Tag: kesihatan

  • Kopi oh Kopi

    Khasiat KopiApabila ketandusan idea, penulis akan duduk dihadapan skrin netbook dan meneguk secawan kopi kosong.Kopi adalah antara minuman kegemaran penulis, tidak kisah sama ada untuk mengekalkan diri agar terjaga atau sekadar ingin sesuatu untuk dirasa selain air kosong biasa. Walaupun begitu, penulis bukanlah pakar kopi, dan tidak tahu membezakan kopi yang sedap dengan kopi yang pahit atau terbakar.

    (more…)

  • Keburukan Gaya Hidup Sedentari

    Pada masa dahulu, kebanyakan kerja memerlukan kita memerah keringat dan membanting tulang. menuai, membajak, mengutus surat.

    Kini, di zaman semuanya di hujung jari sahaja, hampir sejumlah besar masa seharian kita duduk menghadap komputer.Ini lebih selamat, kita fikir. Berbanding kerja luar yang memerlukan pengorbanan fizikal, ia hanya statik di satu tempat.

    Duduk selama dua hingga tiga jam di kubikel pejabat bukan perkara asing lagi. Malahan, lebih dipuji kalau kita menghabiskan banyak masa untuk melaksanakan kerja di hadapan komputer, terduduk sambil meneliti dokumen-dokumen, mencari peluang meningkatkan lagi perniagaan.

    Sementara mengejar dunia, tanpa kita sedari kita sedang mengorbankan kesihatan kita.

    Mengikut kajian yang dipaparkan secara atas talian di European Heart Journal, menunujukkan bukan sahaja tempoh duduk yang lama boleh memberi kesan buruk, malahan jumlah ‘rehat pendek’ yang diambil.

    Berdasarkan kajian yang dilaksanakan di Autralia itu juga, biarpun seseorang itu mengamalkan banyak senaman, kesan tempoh duduk yang lama untuk jangka masa panjang masih boleh mengganggu fungsi cardio-metabolisma dan menyebabkan keradangan, seperti ukur lilit pinggang yang lebih lebar, menurunnya kadar kolesterol HDL ( kolesterol baik), kadar protin C-reaktif (penetap tahap keradangan) dan trigliserida (lemak dalam darah) yang tinggi. Enzim-enzim yang membantu membakar lemak
    juga menurun sebanyak

    Ini bermakna lemak-lemak anda tidak dapat tukarkan ke dalm otot-otot dan kadar gula dalam darah meningkat, justeru menyebabkan berat badan naik. Selepas dua minggu, penyerapan oksigen akan menurun dan otot-otot mengalami atrofi, keadaan dimana berlakunya ‘pereputan’ atau rencatan pada sesuatu tisu badan atau organ.

    Selain itu, terdapat beberapa fakta yang merisaukan mengenai kesan mengekalkan posisi duduk terlalu lama, contohnya, risiko mendapat sakit jantung boleh meningkat hingga 64% dan meningkatkan risiko untuk mendapat jenis-jenis kanser tertentu. Selepas mengamalkan duduk selama enam jam atau lebih untuk satu atau dua dekad, risiko mendapat kanser prostat atau payudara meningkat sebanyak 30 peratus.

    Pada saat anda duduk, aktiviti elektrik (ya, ada, jangan terkejut) dalam otot-otot mulai perlahan dan kadar pembakaran kalori tubuh menururn sebanyak satu kalori per minit. Sekiranya kita duduk untuk tempoh 24 jam, kita akan mengalami 40 penurunan dalam penyerapan glukosa dalam insulin, yang boleh membawa ke diabetes tahap 2.

    Disamping itu, berada dalam posisi duduk terlalu lama boleh meningkatkan tekanan darah tinggi dan mengecilkan saluran darah. Keadaan duduk yang lama juga b9oleh menyebabkan perubahan ketumpatan tulang (berkurang), dan akhirnya menyebabkan kerapuhan.

    Sebenarnya adalah tidak sukar untuk mengatasinya.Tidak perlu sebarang rawatan khusus mahupun program-program intensif yang harus disertai. Apa yang kita perlu buat, hanyalah dengan mengubah amalan kita. Pastikan kita tidak duduk dengan berterusan dengan bangun serta melakukan aktiviti-aktiviti riadah kecil seperti meregangkan tubuh dan bangun sekali dalam sejam.

    Seterusnya, amalkan 30 minit senaman. Jika boleh, lakukan perkara-perkara yang kita boleh lakukan secara berdiri atau bergerak. Terdapat banyak tips dan tutorial mengenai cara melakukan kerja-kerja komputer sambil berdiri. Banyakkan juga aktiviti-aktiviti yang memerlukan kita bergerak seperti mengemas rumah dan kurangkan aktiviti seperti asyik melayari internet atau menonton televisyen.

    Jagailah tubuh kita. Janganlah kita membunuhnya secara senyap.

    Sumber:

    1.Harris,S, WebMD Health News, “Sitting for Too Long Is Bad for Your Health”, 12th Jan 2012,
    url:http://www.webmd.com/heart-disease/news/20110112/sitting-down-too-long-bad-health

    2. Klosowski, Thorin, Lifehacker, “Hos Sitting All Day Is Damagingn Your body and How You Can Counteract It.” 26th Jan
    2012,, url:http://lifehacker.com/5879536/how-sitting-all-day-is-damaging-your-body-and-how-you-can-counteract-it.

    3.Dube, R, Makeuseof,”4 Serious Health Issues From Sitting Too Long & How To Avoid Them”,11th October 2012,
    url:http://www.makeuseof.com/tag/4-health-issues-sitting-long-avoid/

    4. Kresser, C, Huffington Post, “How Sitting Too Much Is Making Us Sick and Fat–And What to Do About it”, 18th March
    2013, url:http://www.huffingtonpost.com/chris-kresser/sitting-health_b_2897289.html

    Picture credited to Sydney Morning Herald

  • Larangan Minum Berdiri

    LARANGAN MINUM BERDIRI

    Mengapa Rasulullah S.A.W melarang kita minum sambil berdiri ?

    Dari Sudut kesihatan

    Air yang masuk dengan cara duduk akan disaring oleh sfringer.

    Sfringer adalah suatu struktur muskular (berotot) yang boleh membuka (sehingga air kencing boleh keluar) dan menutup.

    Setiap air yang kita minum akan disalurkan pada ‘pos-pos’ penyaringan yang berada di ginjal.

    Jika kita minum sambil berdiri. Air yang kita minum otomatik masuk tanpa disaring lagi.

    Terus menuju kandungan air kencing.

    Ketika menuju kandungan air kencing itu terjadi pengendapan di saluran sepanjang perjalanan (ureter).

    Kerana banyak sisa-sisa yang melekat di ureter inilah awal mula munculnya pennyakit. iaitu penyakit kristal ginjal.

    Salah satu penyakit ginjal yang sangat berbahaya.

    Disyaki akibat susah kencing, jelas perkara ini berhubungan dengan saluran yang sedikit demi sedikit tersumbat.

    Dari Anas r.a. dari Nabi saw.: “Bahawa ia melarang seseorang untuk minum sambil berdiri”.

    Qatadah berkata, “Kemudian kami bertanya kepada Anas tentang makan. Ia menjawab bahawa hal itu lebih buruk.”

    Pada masa duduk, apa yang diminum atau dimakan oleh seseorang akan berjalan pada dinding usus dengan perlahan dan lambat.

    Adapun minum sambil berdiri, maka ia akan menyebabkan jatuhnya cecair dengan keras ke dasar usus, melanggarnya dengan keras.

    Jika ini terjadi berulang-ulang dalam waktu lama maka akan menyebabkan membesar dan jatuhnya usus, yang kemudian menyebabkan disfungsi pencernaan.

    Adapun Rasulullah S.A.W pernah sekali minum sambil berdiri, maka itu disebabkan ada sesuatu yang menghalangi beliau untuk duduk, seperti keadaan yang penuh sesak manusia pada tempat-tempat suci, contoh minum di telaga air zam-zam.

    Manusia pada masa berdiri, ia dalam keadaan tegang, organ keseimbangan dalam pusat saraf sedang bekerja keras, supaya mampu mempertahankan semua otot pada tubuhnya, sehingga boleh berdiri stabil dan dengan sempurna.

    Ini merupakan kerja yang sangat teliti yang melibatkan semua susunan saraf dan otot secara bersamaan, yang menjadikan manusia tidak boleh mencapai ketenangan yang merupakan syarat terpenting pada masa makan dan minum.

    Ketenangan ini hanya boleh dihasilkan pada masa duduk, di mana saraf berada dalam keadaan tenang dan tidak tegang, sehingga sistem pencernaan dalam keadaan sedia untuk menerima makanan dan minum dengan cara cepat.

    Makanan dan minuman yang dimakan pada masa berdiri, boleh memberi kesan pada refleksi saraf yang dilakukan oleh reaksi saraf kelana (saraf otak kesepuluh) yang banyak tersebar pada lapisan endotel yang mengelilingi usus.

    Refleksi ini apabila terjadi secara keras dan tiba-tiba, boleh menyebabkan tidak berfungsinya saraf (vagal inhibition) yang parah, untuk menghantarkan detik mematikan bagi jantung, sehingga menyebabkan pengsan atau mati mendadak.

    Begitu pula makan dan minum berdiri secara terus-menerus sangat membahayakan dinding usus dan memungkinkan terjadinya luka pada perut.

    Para doktor melihat bahawa luka pada perut 95% terjadi pada tempat-tempat yang biasa berlaku perlanggaran makanan atau minuman yang masuk.

    Sebagaimana keadaan keseimbangan pada masa berdiri disertai pengecutan otot pada kerongkong yang menghalang jalannya makanan ke usus secara mudah, dan kadang-kadang menyebabkan rasa sakit yang sangat yang mengganggu fungsi pencernaan, dan seseorang boleh kehilangan rasa selesa semasa makan dan minum.

     Diriwayatkan ketika Rasulullah s.a.w. dirumah Aisyah r.a. sedang makan daging yang dikeringkan diatas talam sambil duduk bertongkatkan lutut, tiba-tiba masuk seorang perempuan yang keji mulut melihat Rasulullah s.a.w. duduk sedemikian itu lalu berkata:

    “Lihatlah orang itu duduk seperti budak.”

    Maka dijawab oleh Rasulullah s.a.w.: “Saya seorang hamba, maka duduk seperti duduk budak dan makan seperti makan budak.”

    Lalu Rasulullah s.a.w. mempersilakan wanita itu untuk makan.

    Adapun duduk bertelekan (bersandar kepada sesuatu) telah dilarang oleh Rasulullah sebagaimana sabdanya,

    “Sesungguhnya Aku tidak makan secara bertelekan”
    (HR Bukhari).

    Subhanallah, tiap perintah dan larangan Rasul pasti bermanfaat bgi umatnya!

    JANGAN LUPA BANYAKKAN MINUM AIR MASAK

    1. Minum 2 gelas air setelah bangun tidur..
    dapat membersihkan organ-organ internal.

    2. Minum segelas air 30 minit sebelum makan..
    dapat membantu fungsi seluruh pencernaan + ginjal.

    3. Minum segelas air sebelum mandi..
    dapat menurunkan tekanan darah.

    4. Minum segelas air sebelum tidur..
    dapat mencegah stroke + serangan jantung.

    AIR MASAK –> iaitu air yang terlebih dahulu dimasak, telah menggelegak kemudian disejukkan, juga dipanggil air jerang atau air mati

    Subhanallah! Banyak sebenarnya kelebihan minum air secara duduk yang kita sendiri pun tidak tahu.

    Rasulullah SAW sendiri yang mengajar kita cara minum dengan baik tanpa berdiri.

    Begitu juga, kita dilarang MAKAN BERDIRI, apatah lagi SAMBIL BERJALAN! moga sama-sama kita dapat amalkan.

    Wallahu A’lam…

    Dunia Maklumat