Petua Untuk Kesihatan Rambut

Petua Jaga Kesihatan Rambut

Berikut adalah petua-petua bagaimana hendak jaga kesihatan rambut:

1- Keringkan rambut selepas mandi. Jangan biarkan rambut anda berada dalam keadaan basah selepas anda mandi. Sebaliknya, keringkan rambut anda. Jika anda ingin pakai topi, topi keledar, tudung atau apa sahaja yang bakal menutup kepala anda, pastikan rambut anda sudah kering sepenuhnya.

2- Sentiasa urut kulit kepala anda setiap kali anda mandi. Ambil masa beberapa minit untuk lakukan urutan kepada kepala anda. Urutan kepada kepala akan membantu aliran darah mengalir lancar di kepala anda selain ia menguatkan cengkaman kulit kepala terhadap akar–akar rambut. Hasilnya anda berjaya jaga kesihatan rambut anda.

3- Jangan sesekali warnakan rambut atau membenarkan bahan kimia di gunakan terhadap rambut anda. Bahan kimia akan merosakkan rambut anda dalam jangka masa panjang.

4- Petua untuk jaga kesihatan rambut yang seterusnya adalah anda bersihkan rambut anda dengan baik setiap kali mandi. Cara untuk bersihkan rambut dengan baik adalah anda bersihkan keseluruhan rambut anda iaitu daripada akar rambut sehingga ke hujung rambut.

5- Jika anda alami masalah kelemumur dan ia menyebabkan rambut anda rasa gatal, anda jangan garu rambut anda dengan bersungguh–sungguh sehingga rambut anda semakin banyak yang gugur. Untuk atasi masalah kelemumur, anda perlu pantas gunakan produk yang boleh membunuh dan membuangnya. Bagi yang berambut panjang, anda boleh potong rambut sedikit pendek untuk memudahkan urusan pembunuhan dan penyingkiran kelemumur.

6- Jaga pemakanan iaitu tidak makan makanan yang mempunyai banyak bahan kimia seperti mi segera terlalu banyak. Bahan kimia yang banyak di dalam badan boleh mengugat kesihatan rambut anda.

See also  7 Amalan Menjijikkan Untuk Kecantikan

Petua–petua yang saya senaraikan di atas boleh digunakan untuk jaga kesihatan rambut anda atau anda boleh download Ebook PERCUMA Teknik Mudah Lebatkan Rambut Dalam 30 Hari! di Sini.

—————————————————————————————————–

Kami mempunyai serum untuk Masalah Rambut dan Kulit kepala Anda

Dapatkan Promosi hebat Serum Rambut CoolHijab.

Harga asal RM90… tapi kita ada DISKAUN lagi.

Jika anda mahu DISKAUN, sila taip ” COOLHIJAB ” dan

Wassap ke 014-5444383 sekarang.
Wassap ke 014-5444383 sekarang.
Wassap ke 014-5444383 sekarang.

.

atau PM kami No.HANDPHONE anda dengan segera untuk dapatkan harga PROMOSI !

2 comments… add one
  • molek sangat
    rambut aku dah semakin jarang sekarang ni
    hehe

  • tak susah nak amalkan petua ni, tapi sekali sekala nak pekena maggi juga..heeee

Leave a Comment