Perasaan duka akan menyebabkan seseorang merasa sedih dan stress jika emosi tidak dapat di kawal dengan baik. perasaan tersebut wujud kerana masalah yang wujud atau terbeban dengan keadaan sekeliling. namun, untuk terus berduka cita bukanlah penyelesaiannya. berikut merupakan antara tips yang boleh dijadikan panduan:
- Tidak mengenang kisah lampau
- Memang tidak dinafikan, melupakan kisah silam yang mendukacitakan bukanlah perkara yang mudah. Namun, hargailah masa yang kita ada. Perlukah kita terus bersedih? Sedangkan kita masih boleh membina hidup baru. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
- Berdoa kepada tuhan
Jangan tinggalkan solat dan mohonlah ketenangan daripada Allah S.W.T. Selain itu, membaca Al-Quran juga boleh menenangkan hati kita. Semoga kita sentiasa berada dalam rahmatnya. La Tahzan.. - Maafkan kesalahan orang lain
Mungkin terdapat seseorang yang menyebabkan kita berduka cita. Namun, adalah lebih baik jika memaafkan beliau dengan keikhlasan hati. Dengan cara itu, kita tidak akan merasa sedih dan bersedia untuk menjalani kehidupan seperti biasa. Bertindak secara positif. - Ceritakan masalah kepada teman yang rapat
Kita boleh berkongsi masalah kepada orang yang kita percayai namun pastikan orang itu betul-betul boleh menyimpan rahsia. Adalah lebih baik jika menceritakan masalah yang dihadapi dengan orang yang rapat seperti ahli keluarga kita. Dengan itu,perasaan akan menjadi lega kerana mendapat dorongan daripada orang-orang yang tersayang. - Sabar dan tabah
Orang yang sabar menunukkan kita masih ada kekuatan dalam diri. Jadilah seorang yang tabah di dalam kehidupan yang sementara ini walaupun hati dilanda duka. Sentiasalah memunasabah diri dengan sentiasa mensyukuri nikmat yang diberi.
Pelbagai cara lagi untuk menghilangkan rasa duka di hati. Berfikir lah secara positif dan mengawal emosi ketika dilanda kesedihan. Anda juga pasti mempunyai cara tersendiri untuk menghilangkan rasa duka kan? Apa pun, pastikan ia positif
cuba amalkan jika berduka 🙂
klu sy rasa duka sy akan mgis..mgis pastu dah pent sy ceria balik hee…
banyak rasa blh dikata.. ada kata luahkan kt kawn2 blh di percayai..ada kata bli brg utk hiburkan hati.dlu2 masa keja kl sy suka pujuk hati bli dn mkn cklt pastu bli bunga utk diri sndri.bila pikir balik blh bt sy ketawa gheee…