Rahsia Berbekam

bekam sunnah,bekam angin, bekam darah, cara bekam, kebaikan bekam,keburukan bekam

Adakah bekam terbukti kebaikannya dalam merawat penyakit dan mencegah komplikasi yang rumit kepada masalah kesihatan?

Namun begitu, bagi yang kurang tahu, apakah itu rawatan bekam atau lebih dikenali sebagai bekam sunnah? Disini kami akan kongsikan kepada anda segala-galanya berkenaan bekam baik dari segi khasiatnya, kaedah & amalannya.

Info Bekam

Bekam atau lebih dikenali sebagai teknik membuang darah kotor di dalam badan, telah lama diamalkan sejak dari zaman Rasullulah S.A.W lagi. Ianya merupakan sunnah bagi umat Islam untuk membuang darah kotor di dalam badan di samping mencuci badan daripada toksin di dalam darah. Telah dijelaskan dalam beberapa Hadis yang sahih, ianya merupakan kaedah yang dipercayai untuk merawat pelbagai penyakit.

Jenis Bekam

Terdapat beberapa jenis bekam yang sering diamalkan diseluruh pelusuk dunia pada hari ini. Antaranya ialah bekam kering atau lebih dikenali sebagai bekam angin. Bekam kering merupakan kaedah menyedut darah kotor tanpa mengeluarkan darah dari dalam badan dengan menggunakan pisau atau jarum. Teknik bekam kering ini diamalkan untuk mengatasi masalah rasa nyeri apabila berbekam & kebiasaannya ianya akan meninggalkan kesan seperti lebam di bahagian kulit yang akam hilang dalam beberapa hari.

Selain itu, ada juga bekam basah. Bekam basah paling popular kerana ianya adalah kaedah yang paling diamalkan. Ianya sama seperti bekam kering, Cuma selepas menekap bahagian kulit untuk mengeluarkan darah kotor, kulit yang dibekam tersebut akan ditores dengan pisau atau ditusuk menggunakan jarum steril untuk mengeluarkan sepenuhnya darah kotor dari badan.

 

bekam badan, kelebihan bekam

 

Kemudian ianya akan ditekap semula dengan cawan bekam dan dipam agar semua darah kotor keluar. Kebiasaannya bekam jenis basah ini mengambil masa dalam 3 sehingga 5 minit bergantung kepada sebanyak mana kawasan yang dibekam. Sedutan melalui pam perlu dilakukan sehingga 7 kali & tidak boleh lebih kerana dikhuatiri jika berlebihan ianya akan menyebabkan darah kotor mengalir masuk kembali ke dalam tubuh & menyebabkan masalah yang lebih kronik kepada salur darah.

Yang terakhir, bekam api. Bekam api adalah kaedah berbekam yang paling unik & kebiasaannya hanya diamalkan oleh perawat yang terlatih sahaja. Kaedah berbekam cara ini adalah dengan memasukkan unggun api ke dalam cawan bekam untuk mewujudkan ruang hampagas yang berfungsi menyedut darah secara semulajadi. Cawan yang digunakan juga merupakan cawan yang khas untuk bekam api sahaja.

Manfaat Bekam

 

Bekam mempunyai banyak manfaat yang sangat jauh beza dengan menderma darah. Sebagai contoh, berbekam berfungsi untuk membuang toksin di dalam badan manakala menderma darah akan mengeluarkan semua sel darah daripada salur darah. Selain itu, berbekam hanya mengeluarkan sedikit darah putih daripada badan manakala derma darah akan mengeluarkan semua sel darah putih. Begitulah serba sedikit tentang manfaat bekam yang mempunyai banyak kebaikan kepada tubuh badan kita.

Kesimpulannya, selain daripada menyelesaikan dan mencegah masalah kronik. Berbekam juga sedikit sebanyak membantu dalam perawatan biasa seperti mengurangkan sakit migrain, melancarkan peredaran darah, mencegah diabetes dan banyak lagi. Namun begitu, faedah-faedah yang dinyatakam tersebut adalah bergantung kepada kekerapan anda melakukan bekam dan tahap kesihatan anda.

Comments

0 comments… add one

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.