Tag: tips

  • Blog-blog Paling Popular di Malaysia

    Aktiviti berblogging adalah salah satu yang giat dijalankan di Malaysia. ada yang melakukannya sebagai hobi, ada untuk menjana wang, menyebarkan berita. Oleh itu, ada bloggers yang turut menjadi ikutan ramai. Di sini penulis ingin memperkenalkan beberapa blogger yang dikenali di Malaysia.

    Apakah kehebatan memiliki blog yang popular?

    Laman blog boleh dianggap seperti hartanah online. Sepertimana sewa di tanah yang dikelilingi pembangunan, begitu juga pengiklanan lebih baik di laman-laman ikutan ramai. Peluang mendapat pendedahan itu lebih tinggi. Bagi blogger laman tersebut pula, peluang menjana rezeki juga adalah tinggi.

     

    1. Malaysia Kini

    Bukan sekadar subah blog, Malaysia Kini adalah antara alternatif unutk mendapatkan berita. Hasil berita surat khabar dan media utama yang dikatakan sering berat sebelah membuatkan para rakyat mencari sumber maklumat bebas seperti laman ini.

     

    2. Beautifulnara.com

    Hiburan dan gosip bagaikan teman sejati, berpisah tiada. Bermodalkan itu, serta kepantasan mendapatkan cerita baru, Beautifulnara terus mekar di persada industri blogging.

     

    3. MyNewsHub.my

    Juga seperti Malaysiakini, MyNewshub.my memaparkan berita alternatif. Ia juga mempunyai forum untuk perkongsian daripada orang ramai.

     

    4. Paultan.org

    Mungkin anda tidak pernah mendengar blog ini, namun ia merupakan salah satu contoh niche blog yang berjaya. Niche blog merupakan blog-blog yang tertumpu pada satu topik tertentu. Paultan.org adalah khhusus untuk berita automotif.

    5. PenPatah

    Pen Patah Blog menerbitkan kumpulan dan koleksi berita-berita pelik serata dunia internet. Antara artikel terbitannya adalah #’OHMYMALAY : PEKERJAAN KHAS UNTUK ZOMBIES DAN HANTU?’ , ‘Kerongsang Yang Berbentuk Tahi Burung Merpati Pada Harga RM 7,900 Sebutir’ , dan ‘Apabila Seekor Ular Makan Seekor Ular Yang Lain’.

    6. ROTIKAYA

    Begitu seperti beautifulnara, ROTIKAYA juga memaparkan berita-berita terkini selebriti-selebriti popular tanah air.

     

    7. OhBulan!

    Juga sedikit seperti ROTIKAYA dan Beautifulnara ( Banyak juga blog gosip), OhBulan memberi sedikit kelainan dengan memaparkan berita bukan sahaja selebriti tanah air, tetapi drama, filem dan pelakon Hollywood, K-Wave, dan Sinetron.

    8. Amanz.my

    Pada peminat teknologi, selain daripada laman Lowyat.net, sudah semestinya Amaz.my menjadi laman perhentian mereka.Menyajikan pelbagai berita aplikasi web atau luar talian, produk-produk keluaran terbaru, serta penglibatan syarikat-syarikat teknologi dan telekomunikasi dengan industri luar, ia merupakan satu kemestian sebagai ikutan bagi sesiapa yang berada dalam industri teknologi Malaysia.

     

    9. Denaihati

    Pada asalnya sebuah blog peribadi , blog denaihati sebenarnya banyak berkongsi maklumat yang boleh menjadi rujukan ramai. Ia pernah dinobatkan sebagai Best Personal Blog 2013 dan Most Creative Blog 2013.

     

    10. Ben Ashaari

    Bagi para blogger, Ben Ashaari tidak perlu diperkenalkan lagi. Beliau boleh dianggap salah satu ‘sifu’ blogging terkemuka di Malaysia. Kehebatannya terletak pada kemampuannya menghasilkan entri yang banyak sehari. Bak pepatah Inggeri, ‘Practice makes perfect’, ini menjadikan hasil penulisan sifu Ben Ashaari semakin unik, menghasilkan ramai ikutan, terutamanya daripada kalangan blogger sendiri.

     

    Terdapat banyak lagi blog-blog yang semakin menjulang naik berikutan rakyat Malaysia semakin peka dan mahir dalam penggunaa teknologi dan internet. Setiap kategori tersebut mampu meraih pengikut dan peminat yang tersendirinya. Mengikut perhatian, blog-blog boleh dikategorikan seperti berikut:

    1. Blog Berita:

    Menyediakan berita-berita alternatif mengikut cita rasa pembaca. Ada yang berkemungkinan berat sebelah, namun besar jumlah adalah neutral.

    2. Blog Peribadi:

    Kebiasaannya persoalan kehidupan harian, tutorial yang pernah dilakukan, dan lain-lain pengalaman hidup.

    3. Blog Khusus (Niche):

    Teknologi, automotif, sosiologi, boleh jadi ilmiah mahupun statistikal, ia bertuga menyebarkan berita yang menjadi ikutan tertentu berbanding blog-blog lain yang lebih umum.

    4. Blog Gosip dan Hiburan.

    Walau bagaimana ingin kita elakkan, selebriti-selebriti bagaikan satu spesis asing bagi rakyat biasa, dan seringkali kita dahagakan berita-berita sensasi daripada dunia tersebut.

     

     

  • Writer’s Block

     

    Jika anda suka menulis, maka simptom Writer’s Block ini tidak asing bagi anda. Anda tidak keseorangan.

    Menulis merupakan satu kemahiran yang dimiliki ramai. Malah,ada mengatakan menulis ini adalah kerja yang paling senang. Tanggapan itu sebenarnya salah. Biarpun hampir semua orang ada kemahiran menulis, tidak semua yang benar-benar minat menulis. Hal ini kerana biarpun secara fizikalnya mudah, ia memerlukan kekuatan daya fikiran yang kritis dan kreatif. Ada yang memakan masa berjam-jam untuk menghasilkan satu rencana atau tesis, ada yang mengambil masa satu jam sahaja. Bagi sesiapa yang menyara kehidupan dengan karya penulisan, Writer’s Block adalah satu perkara yang menyusahkan.

    Writer’s Block adalah satu situasi dimana para penulis menghadapi kebuntuan semasa menulis. Hal ini mengganggu produktiviti kerana kreativiti penulis terjejas. Lebih teruk lagi, ada sesetengah penulis yang tergendala kerana mengalami writer’s block bertahun-tahun lamanya.

    Hal ini diakui ramai. Terdapat satu filem pendak dilakonkan oleh pelakon Breaking Bad, Bryan Cranston, yang bertajuk Writer’s Block.

    Antara punca-punca Writer’s Block:

    Tekanan
    Tekanan boleh menjadi kebaikan dan keburukan. Penulisan kelazimannya adalah berkisar tentang kepayahan hidup, dan di situ tekanan mampu memainkan peranannya. dengan menulis, para penulis boleh berkongsi kisah cerita untuk dijadikan pengajaran.

    Namun begitu, tekanan juga boleh menyebabkan para penulis berhenti daripada menulis. Ini berlaku apabila perkara yang ditulis bukanlah berkaitan dengan apa yang sedang dialami, dan tekanan tersebut mengaburi diri daripada cuba mengalami dan memahami apa yang harus ditulis.

    Emosi
    Kemungkinan apa yang sedang ditulis adalah sesuatu yang sensitif kepada penulis. Hal ini menyebabkan penulis terhenti akibat perasaan dalam dilemma dan tidak ingin meneruskan dengan kerisauan ia akan membuka kotak perasaan yang dipendam. Contohnya, penulis yang pernah diperkosa mungkin akan tersentak dan kelu apabila dipadankan dengan rencana tips keselamatan ketika berseorangan. Dia akan terhenti dan sukar untuk sambung kembali kerana mengingati pengalamannya sendiri.

    Ia dipanggil emotional barrier dan hanya boleh diatasi apabila penulis berjaya menyelesaikan isu-isu yang sukar untuknya bincang sebelum ini.

    Fokus
    Penulis sukar untuk menumpukan perhatian menulis. Hal ini mungkin disebabkan terdapat pelbagai masalah yang difikirkan, penulis sedang menghadapi burn-out – keadaan dimana sebelumnya penulis berkarya berterusan tanpa henti sehingga otaknya kepenatan lalu ‘memberontak’ – , atau penulis sendiri ingin melengah-lengahkan masa.

    Faktor untuk yang terakhir kebiasaannya terjadi apabila telah terlalu banyak kali Writer’s Block berlaku padanya hingga dia hilang kepercayaan kepada kebolehan diri sendiri dan mula hilang semangat untuk berkarya.

    Walau bagaimanapun, para penulis harus tahu, Writer’s Block sebenarnya bukan tanda tamatnya perjalanan penulisan mereka. Terdapat banyak tips dan nasihat untuk mengatasi masalah Writer’s Block ini.

    1. Tempat Tanpa Gangguan
    Para penulis harus mencari satu lokasi yang sesuai untuk dia menulis. Ia tidak semestinya memiliki sebuah meja dan kerusi. Di katil, di taman, malahan di dapur atau ruang tamu. Yang penting, tidak ada gangguan agar penulis boleh fokus pada penulisannya.

    2.Membawa perakam suara
    Kadang kala sebuah idea boleh datang dengan pantas hingga tiada kesempatan untuk mencatat. Pada masa itu, adalah lebih efisien untuk membawa rakaman suara. Dengan menekan butang ‘Record’ dan ‘Stop’ penulis boleh merakam idea-idea tersebut sebaik sahaja ia terlintas di fikiran kemudian pulang untuk menaipnya.

    3. Mendapat tidur yang cukup
    Biarpun ada masanya naluri menulis itu amat tinggi, namun kesihatan harus dititik-beratkan. Jika tidak, peluang untuk berlakunya burn-out menjadi lebih tinggi. Adalah lebih baik melakukannya perlahan-lahan dan berterusan daripada melakukannya dengan cepat tetapi terhenti di tengah jalan.Dapatkan tidur secukupnya agar lebih segar di keesokan hari.

    4. Lakukan benchmark dan rekod pencapaian
    Adalah mudah untuk hilang minat apabila tiada pencapaian untuk dicatatkan. Maka, untuk menjadikan penulisan lebih seronok dan mencabar, letakkan tempoh tamat tulis ( deadline), had path perkataan dan perancangan apa yang harus ditulis pada hari-hari tertentu.

    5. Jangan menyunting sebelum habis
    Ini akan mencelarukan minda. Habiskan dahulu penulisan anda, kemudian baru menyemak dan menyunting. Cubaan menyunting sebelum habis mungkin akan memecahkan momentum penulisan, justeru menyebabkan penulis hilang idea untuk menyambung. Sebaliknya, penulis akan lebih tertumpu kepada mencari kesalahan. Memperbetulkan penulisan adalah satu tabiat yang baik, tetapi keutamaan utama adalah untuk menghabiskannya dahulu.

    6. Belajar menerima kritikan
    Kritikan boleh menjadi pembunuh semangat menulis. Perkara ini boleh mengganggu tumpuan penulis sehingga tidak mampu menulis lagi. Seandainya ia mencapai gangguan emosi dan mental, ia bukan sahaja menyukarkan kehidupan penulis dalam bidang penulisan, malah merosakkan perjalanan hidup secara umum.

    Dengan itu, para penulis harus belajar ‘menebalkan muka’ dan menerima kritikan untuk cuba menulis dengan lebih baik. Sekiranya ini dapat diatasi, kebanyakan permasalahan lain akan menjadi lebih mudah.

    7. Jalani hidup
    Kebuntuan sering berlaku apabila penulis telah lama berkurung atau terlalu menumpukan pada menulis, hinggakan mereka lupa untuk menjalani hidup diluar bidang penulisa. Menjalani hidup amat penting supaya penulis dapat memahami kehendak dan minat pembaca-pembaca yang berpotensi membaca karyanya. Selain itu, penulisan yang mempunyai impak yang lebih besar adalah penulisan berkisarkan pengalaman hidup.