Prinsip Asas dalam Bisnes Internet

Tahun 2012 merupakan tahun yang amat pesat perkembangan Internet Marketing (IM) di Malaysia. Kemunculan banyak newbie yang hebat dan berjaya mengatasi orang-orang lama dalam IM yang sebelum ini menjadi ikon besar.

Saya melihat ini satu perkembangan positif rakyat Malaysia mula memanfaatkan Internet sebagai wadah bisnes bagi menjana pendapatan sampingan. Bisnes online ini bukan lagi eksklusif untuk mereka yang pakar komputer, malah ia sudah boleh dipraktikkan oleh sesiapa sahaja termasuk di kalangan pelajar sekolah.

Walau bagaimanapun bagi mereka yang baru pertama kali berjinak-jinak dalam bisnes online ini perlu memahami beberapa prinsip asas yang wajib ada dalam diri masing-masing. Ini penting supaya kita tidak tersalah langkah dan akhirnya merugikan diri sendiri. 5 prinsip asas tersebut saya ringkaskan seperti di bawah :

1. Mempunyai mindset yang betul tentang perniagaan.

Kesilapan yang paling ketara apabila newbie mula terjun dalam bisnes online ialah mahu cepat dapat duit lumayan dengan mudah. Ya, ramai yang teruja nak buat duit mudah dengan Internet. Seumpama mudah mcm A.B.C dalam sekelip mata boleh jadi jutawan. Ini sebenarnya mitos sahaja.

Jika Dr Irfan Khairi memulakan mindset Jutawan Internet pada umur 18 tahun dan berjaya mencapai pada umur 25 tahun. Sehingga sekarang masih kekal sebagai brand terkenal Jutawan Internet Malaysia dengan caranya tersendiri. Sehubungan itu, kita memerlukan disiplin yang tinggi jika mahu berjaya sebagai usahawan internet.

Mindset yang betul ini perlu dibina terlebih dahulu asasnya. Ia perlukan kerja keras, perancangan perniagaan yang sebenar memerlukan semangat yang tulen. Barulah jadi usahawan internet yang sejati.

2. Usah bekerja bersendirian.

Bisnes online bukan bermakna anda bekerja bersendirian semata-mata. Sebenarnya ia memerlukan kreativiti dan inovasi dalam selok belok perniagaan internet ini. Ada masanya kita bertapa kerja teknikal web, ada masanya pula kita socialize untuk viral marketing di dalam facebook, myspace, youtube, digg, ym, skype etc.

Walau bagaimanapun newbie sememangnya memerlukan mentor atau internet guru yang dapat membimbing dengan baik. Saya sendiri mempunyai banyak mentor sama ada online atau offline. Lagi banyak mentor lagi bagus.. Kita belajar untuk jadi lebih baik dalam apa jua aspek sekalipun.

Mentor yang baik akan menjadikan kita seorang usahawan internet yang tulen. Apa jua masalah boleh minta pandangan dan sesi personal coaching yang lebih teliti.

Terus terang mentor saya Dr Irfan Khairi, beliau adalah role model dalam bisnes online saya selama ini. Manakala Mike Filsaime dan John Reese juga antara mentor Internet Marketing yang hebat dan wajar dipelajari teknik mereka.

Selain daripada mentor, kita perlu ‘outsource’ memana part kerja seperti design, programming, marketing atau lain-lain supaya kita boleh focus pada kerja R&D product/services. Terpulang pada kreativiti dan bajet kita yang mana kita boleh maksimumkan leverage outsource ini.

Jika tidak mampu outsource, kita boleh ‘JV’ atau jalinkan kerjasama dengan memana pihak yang mempunyai kepakaran atau resources. Pada tahun 2000 dulu saya cumalah seorang designer biasa yang baru belajar di 1st year UM dan tiada modal untuk beli domain atau hosting sendiri yang pada waktu itu masih mahal harganya berbanding sekarang.

Walau bagaimanapun saya jalinkan kerjasama dengan mentor saya yang masa itu juga seorang web hosting provider dan juga pakar e-marketing. Saya tidak lagi bekerja sendirian sebaliknya menjadikan JV ini satu batu loncatan untuk berkembang jauh dalam arena bisnes online.

Ia merupakan satu leverage yang mana saya membantu mentor dalam menyiapkan projek web development dan mendapat pelbagai kemudahan termasuk web hosting percuma dan training percuma.

3. Usah kedekut dalam pelaburan ilmu keusahawanan internet.

Jom tengok kejap !! Untung-untung nasib dapat barang murah, rm 1.90 pun ada...

Sekiranya saudara ada simpanan RM100 eloklah invest dalam pelaburan ilmu keusahawanan bagi meningkatkan kualiti dan reputasi sebagai usahawan internet yang berdaya saing. Saya dulu pernah invest RM20,000 dalam perniagaan produk fizikal dan keuntungannya tidaklah sebesar bisnes online yang hanya modalnya kecil namun pulangannya lumayan.

Saya telah invest RM300 dalam pelaburan ilmu produk digital ebook dan mendapat pulangan berlipatganda daripada modal asal. Dari seorang yang tidak tahu apa-apa tentang produk digital kini sudah mempunyai 5 jenis ebook hasil karya saya sendiri yang mana beribu orang sudah mendapatkannya. Reputasi dan brand Rahsiaebiz.Com sudah ramai orang tahu hasil daripada viral marketing melalui ebook² penulisan saya.

Sehubungan itu, ilmu adalah teramat penting sebagai aset seseorang usahawan internet. Bisnes online cepat berubah dan kita wajar manfaatkannya sebaik mungkin. Di web Rahsiaebiz saya sudah sediakan banyak ilmu-ilmu asas terutamanya dalam Tip Ebiz, Blog, Marketing, SEO dan Web Development.

Lagi cepat kita menguasai sesuatu ilmu, lagi cepatlah kita dapat menghasilkan pulangannya. Ini semua memerlukan pelaburan yang sepatutnya direbut dengan apa jua cara sekalipun. ~ Knowledge is Power , Sir Francis Bacon

4. Minimumkan kerugian, maksimumkan keuntungan.

Prinsip keempat ini juga merupakan intipati sebenar dalam arena bisnes online. Dengan kuasa Internet sebagai leverage yang mampu menjimatkan kos masa, tenaga dan wang. Berbanding dengan perniagaan fizikal yang memerlukan premis namun bisnes online tidak perlu dan boleh jimat kos wang ringgit jauh lebih besar.

Dalam masa yang sama kita menjimatkan masa untuk ke kedai atau office sebaliknya focus pada sales & marketing secara online.

Kita meminimumkan kos, dalam masa yang sama meningkatkan kadar keuntungan dengan bisnes online ini boleh dilakukan tidak kira di mana jua sama ada di rumah mahupun tengah berkelah di tepi pantai. Selagi ada connection Internet kita boleh lihat sales masuk dan lihat duit dalam akaun bank secara live.

Strategi meminimumkan kos ini menjadi pilihan saya, di saat orang invest duit yang besar dalam aspek marketing secara konvensional melalui media akhbar cetak dan sebagainya, namun saya menggunakan kaedah E-Marketing yg jauh lebih murah dan lebih besar impaknya.

Begitu juga penggunaan Email, Yahoo Messenger (YM), Skype, Facebook, Myspace dan lain-lain dapat menjimatkan kos komunikasi telefon. Kebanyakan pelanggan saya lebih selesa berurusan dengan email dan YM dalam urusan jual beli produk dan servis.

Di samping itu dalam meminimumkan kos kita boleh guna blogspot atau weebly sebagai platform awal bisnes online. Manakala segala resources graphic, software, music, movie boleh dapat semuanya tidak lama lagi di lubukrahsia.com berbanding di tempat lain yang sudah tentu amat mahal harganya.

Kelebihan ini menyebabkan kos operasi bisnes kita menjadi lebih menjimatkan dan hasilnya tinggi. Inilah kehebatan Internet yang telah menjadi lubuk duit. Kita perlu start sekarang dan mula cari jalan penjimatan yang cukup eksklusif ini.

5. Sentiasa buat yang terbaik, kualiti yang terbaik.

Ok prinsip asas yang ke 5 ini saya gariskan sebagai satu bentuk ‘benchmark’ untuk survival bisnes online anda. Dalam mana-mana bisnes sekalipun yang penting adalah ‘value’ atau nilai terbaik, positif dan merujuk kepada kualiti.

Jika produk atau servis anda mempunyai value dan dihargai pelanggan maka ia sudah cukup membuktikan bisnes online kita yang terbaik dan berkualiti. Bila pelanggan puas hati dan reputasi nama bisnes online kita meningkat maka ia sudah jadi satu intangible profits yang baik untuk jangka masa panjang.

Kita buat bisnes online bukan sekadar setahun dua, kita perlu fikir jauh dari itu. Bisnes online biarlah sampai mempunyai empayar besar yang sepenuhnya autopilot. Biar income mencurah masuk secara automatic tanpa henti. 3 tahun pertama bisnes online adalah proses asas pengukuhan, tahun keempat dan kelima proses transformasi pengembangan.

Seterusnya adalah sebuah empayar online yang gah dan orang akan kenali brandname kita tidak kira di mana jua sebagai salah satu jenama yang berkualiti dan hebat.

– By:rahsiaebiz

Dunia Maklumat

Comments

4 comments… add one
  • teratakbiz Link Reply

    Prinsip-prinsip yang ada jika hendak berjaya.. tq for info…

  • Tips Pemasaran Facebook Link Reply

    Dah tiga jam cari… jumpa akhirnya … terima kasih atas maklumat yang amat berguna nie.

    .. saya terhutang budi dengan blog ni..

  • Terima kasih atas tips bisnes online ni..Yang perlu hanya ambil tindakan dan perbaiki dimana yang perlu..

  • Noh Link Reply

    Ada seorang lelaki Melayu dari asnaf fakir miskin bernama Saudara Adila Bin Suboh. Dia berasal dari Melaka. Dia berumur 44 tahun. Dia tidak mempunyai rumah dan kenderaan sendiri. Dia sentiasa berada dalam keadaan daif dan hidup dalam serba kekurangan. Dia tidak mampu menyara keluarganya kerana kesempitan wang. Adakala dia tidak makan dan mandi beberapa hari. Dia mengharapkan belas kasihan dari orang yang prihatin dengan keadaan nasibnya. Sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan wang secara ikhlas, boleh derma ke akaun maybank. Sumbangan anda dapat meringankan beban orang yang memerlukannya. Terima kasih.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.