Antara tips mudah untuk dijadikan panduan adalah:
- Mesra alam
Jadilah blogger yang mesra sesame blogger. Berkenalan antara satu sama lain adalah lebih baik kerana boleh berkongsi pendapat dan bertukar pandangan. - Rajin meletakkan komen
Ketika blogwalking, adalah lebih baik kita meninggalkan komen. Berilah komen yang membina dan positif. Melalui komen, kita boleh memberikan pandangan dan secara tidak langsung juga kita akan meninggalkan url blog di blog lain. Oleh itu, traffik pun akan meningkat. - Tidak malas
Jika ingin menjadi blogger yang berjaya, jadilah blogger yang rajin seperti tidak meninggalkan blog dalam waktu yang lama. kita hendaklah rajin update blog untuk memastikan pengunjung suka datang melawat kita. - Template dan Gadget
Gunakan template yang bersesuaian dan kemas. Hal ini kerana template yang tidak kemas akan menyebabkan pengunjung tidak berminat untuk melihat kandungan dalam blog kita. Selain itu, elakkan menggunakan gadjet yang banyak kerana ia menyebabkab blog bertambah berat. - Meta tag
Meta tag juga penting diletakkan pada HTML dalam blog. Adalah digalakkan untuk TIDAK meletakkan description dan keyword yang panjang. Masukkan isi penting sudah memadai.
Tips diatas merupakan antara tips yang mudah dan pelbagai tips lain lagi boleh diperolehi untuk berjaya dalam blogging. Jika sudi, kongskan tips blogging dari anda juga kerana ia boleh membantu antara blogger
Blogger perlu juga rajin membaca dan membuat kajian.
yes sangat setuju…
bener banget.. ane setuju 🙂
Blogwalking – Jauh berjalan luas pandangan.
Senarai yg wajar kita buat dan hadami. Nak jadi blogger senang tp nak blogger yg sejati tu makan masa =)
Sebagai blogger, kena rajin berblogwalking.. rajin membaca dan rajin bertanya… 🙂
gua tak berapa mesra alam rasanya nih..
nak cuba jadi blogger mesra alam la pulak 🙂