Category: Dunia Kesihatan

  • Kebaikan Tidur: Kanser, Hati, Usus, dan Peparu?

    Kebaikan TidurTidur adalah satu perkara yang tidak dapat dielakkan. Bagi yang gila kerja ini adalah satu kekurangan. Bagi yang sukar tidur atau menghadapi insomnia, keupayaan untuk tidur adalah satu dambaan. Tidur merupakan satu aktiviti yang boleh membantu kesihatan tanpa kita perlu berbuat apa-apa.

    Saranan yang biasa kita dengar adalah untuk tidur 8 jam sehari. Namun begitu, ada kajian menunjukkan tempoh optimum untuk tidur adalah daripada 6 hingga 6.5 jam sehari, disertakan sekali dengan setengah jam pada waktu tengah hari. Lebih mahupun kurang daripada saranan akan menyebabkan tubuh berasa lesu dan minda hilang fokus. (more…)

  • Keburukan Gaya Hidup Sedentari

    Pada masa dahulu, kebanyakan kerja memerlukan kita memerah keringat dan membanting tulang. menuai, membajak, mengutus surat.

    Kini, di zaman semuanya di hujung jari sahaja, hampir sejumlah besar masa seharian kita duduk menghadap komputer.Ini lebih selamat, kita fikir. Berbanding kerja luar yang memerlukan pengorbanan fizikal, ia hanya statik di satu tempat.

    Duduk selama dua hingga tiga jam di kubikel pejabat bukan perkara asing lagi. Malahan, lebih dipuji kalau kita menghabiskan banyak masa untuk melaksanakan kerja di hadapan komputer, terduduk sambil meneliti dokumen-dokumen, mencari peluang meningkatkan lagi perniagaan.

    Sementara mengejar dunia, tanpa kita sedari kita sedang mengorbankan kesihatan kita.

    Mengikut kajian yang dipaparkan secara atas talian di European Heart Journal, menunujukkan bukan sahaja tempoh duduk yang lama boleh memberi kesan buruk, malahan jumlah ‘rehat pendek’ yang diambil.

    Berdasarkan kajian yang dilaksanakan di Autralia itu juga, biarpun seseorang itu mengamalkan banyak senaman, kesan tempoh duduk yang lama untuk jangka masa panjang masih boleh mengganggu fungsi cardio-metabolisma dan menyebabkan keradangan, seperti ukur lilit pinggang yang lebih lebar, menurunnya kadar kolesterol HDL ( kolesterol baik), kadar protin C-reaktif (penetap tahap keradangan) dan trigliserida (lemak dalam darah) yang tinggi. Enzim-enzim yang membantu membakar lemak
    juga menurun sebanyak

    Ini bermakna lemak-lemak anda tidak dapat tukarkan ke dalm otot-otot dan kadar gula dalam darah meningkat, justeru menyebabkan berat badan naik. Selepas dua minggu, penyerapan oksigen akan menurun dan otot-otot mengalami atrofi, keadaan dimana berlakunya ‘pereputan’ atau rencatan pada sesuatu tisu badan atau organ.

    Selain itu, terdapat beberapa fakta yang merisaukan mengenai kesan mengekalkan posisi duduk terlalu lama, contohnya, risiko mendapat sakit jantung boleh meningkat hingga 64% dan meningkatkan risiko untuk mendapat jenis-jenis kanser tertentu. Selepas mengamalkan duduk selama enam jam atau lebih untuk satu atau dua dekad, risiko mendapat kanser prostat atau payudara meningkat sebanyak 30 peratus.

    Pada saat anda duduk, aktiviti elektrik (ya, ada, jangan terkejut) dalam otot-otot mulai perlahan dan kadar pembakaran kalori tubuh menururn sebanyak satu kalori per minit. Sekiranya kita duduk untuk tempoh 24 jam, kita akan mengalami 40 penurunan dalam penyerapan glukosa dalam insulin, yang boleh membawa ke diabetes tahap 2.

    Disamping itu, berada dalam posisi duduk terlalu lama boleh meningkatkan tekanan darah tinggi dan mengecilkan saluran darah. Keadaan duduk yang lama juga b9oleh menyebabkan perubahan ketumpatan tulang (berkurang), dan akhirnya menyebabkan kerapuhan.

    Sebenarnya adalah tidak sukar untuk mengatasinya.Tidak perlu sebarang rawatan khusus mahupun program-program intensif yang harus disertai. Apa yang kita perlu buat, hanyalah dengan mengubah amalan kita. Pastikan kita tidak duduk dengan berterusan dengan bangun serta melakukan aktiviti-aktiviti riadah kecil seperti meregangkan tubuh dan bangun sekali dalam sejam.

    Seterusnya, amalkan 30 minit senaman. Jika boleh, lakukan perkara-perkara yang kita boleh lakukan secara berdiri atau bergerak. Terdapat banyak tips dan tutorial mengenai cara melakukan kerja-kerja komputer sambil berdiri. Banyakkan juga aktiviti-aktiviti yang memerlukan kita bergerak seperti mengemas rumah dan kurangkan aktiviti seperti asyik melayari internet atau menonton televisyen.

    Jagailah tubuh kita. Janganlah kita membunuhnya secara senyap.

    Sumber:

    1.Harris,S, WebMD Health News, “Sitting for Too Long Is Bad for Your Health”, 12th Jan 2012,
    url:http://www.webmd.com/heart-disease/news/20110112/sitting-down-too-long-bad-health

    2. Klosowski, Thorin, Lifehacker, “Hos Sitting All Day Is Damagingn Your body and How You Can Counteract It.” 26th Jan
    2012,, url:http://lifehacker.com/5879536/how-sitting-all-day-is-damaging-your-body-and-how-you-can-counteract-it.

    3.Dube, R, Makeuseof,”4 Serious Health Issues From Sitting Too Long & How To Avoid Them”,11th October 2012,
    url:http://www.makeuseof.com/tag/4-health-issues-sitting-long-avoid/

    4. Kresser, C, Huffington Post, “How Sitting Too Much Is Making Us Sick and Fat–And What to Do About it”, 18th March
    2013, url:http://www.huffingtonpost.com/chris-kresser/sitting-health_b_2897289.html

    Picture credited to Sydney Morning Herald

  • Anemia Masalah Sakit Puan

    Anemia masalah sakit puanAnemia adalah salah satu daripada masalah sakit puan yang biasa dialami oleh wanita-wanita hamil. Keadaan ini amat kerap berlaku kerana kekurangan sel darah merah di dalam badan. Punca utama terjadinya anemia ialah kekurangan zat besi. Adalah menjadi keutamaan untuk wanita yang telah berkahwin sebelum merancang untuk hamil mengetahui samada mereka mengalami anemia atau tidak kerana anemia akan mempengaruhi tumbesaran bayi di dalam kandungan kerana zat besi adalah sangat diperlukan oleh ib-ibu hamil untuk tumbesaran bayi di dalam kandungan. (more…)

  • Asid Dalam Badan Punca Penyakit Gout, Gastrik, Darah Tinggi, Kencing Manis, Penyakit Jantung Dan Diabetes

    Asid Dalam Badan Punca PenyakitASID DALAM BADAN

    Asid di dalam badan seperti asid urik atau asid amino merupakan sebatian kitaran hetero yang mengandungi karbon, oksigen, nitrogen, oksigen dan hidrogen yang dipermudahkan dalam formula sebatian C5H4N4O3 . Ianya membentuk ikatan garam dan ion di dalam badan sebagai urates asid. (more…)

  • 10 Sebab Harus Kurangkan Makan Mee Segera

    index

    Mee segera merupakan makanan yang paling mudah dimasak dan digemari orang ramai. namun, terdapat keburukan makan mee segera jika selalu mengambil pemakanan mee segera sebagai jamuan harian. berikut merupakan 10 perkara yang kita perlu tahu mengenai mee segera:

    1. Penyerapan Nutrien: Mee menghalang penyerapan nutrien untuk kanak-kanak di bawah umur 5 tahun.

    2. Risiko Menghadapi Kanser: Terdapat bahan dalam mee segera yang dipanggil “Styrofoam”. Ia merupakan punca menghidapi kanser.

    3. Keguguran: Wanita mengandung yang makan mee segera semasa kehamilanboleh menjadi punca keguguran. Hal ini kerana ia akan memberi kesan kepada pembangunan janin.

    4. Makanan Ringan: Mee segera diperkayakan dengan penuh karbohidrat, tetapi tidak mempunyai vitamin, serat dan mineral. Kerana itu, mee segera dianggap sebagai makanan ringan.

    5. Sodium: Mee segera mempunyai kandungan penuh dengan jumlah yang tinggi natrium. Penggunaan berlebihan natrium membawa kepada penyakit jantung, strok, tekanan darah tinggi dan kerosakan buah pinggang.

    6. MSG: Monosodium Glutamat digunakan untuk meningkatkan rasa mee segera. Orang yang alah kepada MSG dan mengambil mee segera sebagai sebahagian daripada diet mereka, maka mereka akhirnya akan mengalami sakit kepala, curahan muka dan sakit.

    7. Berat badan yang berlebihan: Makan Mee adalah punca utama obesiti. Mee mengandungi jumlah lemak dan jumlah natrium yang tinggi. Ia juga menyebabkan pengekalan air dalam badan dan sudah tentu ia membawa kepada berat badan berlebihan.

    8. Penghadaman: Mee segera adalah tidak baik untuk sistem penghadaman. Pengambilan mee segera menyebabkan proses penghadaman yang tidak teratur dan kembung.

    9. Propylene Glycol: Bahan dalam mee segera dipanggil “Glikol Propylene” yang mempunyai anti-beku. Bahan ini digunakan kerana ia menghalang mee dari pengeringan dengan mengekalkan kelembapan. Ia melemahkan sistem imun badan kita. Ia mudah diserap oleh badan dan ia berkumpul di dalam buah pinggang, jantung dan hati. Ia menyebabkan keabnormalan dan kerosakan kepada kawasan-kawasan tertentu.

    10. Metabolisme: Pengambilan mi segera menjejaskan metabolisme badan, kerana bahan-bahan kimia seperti bahan tambahan, pewarna dan bahan pengawet di dalam mee segera.

  • 11 Cara Mengurangkan Masalah Obesiti

    images

    • Buah-buahan dan sayur-sayuran hijau adalah makanan yangmengandungi rendah kalori, oleh itu adalah digalakkan mengambil makanan seperti ini di dalam menu diet anda.
    • Elakkan daripada mengambil terlalu banyak garam. Hal ini kerana garam yang berlebihan boleh menyebabkan berat badan meningkat.
    • Produk susu seperti keju, mentega harus dielakkan kerana ia kaya dengan lemak. Daging dan bukan vegetarian makanan juga harus dielakkan.
    • Rempah seperti halia kering, kayu manis, lada hitam dan lain-lain yang baik untukkmengurangkan berat berat badan dan boleh digunakan dalam beberapa cara dalam masakan.
    • Beras dan ubi yang mengandungi banyak karbohidrat perlu dielakkan di antara bijirin gandum yang baik.
    • Sayur-sayuran seperti peria dan jenis sayuran yang pahit boleh membantu mengurangkan berat badan seseorang.
    • Mengambil madu merupakan amalan pemakanan yang sangat baik untuk masalah obesiti. Ia menggerakkan tambahan deposit lemak dalam badan dan meletakkan ia ke dalam peredaran dimana ia digunakan sebagai tenaga untuk berfungsi secara normal. Sebagai permulaan adalah mengambil kuantiti yang kecil kira-kira 10 GM. atau sudu yang akan diambil dengan air panas. Ia adalah baik untuk diamalkan pada awal pagi. Sebagai contoh satu sudu teh madu segar perlu dicampur dengan jus setengah limau dalam segelas air suam. Ia boleh diambil beberapa kali dalam satu hari secara berkala.
    •  Sayur Kubis dianggap sebagai ubat yang berkesan untuk mengutangkan berat badan. Sayur-sayuran ini menghalang penukaran gula dan karbohidrat lain menjadi lemak yang terkandung dalam badan. Oleh itu, ia adalah nilai yang besar dalam proses mengurangkan berat badan seseorang. Ia juga boleh diambil mentah atau dimasak.
    • Senaman adalah satu bahagian penting dalam perancangan pengurangan berat badan. Ia membantu untuk mengurangkan kandungan kalori yang terdapat dalam badan sebagai lemak. Di samping itu, ia juga melegakan ketegangan dan nada sehingga otot-otot badan. Sebagai contoh anda boleh jogging pada waktu pagi atau petang.
    • Jus Limau juga adalah baik untuk mengurangkan berat badan. Jus limau dicampur dalam segelas air suam dan manis dengan madu harus diambil setiap pagi ketika perut kosong.