Alhamdulillah, antara artis wanita yang bertudung litup kini dahpun mendirikan rumah tangga. Siapa lagi kalau bukan Irma Hasmie yang cantik lagi ayu ini. Pernah berkenalan dan berhubungan dengan Nabil Raja Lawak tetapi mungkin jodoh mereka tidak kuat dan masing-masing membawa haluan sendiri. Nabil sudahpun mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan hatinya dan kini Irma Hasmie pula mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihan hatinya. Inilah jodoh yang ditentukan oleh Allah S.W.T untuk mereka. (more…)
Tag: Irma Hasmie
-
Artis Kini Bertudung
1. Catriona Ross :
Semuanya bermula apabila dia menemani sahabat karibnya ke sebuah butik tudung di KLCC pada 14 Julai lalu.
Tergerak hatinya mencuba satu tudung dan ketika melihat wajah di cermin, tiba-tiba terbit satu perasaan pelik hingga bergenang air mata. Sepantas kilat ditanggalkan tudung itu.Dia yang dihenyak perasaan pilu, hiba dan syahdu kemudian berpusing ke arah temannya seraya spontan meluahkan hasrat mahu memakai tudung. Luahan itu bagaimanapun mengundang tawa sahabatnya kerana menyangka dia bergurau.
“Ketika memandu pulang ke rumah, saya menangis. Sukar untuk jelaskan perasaan saya ketika itu. Sebak, syahdu, hiba, semuanya bercampur-baur. Saya sedar perasaan pelik yang muncul tiba-tiba itu adalah hidayah dari Allah. (more…)


