Servis Urut Tradisional – Urut Satu Badan

urut, urut meaning, urut massage, urut badan, urut tradisional, definisi urut, urut kaki, urut tenaga batin, sejarah urutan tradisional melayu,

Urut Tradisional

Urutan atau lebih dikenali sebagai rawatan refleksologi merupakan cara atau teknik perawatan untuk melegakan dan memperbetulkan perjalanan urat saraf disamping mengembalikan sepenuhnya fungsi urat dalam badan. Ianya salah satu kaedah perawatan perubatan tradisional yang telah lama diamalkan sejak daripada zaman dahulu lagi. Mengurut juga merangkumi pelbagai konsep bergantung kepada kawasan urutan dan juga tujuan urutan dijalankan.

Mengurut boleh dikelaskan sebagai perawatan kelas ketiga dimana ianya menggunakan kaedah menekan urat saraf agar perjalanan darah menjadi lebih lancar dan sihat. Lazimnya urat saraf yang sakit disebabkan oleh keradangan dimana ianya mengalami pembengkakan berkemungkinan disebabkan oleh aktiviti seseorang ataupun disebabkan oleh kemalangan. Individu yang pakar dalam mengurut kebiasaannya akan mengetahui dimana bahagian urat yang mengalami keradangan dan berkeupayaan untuk mengurut agar melegakan kesakitan pesakit.

Apa yang paling penting dalam mengurut adalah untuk memastikan urat yang sakit adalah tepat dan kebiasaannya kawasan urutan tidak terbatas hanya di kawasan yang sakit. Ada juga kawasan yang tidak sakit perlu diurut untuk mengurangkan kesakitan di tempat yang berkemungkinan besar mengalami keradangan. Teknik mengurut yang betul perlu diutamakan agar tidak tersalah mengurut anggota yang salah yang mana ianya boleh menyebabkan pesakit mengalami loya, demam, bengkak dan lebih teruk lagi menyebabkan kesakitan semakin bertambah.

Sakit Yang Boleh Diurut

 

Sebagai contoh, teknik mengurut yang betul adalah dimana ianya mengikut anatomi manusia. Hanya tukang urut yang terlatih dan berpengalaman berpengetahuan luas dalam bidang ini.

Contohnya, jika pesakit mengalami sakit di bahagian kiri, kebiasaannya kawasan urutan adalah bertentengan dengan kawasan yang sakit. Terdapat beberapa anggota badan yang perlu dikenalpasti bagi memastikan kaedah urutan adalah betul. Antaranya ialah sekiranya pesakit sering mengalami migrain atau sakit kepala, ururan di bahagian urat ibu jari tangan boleh membantu melegakan kesakitan tersebut. Ini terbukti melalui fisiologi tubuh badan manusia, urat jari terutamanya ibu jari adalah yang paling berkait rapat dengan fungsi otak dimana ianya merupakan motor utama pergerakan yang banyak menghantar maklumat ke otak.

Selain itu, urutan bagi melegakan sakit pinggul dan belakang badan pula ialah bahagian kaki. Sistem saraf dibahagian ini berhubung rapat dengan belakang badan dimama ianya boleh melancarkan aliran darah ke bahagian tersebut lalu mengembalikan fungsi sel saraf di bahagian sakit yang dialami. Urutan di tapak kaki boleh dipraktikkan dengan cara memicit atau menekan bahagian tapak kaki dan diulangi selama 5 minit sekurang-kurangnya sehingga sakit tersebut berkurangan. Sekiranya sakit semakin berkurang, maka teknik yang diamalkan adalah betul.

Waktu Mengurut

Waktu yang terbaik untuk mengamalkan urutan adalah pada waktu pagi ataupun sebelah petang. Ini kerana pada waktu tersebut tubuh badan kita masih lembut dan bersedia untuk menerima tekanan baik sebelum ataupun selepas bekerja. Di samping mengembalikan fungsi saraf, mengurut juga merupakan terapi ketenangan semulajadi yang boleh memberi kesan relaktasi kepada tubuh dan minda seseorang. Adalah sangat digalakkan untuk mengurut bagi mengurangkan stress terutamanya bagi golongan yang sentiasa bekerja dan berhadapan dengan stress setiap hari.

Walaupun mengurut mempunyai banyak manfaat dan kelebihannya, adalah lebih baik sekiranya ianya dirujuk kepada pengamal yang lebih berpengalaman dalam bidang ini. Kesalahan dalam mengurut dan terlalu memberi tekanan kepada urat saraf bukan sahaja boleh menyebabkan sakit bertambah parah, malah ia turut akan meningkatkan tekanan seseorang lalu menyebabkan suhu badan meningkat sehingga menyebabkan demam panas. Ada juga yang menggelarnya demam urat kerana demam dialami disebabkan keradangan saraf yang terlalu kuat. Semoga dengan pencerahan ini, anda mendapat banyak manfaat berkenaan mengurut dengan lebih mendalam.

berminat nak cuba servis urut boleh cuba Urut Tradisional Lelaki – Butterworth / Kepala Batas

Comments

0 comments… add one

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.