Rata-rata ramai yang telah menyertai Facebook, Twitter dan Instagram. Walaupun begitu, penulis juga mengenali beberapa yang tidak menggemari laman-laman berhubung berkenaan kerana risau terdedah dan terpengaruh dengan anasir-anasir buruk.
Penulis tidak menolak mahupun menyetujui pendapat tersebut. Ya, kadang-kala ada yang menyerong dan menggunakan platform-platform tersebut untuk mengata, mengumpat serta berkongsi keaiban orang lain. Namun, penulis juga lihat ramai yang berkongsi informasi yang berguna – malahan lebih pantas berbanding medan berita nasional – seperti laman Facebook untuk Pos Malaysia, kumpulan khusus untuk Seremban, dan macam-macam lagi.
Jadi, penulis ingin bertanya; pernahkah anda dengar mengenai Ummaland?
Laman utama mendaftar masuk Ummaland. Macam Facebook, bukan?
Ummaland adalah sebuah laman sosial yang diasaskan oleh Maaruf Yusupov. Ia ditubuhkan khusus untuk muslim-muslim serata dunia. Antara keistimewaan Ummaland adalah pengiklanan yang harus bersifat…elok. Maksud penulis, tidak boleh mengandungi perkara-perkara seperti arak, judi, serta benda-benda haram.
Pasti anda berfikir, “Ah, satu lagi laman sosial?”
Sebenarnya, jika anda seorang Muslim, pasti anda berasa rugi tidak menyertainya. Selain daripada mengenali dan mengetahui cara hidup para muslimin dan muslimat di negara-negara lain, anda akan dapat berasa kelainannya pada artikel-artikel serta post-post yang dipaparkan. Hampir kesemuanya ( semua bagi penulis, tapi tak pasti untuk orang lain bagaimana paparannya pula) mengandungi nasihat-nasihat bersifat positif. Tiada umpatan, celaan, mahupun memburuk-burukkan sesiapa. Ia memberi gambaran suasana bersaudara yang baik antara satu sama lain.
Buat masa ini hanya beberapa yang penulis kenali berasal daripada Malaysia dan memaparkan artikel-artikel berbahasa Malaysia. Kebanyakannya pula adalah dalam bahasa Inggeris, dan kadang kala terselit juga bahasa lain seperti Arab dan Urdu.
Anda boleh mendaftar masuk melalui akaun Facebook, Twitter, Google, Yahoo!, MSN atau LinkedIn. Jika tidak, anda boleh mendaftar seperti biasa dengan memasukkan butira-butiran seperti nama penuh, nama samaran yang diingini, kata laluan, tarikh lahir, jantina dan lokasi.
Di dalam Ummaland, anda boleh berkongsi gambar, video, status, dokumen dan blog. Terdapat juga laman-laman khas seperti Facebook yang diketegorikan sebagai ‘Pages’ untuk topik-topik dan jenama.
Itu adalah antara persamaan. Bagaimana pula dengan perbezaan?
Uniknya Ummaland
Academy sebagai Pusat Pembelajaran
Di Ummaland, ada seksyen Academy. Disini anda boleh mempelajari pelbagai benda. Ada yang diberi secara percuma, ada yang perlukan bayaran. Setakat ini ada 17 kursus yang disediakan.
Fundraising
Seksyen ini khusus untuk mengumpul wang bagi kempen-kempen seperti menyumbang Quran bagi yang tidak berkemampuan, One Women One Nation, dan pembiayaan penghasilan al-Quran Open Source. Sekarang ada lebih kurang 44 buah kempen, dan 4 kempen telah tamat.
Library
Perpustakaan online yang disediakan dalam Ummaland boleh menarik minat bagi sesiapa yang ingin membaca atau berkongsi dokumen bacaan. Antara yang pernah penulis baca adalah Sepak Bola Dalam Islam, Social Networking for Muslims, dan 5 Things To Do Before Sleeping.
Selain itu, turut disediakan Online Quran dan Online Hadeeth untuk rujukan para muslimin dan muslimat.
Videos
Akhir sekali adalah seksyen Videos. Seksyen ini memaparkan banyak video-video bacaan hadith, bacaan quran, serta macam-macam perkongsian daripada muslimin lain.
Perlu penulis nyatakan, untuk kesemua bahagian-bahagian ini, anda tidak sekadar menonton atau membaca, anda juga boleh menyumbangkan bahan-bahan anda sendiri.
Selamat berkenalan sesama Muslim!
Thanx for the info. Memang teringin nak sign up dan dapat berkenalan dengan muslim2 lain seluruh dunia.
ummalad susah daftarnya,, setiap daftar gk supot”, salah melulu. gmn cra yg mudah daftar akun ummaladnya ??