Status Anak Apabila Ibu Bapa Memeluk Islam

Ulama’ Berbeza pendapat Tentang Masalah Ini Kepada Tiga Pendapat :

Pendapat yang pertama :

Anak tersebut wajib mengikut siapa di antara ibu bapanya yang memeluk islam. Pendapat ini di kemukakkan oleh mazhab Hanafi, Ibnu Wahab dari mazhab Maliki, mazhab Syafie dan mazhab Hanbali. Ia merupakan pendapat jumhur (majoriti).

Dalil pendapat pertama :

1 – Sesungguhnya anak wajib mengikut agama yang baik dari kedua ibubapanya, islam itu tinggi maka tidak ada yang tinggi darinya dan islam dapat menjamin kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Imam As-Syafie berkata : “sesungguhnya apabila islam itu dibandingkan dengan perkara yang lain dari sudut agama mahupun hak milik maka islam itu lebih aula (baik). (Al-Um:4/284)

Kenyataan di atas disanggah dengan firman Allah yang bermaksud : “panggillah mereka (anak angkat) dengan (memakai) nama bapa2 mereka, itulah yang adil di sisi Allah dan jika kamu tidak mengetahui bapa mereka maka (panggillah mereka sebagai) saudara2 seagama dan maula-maulamu. (al ahzab:5)

*Tetapi ayat ini tidak boleh diterima kerana ayat tersebut menceritakan tentang mengikut bapa dari segi nasab (keturunan) bukan dari segi ad-din (agama).

Pendapat yang kedua :

Anak tersebut wajib mengikut agama bapanya. Pendapat ini dikemukakan oleh Imam Malik.

Dalil2 pendapat kedua :

1 – Sesungguhnya anak mengikut nasab bapanya dan kemuliaan anak berdasarkan kemuliaan bapanya.
Firman Allah yg bermaksud : “dan anak cucu mereka yang mengikut mereka dalam keimanan, Kami pertemukan mereka dengan anak cucu mereka (di dalam syurga)” (at-thur:21)

*Ayat quran ini tidak boleh dijadikan dalil dan ianya di tolak dengan hadith Nabi : “setiap anak dilahirkan di atas fitrah, maka kedua ibubapanya yang menjadikan yahudi atau nasrani atau majusi”. HR al-Bukhari

2 – Sesungguhnya anak adalah di bawah jagaan bapa baik harta mahupun dirinya kerana itu anak wajib mengikut agama bapanya.

*Hujjah ini ditolak dengan kenyataan berikut : “Anak di bawah jagaan ibu lebih kuat berbanding bapa kerana ibulah yang menjaga dan mengasuh anak tersebut sedangkan jagaan bapa hanya kepada memelihara harta”.

Pendapat yang ketiga :

Diberi pilihan kepada anak tersebut ketika baligh samada memilih agama ibunya ataupun agama bapanya. Pendapat ini dikeluarkan oleh Imam Ath-Thauri.

Dalil pendapat ketiga :

1 – Mereka berdalilkan dengan hadith nabi menegenai seorang anak lelaki yang bapanya telah memeluk islam lalu ibunya melarang anak itu dari mengikut bapanya, lalu nabi memberi pilihan kepadanya. HR Ibnu Majah.

*Dalil ini ditolak kerana hadith ini bermaksud nabi saw memberi pilihan kepada anak tersebut mengenai hak penjagaan dan asuhan bukan diberi pilihan pada hak beragama.

Pendapat yang terpilih :

Pendapat yg terpilih adalah pendapat yang pertama kerana tujuan dan peranan islam ialah membebas dan menyelamatkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya hidayah. Islam tidak melihat keturunan atau penjagaan, islam hanya melihat kepada selamatnya anak-anak yg sudah baligh daripada api neraka, kerosakan dan kejahatan..
Rujukan : ahkam fiqhiyah wa tarbawiyah as-syamilah al-muta’allqah bil athfal, mu’jam mu’tamad, tafsir quran al karim.

Oleh: Kyo Kusanag

Wallahu’alam….
Dunia Maklumat

Comments

0 comments… add one

Leave a Comment