Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan.Banyak perkara yang boleh anda lakukan,antaranya : –
1) NOMBOR KECEMASAN
Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112.Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112.Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi,ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci ( Keypad lock )
2) KERETA TERKUNCI
Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar.Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda.Jangan risau,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera ( alarm ) sahaja . Caranya,cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah.Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari kereta yang terkunci itu.Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ‘ ON ‘ pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya.Pasti kereta anda tidak terkunci lagi,malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada.Kerana itu juga,penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini.Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.
3) KUASA BATERI TERSEMBUNYI
Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan.Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan.Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan.Untuk mengatifkannya, tekan kekunci ‘ *3370# ‘ . Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus.Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda.
4) TELEFON KENA CURI
Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri.Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda,sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin.Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit.Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat Selamat.Bila telefon bimbit anda dicuri,anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut.Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar,dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut.Jadi, walaupun ia di curi,namun sekurang–kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya.
Anda Ada Masalah Smartphone Hubungi En. Taufik – Service Root, Upgrade, Downgrade Phone Service, Unlock Iphone Murah 017-5442155
biasa hanif menhad buat unlock kereta kalau tertinggal kunci kereta macam tu… selamat. itu pun kalau handphone tak tertinggal sekali dalam tu. nice entry
tipu.. tak boleh pun..
Sy nk thu bgaima nk ksan kdudukan seseorg dgn mggunakan no fon dye..
Klu blh mnta tlong bg pnerangan sklit..
SAYA INGIN BERTANYA KERANA SAYA KURANG ARIF TENTANG TEKNOLOGI TERKINI…APA YANG INGIN SAYA TANYA,BOLEHKAH MESEJ DALAM WE CHAT DI DALAM TELEFON BIMBIT BOLEH DI PRINT INI KERANA SAYA PERLU MENJADIKAN SEGALA MESEJ DIDALAM WE CHAT SEBAGAI BAHAN BUKTI DI MAHKAMAH
Boleh tiada masalah printscren di hp lepas tu prin di kertas guna printer
Screenshot perbualan wechat, then print je lha screenshot tu
sya minta tlong smkamu smua tlong l sya mcm mna mmbuka kunci pon sya sya punya katalalua terlupa sya tak ingat ,,
boleh tapi kene format
assalam . bole kaa s’sorg mengesan smua msg kta s’telah d padam ? apa ka kod yg boleh m’gesan stiap msg keluar masuk kta ?
assalamualaikum…. masalah nur ialah telefon nur tak boleh bergetar walaupun nur letak mood getar… sebelum2 ni boleh je.. tp sekarang telefon ni jadi kaku… :'(:'( nak buat macam mana ya? nur minta tlg sngat2… tolong bagi tahu knapa jadi begini…. :'(
assalamualaikum… macam mana nak buat telefon bergetar? saya dah letak mood bergetar dah tapi tetap telefon saya kaku bagai tidak bernyawa… tolong saya… :'(
Lupa kod keselamatan tolong mcam mna nak buka
Tolong saya lupa kod keselamatan telepon sya biasa tapi saya syg tolng
Kode 6 digit tidak bleh dihntar smada mlalui sms & juga pnggilan. Sy juga disruh cuba lagi dlm msa 2jam tp tetap sama. Apa perlu sy lakukn
Kad sim sye digi,tpi bila sye masukkn duit topup ,slalu hilang dan apabila phone lain nak telipon
phone sye tpi tiada yg menelifon
Saya terlupa code keselamatan telefon saya,tolong saya macam mana cara mahu membukanya kembali
0175283101