Kisah Iman seekor Semut

iman semut

Kisah ini disebutkan di dalam `Umdatul Qari Syarah kepada Sahih al-Bukhari..Di zaman Nabi Allah Sulaiman a.s berlaku satu peristiwa,apabila Nabi Allah Sulaiman melihat seekor semut melata di atas batu,lantas Baginda pun merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.

Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut(antara kelebihan Nabi Sulaiman adalah Baginda boleh bercakap dengan haiwan termasuk serangga):

“Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu”.

Semut pun menjawab:

“Rezeki di tangan ALLAH,aku percaya rezeki di tangan ALLAH,aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku”.

Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya:

“Wahai semut,berapa banyakkah engkau makan dalam setahun?

Jawab semut: “Aku makan hanya sekadar sebiji gandum setahun”.

Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: “Kalau kamu makan hanya sebiji gandum setahun tak payah kamu melata di atas batu,aku boleh tolong”.

Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas,dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dlm bekas,kemudian Baginda ambil gandum sebiji,diletakkan dalam bekas dan tutup bekas itu.

Kemudian Baginda tinggalkan semut itu di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu tahun..

Bila cukup setahun Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut,lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut:

“Kamu rupanya berbohong pada aku!.kamu kata kamu makan sebiji gandum setahun,ini sudah setahun tapi kamu makan setengah sahaja”.

Jawab semut: “Aku tidak berbohong,aku tidak berbohong,kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum setahun,kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku.

Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup,rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu,sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua tahun.Aku takut kamu lupa”.

Subahanallah Itulah Iman seekor Semut!!

Tinggi sungguh tawakalnya kepada Allah..Dia meletakkan keyakinannya yang tinggi bahawa Allah yang menciptanya tidak akan mengabaikannya walaupun dia berada dia atas batu yang kering di padang pasir yang tandus..Allah Allah Allah..

Bagaimana dengan iman kita?

Bagaimana dengan tawakal kita kepada Allah?

PENGAJARAN DARI KISAH SEMUT:

Inilah sifat tawakal dan ikhtiar yang kita boleh pelajari dari semut..Jangan sekali-kali bergantung kepada sesama makhluk dalam soal rezeki.Bergantung haraplah kepada Allah,Tuhan yang meciptakan rezeki dan pemberi rezeki kepada makhluk-makhluknya..

Sebagai contoh,Kalau ada mana-mana ahli politik berkata:

“saya jamin bekalan makanan atau simpanan petrol akan sentiasa mencukupi untuk sekian-sekian tahun”…Jangan terlalu yakin..Sebaliknya,bertawakkallah kpd Allah dan berikhtiarlah dengan keupayaan sendiri..Jadilah anda seperti semut tersebut.

2 comments… add one

  • Ya, betul sekali. Semua makhluk di dunia ini ciptaan Allah dan pasti Dia tidak akan lupa pada makhluk ciptaan-Nya

  • Menakjubkan iman seekor semut ini

Leave a Comment