan berilmu kurang
al-fatihah..semoga lahir lebih ramai pejuang agama….Allahuakbar!