Tips Menghadiri Temuduga

job-interview

Temuduga merupakan detik penentu seseorang untuk mendapatkan pekerjaan. Oleh itu, sudah pasti kita akan cuba untuk melakukan yang terbaik dalam pemilihan temuduga tersebut. Persediaan yang rapi perlu dilakukan agar situasi temuduga dapat ditempuhi dengan baik. Berikut merupakan beberapa tips yang boleh dijadikan panduan ketika menghadiri temuduga:

  • Datang awal sebelum sesi temuduga bermula – anda haruslah datang lebih awal sebelum sesi temuduga dilakukan. Hal ini adalah untuk mengelakkan anda datang lewat dan menunjukkan anda mematuhi masa.
  • Pakaian – anda haruslah memakai pakaian formal ketika sesi temuduga. Jauhkan daripada memakai pakaian yang tidak sepatutnya seperti jeans dan t-shirt kerana pakaian akan melambangkan identiti anda.
  • Bawa dokumen – jangan lupa untuk membawa dokumen yang diperlukan untuk menjadi rujukan pengurus temuduga.
  • Komunikasi – perkara ini sangat penting dimana anda harus menggunakan komunikasi yang berkesan ketika temuduga dijalankan. Gunakan kepakaran anda dalam komunikasi untuk menarik perhatian mereka yang menguruskan temuduga tersebut.
  • Tidak menunjukkan sikap “anda lebih tahu” – elakkan daripada membantah percakapan atau pendapat pengurus temuduga dengan menunjukkan bahawa anda lebih mengetahui tentang sesuatu perkara berbanding mereka. Sikap tersebut menunjukkan anda tidak menghormati situasi oleh itu hanya anda perlu jawap soalan yang ditanya dengan menyatakan maklumat yang sepatutnya sahaja.
  • Doa – Yang paling penting jangan lupa untuk berdoa dan memohon kepada Allah S.W.T  agar sesi temuduga dapat diselesaikan dengan lancar dan permohonan diterima.

Ada tips lain? kongsikan 🙂

See also  Cara Menghilangkan Kesan Hitam Di Bawah Mata
1 comment… add one
  • Tips info yang berguna bagi meraka baru nak masuk ke alam perkerjaan untuk di temuduga

Leave a Comment