Adakah Suara Wanita Itu Aurat?

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Islam mengharamkan apa saja yg dapat menimbulkan fitnah sehingga islam mengharamkan perempuan yg menghentak kakinya ke tanah dgn tujuan supaya gelang kakinya didengar orang untuk membangkitkan syahwat lelaki.

Allah berfirman : “Dan janganlah mereka menyentakkan kakinya ke tanah agar supaya diketahui apa yg mereka sembunyikan dari perhiasan mereka” (an-Nur:31).

1 – Mazhab hanafi menjadikan larangan dlm ayat ini sebagai dalil bahawa : Suara perempuan adalah aurat sebab kalau suara gelang kaki saja dilarang maka lebih2 lagi suara perempuan itu sendiri.

Abu Bakar al-Jashash berkata : “ayat di atas menunjukkan bahawa wanita dilarang mengeraskan suara yg sekiranya didengar orang lain. sebab suaranya itu lebih membangkitkan fitnah daripada bunyi gelang kakinya, oleh itu ashab kami (mazhab hanafi) memakhruhkan azan wanita sebab dalam azan diperlukan suara yg keras”.(tafsir al-jashash 3/393)

Sebahagian fuqaha’ hanafi berpendapat bahawa : nyanyian wanita adalah aurat mereka. Mereka berdalilkan dgn sepotong hadith seperti berikut : suara takbir bagi lelaki dan tepuk bagi perempuan.

2 – mazhab syafie dan lain-lain berpedapat bahawa : suara perempuan bukan aurat. Sebab perempuan boleh berjual beli dan memberi keterangan sebagai saksi di hadapan hakim.

  • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

Al-Alusi berkata : “yang tersebut di dalam kitab2 fiqh syafie, dimana aku sendiri cenderung kepada pendapat ini (suara bkn aurat) kecuali kalau dikhuatiri timbulnya fitnah”. (ruh al-ma’ani 18/146)

melihat zahirnya pendapat kedua ini bahawa : apabila tidak menimbulkan fitnah maka suara perempuan bukanlah aurat. Sebab isteri2 nabi saw ada yang meriwayat hadith dan mereka juga bercakap2 dengan lelaki sedangkan diantara mereka itu terdapat lelaki yg bukan mahramnya.

See also  Selamat Hari Ibu

Ibnu Kasir berpendapat : perempuan dilarang melakukan tindakan apa saja yg dapat mempengaruhi dan membangkitkan syahwat lelaki dan oleh kerana itu perempuan dilarang memakai wangi-wangian ketika keluar rumah, dalam hal ini nabi bersabda : “setiap pandangan mata adalah zina dan perempuan apabila memakai wangi-wangian lalu dia berjalan melalui majlis (lelaki) maka ia demikian dan demikian (berzina)”.

syeikh as-shobuni berpendapat : sebaiknya kaum lelaki mencegah perempuan2 dari melakukan perkara yg membangkitkan fitnah dan tipu daya seperti memakai pakaian sempit, meninggikan suara, dan memakai wangi-wangian. Firman Allah swt : “Maka janganlah kamu tunduk (melemah lembutkan suara) dan berbicara sehingga bangkit nafsu orang yg ada penyakit dalam hatinya” (al-ahzab:32).

Rujukan : Tafsir Ayat Al-Ahkam As-Shobuni, Mu’jam Asasi
Suntingan : Kyo kusanagi

Dunia Maklumat

Join Affiliate Shopee Percuma Klik - AFFILIATE SHOPEE
7 comments… add one
  • hambaAllah Link Reply

    Kiranya suara wanita ini yang menjadi aurat bila wanita itu bercakap sampai menimbul fitnah. Macam gitu ker??

  • Hamnahtul Husna Link Reply

    Kalu nasyid Dan taranum bagi perempuan haram x?
    Kerana memerdukan suara…
    Mohon penjelasan…

    • Tidah haram, jika yang mendengarnya adalah di kalangan wanita juga, dan permasalah ini ada khilaf, sata akan terangkan selepas ini

  • Sa Link Reply

    Bagaimana pula dengan suara wanita terhadap wanita bukan Islam. Boleh kah kalau contohnya wanita Islam itu hendak menyanyi bersama wanita bukan Islam itu? Adakah dibenarkan kerana aurat wanita Islam terhadap wanita bukan Islam sama seperti aurat terhadap lelaki bukan mahram kan?

  • Hamba Allah Link Reply

    Bagaimana pula dgn wanita yg menyanyi?dan apa pula yang dimaksudkan dgn menimbulkan fitnah?

  • Ikhaaa Link Reply

    Macam mana pulak kalau nasyid , adakah itu fitnah?

Leave a Comment