Kuching, Negeri Sarawak merupakan wilayah Borneo di Malaysia yang sangat kaya dengan tarikannya yang tersendiri. Selain dipenuhi dengan kaum yang unik seperti iban, kadazan, Kayan dan sebagainya, Kuching Sarawak juga popular dengan destinasi pelancongan yang menarik. Ibu negara Sarawak ini juga terkenal sebagai salah satu destinasi pintu alam semulajadi.
Berikut adalah beberapa destinasi pelancongan yang menarik di Kuching, Sarawak :
Sarawak River Cruise
Sekiranya anda ingin menikmati pemandangan alam semulajadi, Sarawak River Cruise merupakan pilihan yang terbaik. Feri River Cruise ini boleh dinaiki dari perairan utama Sarawak yang akan membawa penumpang melalui sungai. Apa yang boleh dilihat melalui perjalanan feri ini, penumpang akan disajikan dengan pemandangan monumen popular, bangunan warisa, pelabuhan lama dan gaya hidup kaum yang menetap di Sarawak seperti rumah diatas air yang menjadi tarikan utama pelancong kepada budaya kaum disini.
Muzium Sarawak
Anda juga mungkin tertanya-tanya apakah sejarah mengenai negeri Sarawak terutamanya ibu negeri Sarawak iaitu Kuching. Muzium Sarawak yang terletak berdekatan dengan Hotel Merdeka di Datan Kuching boleh menjadi salah satu pilihan destinasi yang menarik. Diiktiraf sebagai salah satu muzium terbaik didunia yang dibuka pada tahun 1891, juga sebagai satu-satunya muzium tertua di wilayah Borneo. Tiada apa-apa bayaran dikenakan untuk memasuki muzium ini, ianya salah satu peluang yang baik untuk mempelajari sejarah dan budaya orang Sarawak.
PANDUAN HOTEL – NAK SAYA “KONGSIKAN” KISAH SAYA BERMALAM DI BILIK HOTEL INI PADA HARGA RM2.00 UNTUK 2 HARI?
Bazaar Utama
Selain itu, ramai yang tidak akan melepaskan peluang untuk membeli belah di Bazaar Utama yang terletak berdekatan dengan Jalan Tukang Kayu. Selain daripada menjadi destinasi penginapan murah dan berpatutan, Bazaar Utama juga merupakan destinasi membeli belah barangan kraftangan buatan orang tempatan yang unik dan menarik sebagai cenderamata untuk dibawa pulang. Selain daripada barangan kraftangan dan barang antik, ramai juga yang tidak akan melepaskan peluang untuk membeli kek lapis Sarawak yang sangat popular. Dengan pelbagai pilihan rasa yang menarik dan menyelerakan, kek lapis Sarawak juga menjadi tarikan utama kerana ianya hanya boleh didapati di Sarawak.
Pasar Satok
Sekiranya berkesempatan, anda juga boleh melawat Pasar Satok di Kuching terutamanya pada hujung minggu. Disini ada terjual banyak buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar dari ladang. Pasar Satok juga tersohor dengan juadah kesukaan orang Sarawak iaitu ulat sagu yang menjadi tarikan ramai pelancong luar dan dalam negara untuk mencubanya.
Taman Negara Gunung Gading & Taman Negara Kubah
Untuk peminat alam semulajadi, adalah disarankan untuk melawat ke Taman Negara Gunung Gading & juga Taman Negara Kubah. Seperti yang ramai sudah sedia maklum, negeri Sarawak sememangnya terkenal dengan tarikan yang unik. Begitulah juga dengan Taman Negara ini, pelancong bakal menyaksikan satu-satunya tumbuhan tropika yang unik iaitu bunga Reflesia yang boleh mengembang sehingga 1 meter panjang. Selain itu, para pelancong juga bakal melawat kawasan hidupan liar seperti burung kenyalang iaitu burung kebanggaan negeri Sarawak dan juga tumbuhan liar seperti pelbagai jenis orkid yang terdapat di Taman Negara Kubah.
Kesimpulannya, terdapat banyak lagi destinasi menarik di Sarawak untuk dilawati. Ini adalah antara destinasi percutian yang unik dan tidak memerlukan kos yang tinggi. Sangat sesuai dilawati bersama keluarga mahupun bagi pasangan yang ingin berbulan madu di dalam negara. Destinasi percutian di Kuching, Sarawak menawarkan percutian yang sangat menarik dan santai.
Tak pernah lagi sampai Kuching. Setakat ni baru sampai Miri dan Bintulu kalau di Sarawak.