Cara Memujuk Hati Sendiri

images

Kebiasaannya kita berusaha untuk memujuk hati orang lain tapi sebenarnya hati sendiri masih rasa terseksa. Tidak salah untuk memujuk hati orang lain, tapi jangan lupa juga untuk pujuk hati kita. Sensitifnya hati sehingga mudah terasa, terusik dan tersentuh. Sifat manusia ingin dipujuk, hati sendiri juga ingin dipujuk. Tapi siapakah yang berada kita selama 24 jam setiap hari? Hanya diri sendiri sahaja yang tahu betapa peritnya di hati. Tidak semua manusia boleh berada di sisi kita selama 24 jam. Hanya Allah S.W.T sahaja yang bersama kita pada setiap waktu. Saya ingin kongsikan beberapa tips untuk memujuk hati termasuklah peringatan untuk diri saya juga. Tips nya adalah seperti dibawah:

  • Iman – melalui iman yang ada dalam diri kita boleh menjadi lebih rasional, tenang dan mampu memujuk hati sendiri. Jagalah solat dan banyakkan lah zikir.
  • Muhasabah diri – imbas kembali apa yang berlaku pada kehidupan. Mungkin kita rasa macam ni kerana kita masih melakukan kesalahan itu dan ini. Oleh itu, jauhi yang negatif agar hati ini lebih mudah dipujuk.
  • “Saya kuat” – motivasi kan diri anda sendiri. Jika anda suka menulis, maka menulislah ayat yang memberi kekuatan. Jika anda mempunyai Facebook, maka tulislah ayat kebaikan. Biarlah ia menjadi sumber kekuatan anda sendiri.
  • Menangis – menangislah jika rasai ingin menangis. Tidak perlu pendam. Luahkan saja apa yang ada dalam diri.
  • Tidak lari dari masalah – hadapi lah masalah tersebut. Tempuhlah dengan penuh kesabaran kerana lari dari masalah tidak akan menyelesaikan apa-apa masalah.
  • Sayangi diri sendiri – masih banyak lagi perkara yang harus ditempuhi pada masa akan datang, oleh itu jangan berterusan menyakiti hati sendiri. Tapi pujuklah hati bahawa saat manis yang diinginkan pasti akan tiba. Hanya perlu bersabar.

Semoga tips diatas memberi manfaat kepada kita.
Jangan putus asa,
Teruskan sahaja kehidupan
Dan bergembiralah..

Comments

6 comments… add one
  • jal

    aku rasa lah kan, boleh diamalkan kalau rindu sangat2 kat seseorang aku ada cuba buat lama2 rasa oke kejap rindu tu

  • iman dan sabar jalan kemenangan dan kebahagiaan

  • puanbee

    Selalunya nak sedih sgt ni bila kita ada masaalah dengan org tersayang , terdekat .. ada perkara yang tak dpt diluahkan secara umum , atau bercakap dengan org terdekat yang lain , memang kena pujuk diri sendiri , org boleh pujuk kita sekejap jek la …

    sudahnya kita memendam rasa .. yakin ALLAH itu ada ..

  • suri

    sy paing sedis akan belikan hadiah utk dri sndri hee.

  • suzyla

    sy sbnarnya xsedih cuma sy terluka sbb adik bradik sy rasa sy ni menyusahkan dorang..suami sy susah dia keje jauh jdi dia suh tggal kat rumah sdara nh. jdi sy bkurung aje dlm bilik,nk mkn pun segan dah,klu nk buang air pun tggu drg msuk bilik dulu..nk mkn juga tgu drg dah tido bru kluar mkn..klu ada yg tinggal alhamdulillah klu xda minum aje la seteguk dua bru tu msuk tido. nk solat pun mcm tu gak..bila ambik wuduk bru kluar..sbb nk berbual ngn drg pun..adik ipar aku ni rasa mcm nk mkn aku aje..klu aku tgk tv compom dia hentak la apa apa kat dapur tu..rasa xbest tpksa msuk bilik blik..suami kata sabar aje..nti dpat duit bru pindah rumah lain..

  • suzyla

    sy sbnarnya xsedih cuma sy terluka sbb adik bradik sy rasa sy ni menyusahkan dorang..suami sy susah dia keje jauh jdi dia suh tggal kat rumah sdara nh. jdi sy bkurung aje dlm bilik,nk mkn pun segan dah,klu nk buang air pun tggu drg msuk bilik dulu..nk mkn juga tgu drg dah tido bru kluar mkn..klu ada yg tinggal alhamdulillah klu xda minum aje la seteguk dua bru tu msuk tido. nk solat pun mcm tu gak..bila ambik wuduk bru kluar..sbb nk berbual ngn drg pun..adik ipar aku ni rasa mcm nk mkn aku aje..klu aku tgk tv compom dia hentak la apa apa kat dapur tu..rasa xbest tpksa msuk bilik blik..suami kata sabar aje..nti dpat duit bru pindah rumah lain..nk bt cmna org tua pun xsuka sbb kata suami xda keja tetap. klu la arwah mak msh ada xla aku ni di sia sia kan..bkn nk ungkit tpi time drg susah aku sggup xmkn nk tolong drg..bila aku susah drg brhabis nk halau..

Leave a Comment