Tips Mengurangkan Penggunaan Air

Salam sejahtera semua, bagaimanakah anda sekarang? Cuaca yang panas ini membuatkan anda berasa letih dan asyik dahaga, bukan? Namun begitu, berita empangan air di Malaysia yang kian mengering pasti mengundang perasaan gundah-gulana di hati masing-masing. Jangan sampai ada yang tidak mandi langsung seharian.

 

no-water

(c)galvinaven.wordpress.com

Berikutan itu, hari ini penulis ingin berkongsi beberapa tips untuk mengurangkan penggunaan air.

 

1. Wudhu’ lengkap dengan jumlah air satu biduk.

 

Daripada menggunakan air terus daripada paip, apa kata kita menggunakan teknik ini. Ambil sebiduk air. Cedok air dari biduk itu menggunakan tapak tangan yang dilengkungkan membentuk sebuah mangkuk kecil dan jiruskan air cedokan itu pada anggota-anggota wudhu’. Pada mulanya penulis juga seakan-akan tidak percaya ia mencukupi, tetapi sebenarnya boleh, malah masih ada baki air lebihan dalam biduk.Rupanya kita tidak memerlukan air yang banyak untuk berwudhu’.

 

2. Mengemas rumah dengan kaedah kering lebih kerap.

 

Ada sesetengah mengamalkan melakukan pengemasan serta cucian kawasan rumah sekali seminggu. Untuk mengurangkan beban cucian hingga menggunakan air banyak, kita boleh mengemas rumah secara sedikit setiap hari. Luangkan sekurang-kurangnya lima belas minit atau setengah jam sehari mengemas rumah dengan kaedah kering seperti menyapu, mengelap dengan kain kering, serta mengutip sampah. Dengan itu kotoran tidak akan melekat ( disebabkan dibiarkan lama ), juteru tidak memerlukan terlalu banyak air untuk mengemop.

 

 

3. Siram pokok pada awal pagi atau lewat petang

 

Pasti ada di antara anda gemar berkebun. Keadaan kekurangan air akan mengundang kerisauan. Pokok-pokok yang tidak dapat bergerak sendiri serta memerlukan penjagaan rapi pasti terancam jika kekurangan air, antara faktor penting dalam melakukan proses fotosintesis.

Jom tengok kejap !! Untung-untung nasib dapat barang murah, rm 1.90 pun ada...

 

Hal ini elok diamalkan bukan sahaja sewaktu kita sedang menghadapi kekangan air. Elakkan menyiram awal petang atau tengahari. hala ini kerana cuaca pada waktu tersebut yang panas boleh menyebabkan air tersejat, menjadikan air yang benar-benar diserap oleh pokok-pokok adalah sedikit berbanding yang diagak. Selain itu, air pada waktu tengahri kebiasaannya amat panas, dan ini boleh menyebabkan dedaun melecur apabila disiramkan, justeru merosakkan keberkesanan melakukan proses fotosintesis.

 

Tambahan pula, dengan mendapat air yang secukupnya, pokok-pokok dapat melakukan proses fotosintesis dan mampu bertahan di waktu kering ini.

 

 

4.Baiki kebocoran

 

Sedikit, sedikit, lama-lama jadi bukit. Atau, dalam kes ini, pembaziran. Lihat paip-paip sekeliling rumah anda. Jika ada yang bocor, biarpun hanya sekada menitik-nitik, segeralah membaikinya. Bukan sahaja dapat mengelakkan pembaziran air, pembaikian yang dilakukan sewaktu masalah itu masih kecil dapat mengelakkan terjadinya masalah yang lebih besar.

 

5.Lakukan cucian banyak sekaligus

 

Elakkan mencuci pinggan secara sedikit dan kerap. Kumpulkan perkakasan dapur yang kotor dalam sebuah baldi. Kemudian buangkan sisa-sisa makanan pada pinggan hingga hanya tinggal kotoran yang cuma boleh dikeluarkan dengan sabun seperti minyak. Takungkan sinki dengan air bersih dan celupkan perkakasan dapur yang telah disabunkan. Lapkan setiap perkakasan dengan kain bersih dan kering sehingga bersih sebelum perkekasan diletakkan di rak-rak.

 

Disamping itu, daripada membuka paip air untuk mencuci sebiji buah-buahan untuk dimakan, lebih baik rendamkan semua sayur-sayuran dan buah-buahan seklaigus. Yang mana tidak digunakan atau dimakan pada masa itu boleh disimpan dalam peti sejuk atau pantri setelah dikeringkan.

 

 

7. Prihatin akan ramalan cuaca.

 

Biarpun ramalan bukan seratus peratus tepat, ada kalanya ia berguna untuk kita membuat perancangan. Pada hari-hari yang dijangka akan turunnya hujan. sediakan tong tadahan kosong di luar. Jika khuatir air yang ditadah itu tidak sihat, sekurang-kurangnya ia boleh digunakan untuk mengepam tandas, menyiram pokok atau mencuci tanpa perlu menggunakan air tangki simpanan. Pada hari yang hujan juga tidak perlu menyiram ( melainkan ramalan tidak menjadi) pokok kerana terlalu banyak air akan menyebabkan akar pokok ‘lemas’.

 

Dengan demikian, harap kita semua dapat berhemah dalam penggunaan air.

Comments

0 comments… add one

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.