Kepada penunggang motosikal diluar sana, berbanggalah anda menjadi rakyat Malaysia. Kenapa? Kerana Malaysia kini mempunyai motosikal buatan sendiri dan mampu menyaingi motosikal buatan luar Negara. Modenas Dinamik, merupakan motosikal berkuasa 118cc. Dibekalkan dengan enjin Kawasaki 2 lejang dan dilengkapi dengan swing arms Kawasaki sendiri, cukup untuk menjadikannya motosikal berkuasa tinggi.
Modenas telah membuat perubahan yang drastik dengan menghasilkan blueprint yang lengkap daripada Kawasaki untuk mencipta motosikal ini. Dengan ini, super cub ciptaan Modenas sendiri Berjaya dihasilkan dengan jayanya. Inilah kejayaan sebenar kenderaan automobil Malaysia. Sebenarnya, model Dinamik ini pernah dipasarkan diluar Negara dan merupakan antara model motosikal yang sangat laris di Greece. Oleh kerana ianya dipasarkan di Malaysia, maka Modenas telah mengambil produksinya dan mengeluarkannya dibawah syarikat Modenas.
Kenapa model ini sangat laris di pasaran? Sebenarnya, buat peminat motosikal semua motosikal Dinamik ini telah disekat kelajuannya untuk membolehkannya lulus di pasaran Malaysia. Kelajuan sebenar motosikal ini mampu mencecah sehingga 160mp/j yakni bersamaan dengan 205km/j. Selain itu, jumlah pengeluaran model ini juga sangat terhad di pasaran. Hanya mereka yang terawal sahaja mampu memiliki motosikal model Dinamik ini.
Tambahan pula, penyelenggaraan motosikal model Dinamik juga sangat murah dan berpatutan. Ini kerana motosikal dinamik menggunakan fungsi sistem mekanikal kesemuanya malah penghidup juga menggunakan penghidup tending sahaja dimana sangat mudah untuk dikendalikan. Seperti yang kita semua sedia maklum, enjin 2 lejang lebih ringan berbanding 4 lejang menjadikan kitaran enjin Dinamik sangat stabil dan mempunyai pecutan yang lancar.
Kesimpulannya, Dinamik mempunyai potensi yang amat baik di pasaran Malaysia dan juga global. Tambahan pula, kelebihan enjin 2 lejang yang digunakan oleh Dinamik membuatkan produktiviti bagi minyak untuk enjin 2 lejang ini masih berjalan walaupun telah banyak syarikat yang menghentikan pengeluarannya.

Leave a Reply to Isqandar Cancel reply