Category: Dunia Kesihatan

  • 3 Langkah Memulihkan/Menjaga Penglihatan

    Zaman moden sekarang ni, banyak teknologi yang mengeluarkan cahaya seperti telefon bimbittablet, televisyen, komputer/laptop, dan macam-macam lagi menjadi tatapan harian mata kita.  Tanpa kita sedari, perkara-perkara itu sebenarnya membawa bayaha, letih dan mengakibatkan masalah kepada mata dan penglihatan kita.

    Oleh itu, turutilah petua-petua atau tip-tip menjaga mata di bawah ini untuk menjamin dan memperbaiki kesihatan mata dan penglihatan kita. (more…)

  • Kenapa Buah-Buahan Penting?

    food

    Assalammualaikum W.B.T…

    Suka makan Buah-buahan tak? kalau tak suka, kita mesti paksa diri kita untuk suka.. hehe.. Tapi bukan semua buah-buahan boleh masuk.. Jangan makan buah yang memudaratkan pula. Tapi, makan buah-buahan yang boleh memberikan khasiat kepada diri kita. Berikut merupakan jenis buah-buahan yang berkhasiat dan penerangan ringkas mengenainya:

    Strawberi:  melawan kanser dan penuaan

    Pisang: meningkatkan tenaga

    Ceri: menbantu sistem saraf menjadi lebih baik

    Anggur: membantu saluran darah

    Nanas: Melawan arthritis, membantu pencernaan makanan dan membina tulang yang kuat

    Blueberry: melindungi jantung

    Kiwi : meningkatkan jisim tulang

    Tembikai: Mengawal kadar degupan jantung

    Mangga: mencegah kanser

    Oren: melindungi kulit dan merupakan awet muda, menjadi lebih segar

    Epal: membantu melawan jangkitan

    Peaches : menyediakan  kalium fluorida dan besi

    Lemon: minum air limau boleh membantu memulihkan masalah nafas berbau

  • Kesan Kurang Minum Air

    nn

    Air putih atau air mineral sangat penting dalam tubuh manusia untuk memastikan tubuh sentiasa sihat dan bertenaga. Antara kesan kurang minum air adalah:

    • Mudah Letih dan kurang tumpuan – Tubuh yang mengandungi toksin kerana kekurangan air apabila proses pengeluaran berlaku akan menyebabkan tubuh terasa letih. Ia juga menyebabkan individu kurang memberi tumpuan dengan baik ketika melakukan kerja atau aktiviti seharian.
    • Mudah Pening – Antara fungsi air adalah untuk membuang toksin dari tubuh manakala otak manusia mengandungi 75 peratus air. Justeru itu meskipunseseorang hanya mengalami kekurangan air sedikit, tetapi ia berpotensi menyebabkan seseorang menjadi pening.
    • Sembelit – Air mampu melembutkan sesuatu yang pejal. Oleh itu najis yang keras boleh dilawaskan apabila air diminum secukupnya.
    • Air kencing kotor – Hampir 180 liter air dikitar semula oleh buah pinggang setiap hari kerana ia merupakan penapis bahan buangan dari darah dalam tubuh manusia. Tanpa air yang cukup, pengeluaran air kencing akan berkurangan menyebabkan bahan buangan menjadi lebih pekat yang menyebabkan air kencing menjadi kotor.
    • Menyebabkan mulut berbau – Kurang minum air akan menyebabkan mulut berbau. Ia kerana cecair tidak mencukupi di dalam mulut untuk membersihkan segala sisa makanan dan kotoran dimana bakteria mudah merebak di dalam tekak dan mulut menyebabkan mulut berbau busuk jika tidak mengambil langkah pengjagaan kesihatan yang baik.
    • Mulut menjadi kering – kurang minum air juga menyebabkan mulut menjadi kering. Perkara ini biasa berlaku dalam kalangan kita kerana air liur merupakan pelincir mulut. Oleh itu, ia akan menyebabkan individu kurang selesa.

    Jangan lupa minum air yang secukupnya k ^_^

  • Formula Pemakanan Genius

    makanan bijakFormula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. (more…)

  • Tips Atasi Cepat Kalah Bagi Lelaki


    Tips Atasi Cepat Kalah

    Cepat tewas sentiasa menghantui lelaki yang pertama kali melakukan hubungan badan. Ini terjadi kerana mereka terlalu bernafsu sehingga lupa untuk mengawalnya. Akhirnya mereka datang inzal lebih awal dari pasangan wanita mereka. Jika anda tidak belajar untuk mengawal situasi ini, ia pasti akan terbawa–bawa sepanjang hidup anda.

    Cepat kalah akan memberi perasaan kecewa kepada diri anda dan juga pada pasangan anda. Untuk elakkan ia dari menghantui diri anda, berikut adalah beberapa cara untuk atasi masalah cepat tewas. (more…)

  • Khasiat Buah Pisang

    shutterstock_99478112
    Buah pisang memang tidak asing lagi dalam masyarakat kita. Buah pisang mudah didapati dan harganya juga tidak terlalu mahal. Mungkin ada dalam kalangan kita yang masih belum tahu akan khasiat buah pisang ini. Oleh itu, sedikit perkongsian mengenai buah pisang di dalam post hari ini. Antara khasiatnya adalah:

    • Buah Pisang mengandungi tiga jenis gula semulajadi iaitu sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Buah tersebut akan meningkatkan kadar segera dan meningkatkan tenaga.
    • Anemia: Kandungan zat besi buah pisang yang tinggi mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah dan seterusnya membantu dalam kes-kes anemia.
    • Ulser: Pisang baik jika mengalami masalah terhadap gangguan usus kerana ia bersifat lembut. Ia adalah satu-satunya buah mentah yang boleh dimakan tanpa lebihan “chroniclercases”. Ia juga meneutralkan lebihan asid dan mengurangkan ketidakselesaan akibat salutan lapisan perut.
    • Sembelit: Buah pising mempunyai serat yan tinggi dan ia juga termasuk dalam permakanan diet dimana buah pisang boleh membantu memulihkan tindakan usus yang normal dan membantu mengatasi masalah sembelit.
    • Saraf: Pisang mempunyai vitamin B yang membantu menenangkan sistem saraf .
    • Gigitan nyamuk: Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan yang terlibat dengan bahagian dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengurangkan bengkak dan iritasi ketika digigit nyamuk.