8 Perkara Harus Anda Fikirkan Apabila Berbajet

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Cara Berbajet KewanganMenyebut tentang bajet tahun baru ini, kenaikannya pasti dirasa oleh ramai di kelas pertengahan dan rendah. Sudah pasti banyak yang terpaksa dipotong berikutan untuk memberi lebih peruntukan pada bahagian-bahagian lain. Demikian itu, sebelum anda melakukan bajet sendiri, mari kita lihat lapan perkara yang anda tidak harus lupakan semasa berbajet.


Saraan Ibu Bapa/ Penjaga / Keluarga

Jika anda masih ragu-ragu mengenai perkara ini, JANGAN. Fikirkan, jadikan diri anda sejenis pelaburan. Ibu bapa atau penjaga anda telah berpenat lelah dan menghabiskan banyak masa, tenaga, dan kerja untuk membesarkan anda.

Mari kita fikirkan secara jelas, kos menyara seorang anda sehingga lapan belas tahun amat tinggi, belum dikira lagi sekiranya dijaga lebih daripada umur tersebut. Dengan perngorbanan sebegitu, alangkah kecil sifat berterima kasih sekiranya tidak terfikir atau ingin memotong saraan untuk mereka?

Bagi yang telah berkeluarga pula, sudah pasti ia menjadi tanggunggjawab, tidak kisah sama ada si ibu atau si bapa.

Hutang dan Pinjaman

Ramai yang tidak dapat mengelak daripada membuat pinjaman pembelajaran. Selain itu, pinjaman kereta atau pelaburan ASB bagi sesiapa yang mengambilnya.

Tips di sini: Kira berapa yang perlu anda bayar pinjaman ASB selama setahun. Apabila menyemak dividen, seandainya lebih daripada jumlah bayaran setahun, keluarkan dan letakkan siap-siap dalam akaun dimana bayaran pinjaman ASB ditolak setiap bulan. Ini amat berguna sekiranya mengamalkan Auto-debit.

Sekiranya belum waktu untuk membayar pinjaman pelajaran, eloklah menabung daripada sekarang. Mana tahu, apabila masa untuk membayar, anda boleh mendapatkan diskaun dengan membayar dalam tempoh tertentu atau sekaligus. Ya, kemungkinannya kecil untuk membayar dengan begitu pantas, tetapi apa salahnya untuk bermula daripada sekarang.

Makan, Minum, Ubat

Sekiranya boleh, jagailah kesihatan. Namun penyakit lebih kerap berlaku kepada mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana berbanding mereka yang kaya. hal ini kerana kesukaran mendapatkan makanan yang berkhasiat. Kecenderungan memilih makanan segera hanya kerana telah diketahui kos boleh memberi bahan dikemudian hari. Walaupun murah dan mudah di awal usia, di kemudian hari kos untuk menanggung akibat kurang penjagaan adalah lebih tinggi dan tidak tertanggung.

Mahukah anda hilang buah pinggang, jantung, kaki dipotong, disebabkan kealpaan anda pada hari ini?Dengan itu, peruntukkan sedikit untuk ubat-ubatan atau makanan kesihatan untuk mengurangkan kadar risiko.

Tips di sini adalah untuk belajar memasak. Tidak perlu seperti chef lima bintang, cuma secukupnya iaitu masakan yang paling gemar dimakan dan mudah dibuat. Lakukan perancangan pemakanan mingguan – atau lebih rajin, bulanan – dan belikan bahan-bahan yang diperlukan.

See also  32 Places to Find Images for Use Online

Adalah lebih baik sekiranya dapat dikongsi rakan serumah atau sekeluarga. Anda akan sedar betapa bezanya kos berbanding membeli makanan di luar atau segera. Menggunakan bahan yang sama, kos makan seorang yang kini paling kurang mencecah RM5, boleh turun kepada RM3 malah RM1 seorang kerana menggunakan bahan sendiri yang dikongsi.

Penulis sendiri dapat merasakan bezanya apabila cuba membuat kimchi sendiri daripada membeli seperti dulu. Untuk kos yang lebih rendah, penulis dapaat membuat kimchi yang lebih banyak. Kebiasaannya pada jumlah yang jauh lebih sedikit, penulis perlu membeli pada harga lebih RM10.

Bil Api, Air, Sewa Rumah

Perlukah dijelaskan disini? Elektrik, air, dan rumah merupakan keperluan penting dalam hidup dan untuk berfungsi dengan produktif.

Bagi sesiapa yang berkemampuan, boleh melihat program-program penjanaan elektrik melalui panel cahaya suria. malahan, jika tidak silap penulis, TNB kini sedang mengadakan program membeli tenaga lebihan hasil perkumpulan tenaga solar. Malaysia antara negara yang amat sesuai untuk menjalankan program tersebut kerana cuaca di Malaysia yang sekata.

Disamping itu, tanamlah pokok-pokok yang menyegarkan di sekeliling rumah atau dalam rumah. Bukan sahaja udara akan berkitar dan menjadi lebih segar, anda sendiri akan lebih tenang melihat kehijauan dedaun pokok.

Selain itu, kurangkan penggunaan peralatan elektrik yang berterusan. Daripada menggunakan hawa dingin, buka tingkap dan cermin untuk peredaran angin yang lebih baik. Jangan biarkan periuk nasi kekal memanaskan nasi, setelah masak, tutup elektrik periuk nasi dan buka penutup supaya tidak berlaku pengewapan yang menyebabkan nasi cepat basi dan hanya panaskan 10 minit sebelum ingin makan.

Bagi rumah sewa pula, seandainya sewa meningkat dan menjadi sukar untuk dibayar, penulis cadangkan untuk berkongsi sewa dengan yang lain. Paparkan iklan dan cari rakan sebilik yang boleh diterima. Jika perlu, dapatkan jaminan dan rujukan daripada sesiapa untuk memastikan anda tidak mendapat rakan bilik yang bermasalah.

Pengangkutan

Tidak kisah sama ada anda memiliki pengangkutan sendiri atau menggunakan pengangkutan awam, ia masih perlu diambil kira. Pada zaman yang proaktif ini, kesukaran untuk berada di tempat-tempat lain akan memberi impak kepada produktiviti anda.

  • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

Benar, penulis sendiri telah kerugian beberapa peluang berblogging dan membuat ulasan pada masa-masa penulis tidak dapat membiaya pengangkutan.

Bagi yang memiliki kereta atau motorsikal sendiri, kos minyak sudah tentu menjadi satu kerisauan. Kemudian perlu ditambah juga kos penjagaan, kos perkhidmatan, kos cukai jalan, kos insurans, dan kos pinjaman kereta. Biarpun tiada kereta sendiri, penulis memerhati mereka yang memilikinya.

See also  CEO Yang Paling Top Tapi Gagal

Apbila kereta rosak, kos untuk membaiki boleh mencecah ribuan, paling kurang mesti ratusan. Ia boleh memakan sebahagian besar bajet untuk beberapa bulan.

Untuk yang menggunakan pengangkutan awam, jumlahnya boleh mencecah puluhan sehari, dan ratusan sebulan. Dahulu semasa ulang-alik bekerja dari Seremban ke Kuala Lumpur, jumlah keseluruhan setiap hari adalah RM23.20. Untuk sebulan, secara purata 20 hari bekerja,RM464 telah dibazirkan. Ini belum dikira lagi kerugian masa untuk menunggu berikutan sistem pengangkutan awam Malaysia yang masih belum stabil.

Walaupun begitu, bagi yang mengambil pengangkutan awam, jika anda fikir kos itu sahaja sudah sama dengan pinjaman kereta, anda lupa untuk mencampurkan sekali kos-kos penjagaan kereta ( insurans, cukai jalan, servis, baiki). Satu kekurangannya berbanding kereta sendiri adalah kerana ia berpandukan masa yang belum tentu tepat.

Diri ( Peralatan Mandi, Baju)

Ini antara yang sering dilupakan dalam bajet. Ramai menganggap ia remeh, kerana barang kelihatan kecil dan impaknya seolah-olah tidak wujud. Namun begitu, mari kita lihat bagaimana sekiranya secara pukal.

Bagi yang benar-benar menjaga, barangkali boleh hidup dengan:
sabun badan 3 buku berharga RM5 (dimana setiap satu boleh bertahan 1 bulan, jadi kos sebulan adalah secara kasar RM2)
syampu rambut kecil dan tidak berjenama RM5
berus gigi RM5 (penggunaan mengikut kata doktor paling lama adalah 4 bulan, tetapi ramai sahaja yang gemar guna lebih lama, jadi kita anggarkan RM1 sebulan)

Jumlah keseluruhannya hanyalah RM8 sebulan. Murah bukan? Tetapi benarkah ini perbelanjaan anda untuk keperibadian diri?

Bagaimana sekiranya anda ada bau badan dan perlu melakukan cucian dengan kerap ( menyebabkan bahan-bahan ini cepat habis), atau produk-produk murah ini tidak sesuai dengan diri anda? Adakah anda sanggup menanggung kos rawatan akibat menggunakan benda-benda ini untuk jangka masa panjang?

Namun begitu, penggunaan bahan-bahan murah boleh membawa mudarat pada tubuh. Berus gigi yang tidak sesuai dengan diri atau telah usang boleh menyebabkan gusi berdarah. Sabun murahan buku boleh menyebabkan kulit kering dan berlakunya keradangan, dan syampu murahan juga boleh menyhebabkan kegatalan kulit kepala, kelemumur, rambut berbuah, dan sakit kulit.

Tips di sini adalah membeli secara pukal. Sama ada boleh mendapatkan diskaun atau setidak-tidaknya mengurangkan kos penghantaran. Bahan-bahan ini pada kelazimannya boleh bertahan lama, cuma cepat habis akibat penggunaan keperluan.

See also  Petua Memasak

Nasihat penulis mengenai pakaian pula ialah: baiki. Kawal keinginan untuk membeli blaus atau jubah baru. Hantar pakaian kepada penjahit untuk dibaiki, atau bagi yang mempunyai kemahiran, boleh menjahit sendiri.

Perhubungan ( Telefon, Internet)

Hidup berkerjaya kini sukar tanpa telefon dan internet. Bagaiman jika anda ingin menyemak simpanan atau terlupa membayar sewa? Hendak keluar, bank telah tutup dan berbahaya berdiri di ATM. Dengan kemudahan online banking, anda lebih selamat melakukannya di rumah, tidak perlu menyimpan duit yang banyak di tangan, boleh dibuat bila-bila masa, dan mempunyai sistem rujukan dalam talian.

Selain itu, ia bukan sahaja telah menjadi keperluan mereka yang bekerjaya. Pelajar dan surirumah juga menggunakan internet untuk berhubung dengan orang tersayang dan menjana pendapat sampingan. Banyak permohonan telah dilakukan secara talian kerana ia lebih mudah, pantas dan efisien.

Telefon pula sudah semestinya satu keperluan, malahan boleh dikatakan amat penting untuk kecemasan. Kehadiran telefon awam sukar ditemui menjadikan telefon bimbit satu keperluan. Oleh itu, perlu dikira kos membayar kredit telefon, tidak kisah sama ada secara kontrak bulanan seperti postpaid atau bayar apabila guna seperti prepaid.

Malahan, sesiapa yang membayar menggunakan cara postpaid haruslah lebih berjaga-jaga keran tidak sedar berapa banyak yang telah digunakan sehinggalah menerima bil. Jika anda tidak berupaya membayar bil beberapa kali, anda boleh disenarai-hitamkan dan ini akan menyukarkan anda untuk melakukan transaksi di masa hadapan.

Simpanan Kecemasan

Akhir sekali adalah simpanan. Ini adalah yang paling sukar untuk dikekalkan kerana telah banyak yang diagihkan untuk yang telah disenaraikan di atas. Namun begitu, bak pepatah , “Sediakan payung sebelum hujan.” Bukan sesuatu yang pelik andainya pada sesetengah masa anda perlukan wang kecemasan. Mungkin ada ahli kelurga terlibat dalam kemalangan, atau anda mendapat denda, di situ simpanan kecemasan memainkan peranan.

Simpanan untuk masa hadapan juga perlu, dan ia dianggap pelaburan. Antara skim-skim yang ada adalah KWSP, ASB, dan PRS ( Private Retirement Scheme). KWSP dan ASB adalah bawah kerajaan manakala PRS adalah daripada badan-badan swaster tertentu. Selain itu, anda juga boleh melabur dalam koperasi- koperasi atau mengambil insurans atau takaful yang mempunyai hibah. Ada skim-skim insurans yang memberi kelebihan dimana setelah sampai satu tempoh umur dan kita masih tidak ada apa-apa berlaku, ia akan memulangkan sejumlah simpanan. Jika sesuatu berlaku kepada kita pula, ada pampasan untuk ahli keluarga serta kos pengkebumian.

Selamat berbajet!

Join Affiliate Shopee Percuma Klik - AFFILIATE SHOPEE
0 comments… add one

Leave a Comment