Gadis Kristian Memeluk Agama Islam
Alhamdulillah, bertambah lagi saudara seagama kita. Loo Jo Yee (sebelah kanan). Banyak kisah menarik disebalik pengislamannya.
Adapun begitu terdapat juga halangan serta cabaran yang ditempoh sepanjang ini.
Beliau tiada nama Islam kerana sekarang seseorang muallaf sudah tak perlukan tukar nama dengan nama Islam, dan hanya perlu ber ‘binti’ kan kepada Abdullah serta tak perlu tukar bangsa, maka namanya kekal Loo Jo Yee binti Abdullah.
Beliau telah masuk Islam ketika masih berusia 17 tahun, disebabkan di Malaysia mempunyai undang-undang untuk memeluk agama Islam bermula 18 tahun sahaja. Jadi, beliau terpaksa menangguhkan dulu permohonan.
Keluarga Jo Yee merupakan pengikut agama kristian yang kuat. Dan beliau bakal menjadi seorang paderi di sebuah gereja.
Disebabkan itu, keluarga beliau sangat bantah hingga menganggap masuk Islam adalah sangat menghinakan bagi keluarganya.
Loo Jo Yee mendapat hidayah melalui dua peristiwa yang menarik.
Yang pertama adalah, beliau mempunyai ramai rakan-rakan yang beragama Islam. Oleh itu, mereka telah berdebat tentang agama masing-masing.
Ketika itu, beliau bermatlamat untuk membawa rakan-rakan Islam untuk masuk agama Kristian.
Namun untuk berdebat dengan rakan-rakan, beliau telah mengkaji al-quran, membaca kisah Nabi Muhammad s.a.w dan mengkaji kemunculan Islam untuk mencari kelemahan Islam.
Semakin beliau mengkaji, semakin lama beliau mula tertarik dengan ajaran Islam. Beliau sendiri mengaku bahawa di dalam Bible banyak perkara yang telah diolah hingga menyimpang dari perkara sebenar.
Oleh itu, Jo Yee mengkaji Islam dengan lebih mendalam untuk mencari perkara yang sebenar. Dengan itu, beliau telah mendapat ketenangan jiwa ketika membaca al-quran.
Itu adalah hidayah pertama Loo Jo Yee.
Peristiwa kedua yang membawa hidayah kedua beliau adalah ketika beliau menghidap mendapat penyakit thyroid di bahagian leher.
Doktor mengesahkan 90% besar kemungkinan adalah penyakit tersebut. Beliau merasakan ini adalah penamat bagi kehidupan beliau walaupun masih muda.
Rakan-rakan Islam Jo Yee telah banyak ‘encourage’ beliau untuk cuba berdoa kepada Allah taala.
Beliau cuba dengan menadah tangan, menangis dan hanya berserah kepada Allah.
Keesokan harinya, ketika beliau menjalani medical check-up, doktor mengesahkan penyakit itu bukan kanser.
Disebabkan itu, beliau yakin dengan kuasa Allah taala dan pada waktu itu juga la beliau mengucap dua kalimah syahadah. Subhanallah.. Allahuakhbar!
Loo Jo Yee berasa hiba kerana beliau berasa telah dipilih Allah untuk mendapat hidayah ketika berumur 17 tahun sedangkan remaja yang seusia beliau sibuk bersuka-ria hingga tersasar di jalan Allah.
Banyak dugaan yang beliau terima selepas bergelar muallaf, hingga dipulaukan rakan-rakan sendiri dan keluarga tercinta.
Beliau sangat bersyukur kerana mendapat keluarga angkat di Ipoh yang mengambil berat terhadap beliau. Jo Yee berharap selepas ini dia berpeluang untuk berdakwah kepada remaja-rakan yang seusia dengan cara tersendiri.
Alhamdulillah, marilah kita sama-sama mendoakan agar Loo Jo Yee terus diberikan kekuatan untuk menempuh kehidupannya.
Hidayah Allah tidak kira manusia. Pasti diberikan pada siapa yang dikehendakinya.
Untuk Video Sila Layari link dibawah.
Sumber : AlamInformasi.Com
Semoga Allah Swt.menganugerahkan istiqamah dalam iman dan amal.
Saya amat tersentuh setiap kali anda saudara/saudari baru yang terpanggil menyertai Islam, seolah olah sayalah yang baru Islam sedangkan mereka terlebih baik Islamnya daripada saya, apatah lagi mereka yang dari bangsa, tempat dan negara lain, kerana Islam tiada sempadan untuk itsemua,
Moga suatu hari nanti saya dapat membimbing seseorang untuk Islam.
Maka dengan rasa rendah diri Saya Ucapkan Setinggi-tinggi ‘Tahniah’ kepada mereka yang telah Allah jemput kepada Islam
Maaf… But i think miss loo jo we dont understands the bible…. U dont have a right to say bible in wrong way… If u choose to be muslim its up to u… But u dont have to said bible like that….. Plz respect it…. U should know christian is u 1st religion.. How dare you to said”bible bnyk perkara yang telah diolah sehingga menyimpang dari hal sebenar”….where is ur manner??? Am really sorry to said this… U just born in christian family but u dont have faith in that… May god bless you…
Alhamdulillah dgn hidayah allah kepada sesiapa yg di kehendaki nya..alhamdulillah bersyukur saya kehadrat ilahi kerana dgb hidayahnya jua ibu saya memeluk agams islam….
sorry ye miss…loo jo yee…kalau nak memeluk agama lain pun jangan nak salahkan agama asal…saya sangat tak setuju dengan pendapat awak..mengata BIBLE menyimpang laa…jelas2 bagi orang yang meninggalkan agama asal macam tak sayang agama asal…dan macam tak sayang family…saya sangat2 kecewa dengan orang macam ni…jangan jadikan diri awak sebagai pelakon yang tak tahu babak dalam lakonan hidup awak..saya sanggup mati daripada meninggalkan agama asal saya..SET IN YOUR MIND…lain laa kalau awak asal nya mengamalkan kepercayaan animisme…
tahniah buat sahabiah yang diberi rezeki dan hidayah oleh Allah.. buat rakan non muslim yang agak terganggu dengan kenyataan beliau, boleh la juga mengkaji sebagaimana beliau.
rezeki hidayah itu hak Allah..
kadangkala yang ikhlas mengkaji diberi hidayah.. kadangkala yang mencari kelemahan alQuran juga diberi hidayah..
hari ini ramai juga non muslim pakar mengenai Islam. seperti pakar kewangan dan perundangan Islam walaupun mereka kekal agama asal. bahkan ramai juga melayu muslim yang buat master dan phd dlm bidang berkaitan Islam dengan professor bukan Islam di IPT barat..
jemput semua kaji alQuran..
Seorg gadis kristian teringin nk jumpa seorg paderi masuk islam. Apa kelebihan agama islam dgn kristian.
Asalamualaikum. Sy bersama dgn seorg gadis cina beragama kristiancdah 3 tahun lebih. Dalam masa 2 tahun kami, dia girl friend sy memang ada niat masuk islam. Tp sayang sekali masa tu rakan gereja selalu menhasut dia, jgn berkawan dgn sy, sebab sy seorg muslim. Lepas tu dia selalu ragu2. Dia masih bersama sy. Apa yg sy perlu buat. Sy teringin nk search mana2 paderi kristian dah masuk islam. Supaya dia hertambah yakin agama islam adalah agama yg sebenar.