Category: Dunia Kesihatan

  • Mengapa Dijangkiti Selesema

    Masalah  selsemaSalah satu perkara yang paling sukar dilalui oleh ibu bapa yang baru ialah apabila bayi mereka mendapat selesema buat pertama kali. Bayi anda akan berasa tidak selesa, tersenguk-sengak dan sukar untuk menyusu. Memang tidak senang anda melihatnya, tetapi terdapat banyak perkara yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan ketidakselesaan bayi anda. Anda boleh bertenang sebab ianya hanya selesema biasa dan selalunya tidak serius. Pakar-pakar menganggarkan bahawa bayi anda akan menghidapi selesema sebanyak lapan hingga 10 kali dalam masa dua tahun pertamanya. Ini menggunakan banyak helaian tisu dan berjaga malam.

    Apa punca selesema?

    Selesema ialah jangkitan bahagian atas saluran pernafasan berpunca dari pelbagai jenis virus. Selalunya ia merebak apabila seseorang yang menghidapi selesema itu bersin dan menyebarkan virus selesema ke udara untuk dijangkiti oleh orang lain. Ia juga boleh disebarkan melalui kontak tangan, jadi elok jika anda sentiasa membasuh tangan anda selepas menghembus hidung anda. Bayi-bayi cenderung untuk dijangkiti selesema dengan kerap sebab mereka dilahirkan dengan sistem imuniti yang hanya berfungsi sebanyak 60 peratus.

    Bagaimanakah selesema menjejaskan bayi?

    Tiada perkara yang lebih mengharukan daripada bayi yang menghidapi selesema. Bayi yang sakit mungkin akan menghidapi demam (sehingga 101 darjah F / 38 darjah C), batuk, mata merah, sakit tekak dan hidung berair. Anak anda juga akan meragam dan hilang selera makan. Bayi-bayi di bawah usia enam bulan tidak boleh bernafas melalui hidung mereka apabila mereka sakit, jadi mereka akan mempunyai masalah untuk bernafas dan makan. Kanak-kanak tidak bersedia lagi untuk menghembus hidung mereka sehingga usia empat tahun, jadi anda perlu membantu mengeluarkan mukus mereka.

    Jika tidur sepanjang malam sudah menjadi rutin bagi bayi, masa ini anda akan teringat kembali minggu-minggu pertama kelahiran bayi. Mungkin dia akan terjaga beberapa kali pada waktu malam sebab tidak selesa dan sukar untuk bernafas. Anda perlu berjaga dengan bayi anda, menenangkannya dan mengelap hidungnya.

    Berapa lamakah selesema akan berlarutan?

    Simptom-simptom selalunya akan reda selepas tiga hingga 10 hari, walaupun pada bayi yang terlalu muda, ia mungkin akan berlarutan sehingga dua minggu. Kebanyakan bayi yang ada kontak dengan kanak-kanak yang lebih tua akan menghidapi selesema sebanyak enam hingga 10 kali dalam tahun pertama mereka sehingga anda merasakan ianya menghidapi selesema sepanjang tahun.

    Bolehkah saya mencegah bayi saya dari selesema?

    Menyusukan ialah salah satu cara terbaik untuk melindungi kesihatan bayi anda sebab selagi dia menyusu badan, dia akan mendapat simptom antibodi anda dan keimunan semula jadi anda. Dan apabila bayi yang disusukan jatuh sakit, penyakit itu ringan sahaja.

    Anda juga boleh cuba melindungi bayi anda dengan menjauhkan dia dari mereka yang sakit dan dengan meminta semua ahli keluarga yang sakit untuk membasuh tangan mereka sebelum menyentuh bayi anda atau barang-barangnya.

    Jika anda atau suami anda merokok, berhentilah dan elakkan dari membawa bayi anda ke tempat-tempat merokok. Kanak-kanak yang tinggal bersama perokok akan menghidapi lebih banyak kali selesema dan ia berlarutan lebih lama berbanding bayi lain yang tidak terdedah kepada asap rokok.

    Bilakah saya perlu menghubungi doktor?

    Lakukannya apabila tanda pertama selesema jika bayi anda berusia kurang dari tiga bulan. Bagi bayi yang lebih tua, hubungi doktor jika selesema berlarutan lebih dari lima hari; jika suhu anak anda melebihi 102 darjah F / 39 darjah C; atau jika dia mengalami sakit telinga, masalah bernafas, bunyi berdehit, batuk berlarutan, atau mengeluarkan mukus hijau yang pekat dan berlarutan dari hidungnya.

    Bagaimanakah saya boleh merawat selesema?

    Tidak banyak yang boleh anda lakukan kecuali menunggu dan memberikan anak anda banyak rehat dan cecair (tingkatkan jumlah jus buah-buahan yang kaya dengan vitamin C). Jika badannya panas, anda boleh berikan dia cecair parasetamol di bawah pengawasan doktor. Jangan berikan dia sebarang ubat selesema tanpa berunding dengan pakar pediatrik atau doktor keluarga anda. Jika umur kanak-kanak itu kurang dari satu tahun, ubat selesema yang dibeli di kedai selalunya lebih membahayakan, dan ubat batuk sama kesannya dengan sirap yang tidak mengandungi sebarang ubat untuk melegakan simptom. Walaupun begitu, terdapat beberapa cara untuk melegakan ketidakselesaannya:

    • Jika hidung bayi anda tersumbat, tinggikan kepala tilam dengan meletakkan tuala di bawahnya. Tidur mencondong boleh melegakan hidung meleleh hingus. Jangan gunakan bantal untuk meninggikan kepala bayi anda (ia boleh menyebabkan bahaya mati lemas) dan jangan meletakkan bantal di bawah tilam.

    • Oleh sebab bayi terlalu muda untuk menghembus hidungnya sendiri, laplah hidungnya supaya dia boleh bernafas dengan lebih mudah. Anda boleh menyapu jeli petroleum di luar lubang hidung bayi anda untuk mengurangkan kerengsaan. Jika bayi anda sukar menyusu dengan hidung tersumbat, minta doktor anda mempreskripsikan larutan bergaram untuk diletakkan di setiap lubang hidung setiap 15 minit sebelum penyusuan. Sesetengah ibu bapa menggunakan bebuli penyedut untuk membersihkan dan mengeluarkan air bergaram dan mukus dari hidung bayi.

    • Cuba gunakan pengewap kabut dingin untuk melembapkan udara. Atau bawa bayi anda ke bilik mandi bersama anda, buka air panas atau pancuran mandi, tutup pintu dan duduk dalam keadaan berwap tersebut selama 15 minit. Jangan lupa menukar pakaian bayi anda selepas mandian berwap.

    • Jika bayi anda menghidapi hidung tersumbat tanpa sebarang simptom lain, periksakan lubang hidungnya kalau-kalau terdapat sebarang objek asing. Kadang-kadang kita tak tahu: bayi pun boleh meletakkan objek ke dalam hidung.

    Selesema adalah sebahagian daripada kehidupan. Setelah anda berjaya mengharungi selesema bayi anda buat kali pertama, anda akan tahu apa yang perlu dilakukan jika ia dijangkiti lagi.

  • Kelebihan Minum Air Mineral

    mineral_water

    Minum air dalam kuantiti yang banyak akan memberikan tahap kesihatan lebih baik. Tambahan lagi, minum pada waktu yang betul juga akan memberikan pelbagai faedah. Memandangkan sekarang Negara kita juga turut dilanda cuaca jerebu, jadi amat penting untuk kita minum air dalam kuantiti yang banyak. Berikut merupakan kelebihan minum air putih pda waktu yang betul:

    •  Minum dua gelas air setelah bangun dari tidur akan membantu menggiatkan organ dalaman tubuh manusia.
    •  Minum air sebelum waktu mandi akan membantu menurunkan tekanan darah dalam tubuh manusia.
    •  Minum segelas air 30 Minit sebelum waktu makan akan membantu proses penghadaman dalam tubuh manusia.
    • Minum segelas air sebelum tidur akan mengelakkan kita daripada menghidapi penyakit angina ahmar dan juga serangan jantung.

    Oleh itu, mari sama-sama kita jaga kesihatan, cuaca juga agak tak menentu sekarang.. Banyakkan minum air okey…

  • Panduan Kesihatan Ketika Jerebu

    Jerebukl

    Kini, masalah jerebu semakin menular di banyak tempat. Oleh itu, kita haruslah memastikan kesihatan kita sentiasa terjamin dan kurang mendapat kesan daripada masalah jerebu tersebut. Berikut merupakan panduan kesihatan untuk mengelakkan masalah jerebu dan kesan jerebu pada kesihatan kita:

    • Kurangkan Aktiviti Luar banyakkan berada di dalam rumah dan kurangkan aktiviti luar. Kalau bekerja, bawa bekal siap-siap dari rumah so waktu nanti rehat nanti, tak perlu keluar pejabat.

     

    • Minum air – Air merupakan perkara paling penting dalam tubuh kita kerana ia menyalurkan tenaga dan amat baik untuk kesihatan. Kita digalakkan untuk minum 2Liter air sehari.

     

    • Jangan Merokok – Jangan merokok kerana ia akan menyebabkan tahap kesihatan lebih terjejas.

     

    • Pastikan Rumah Sentiasa Bersih – Rumah yang bersih akan menyebabkan anda selesa dan terhindar daripada sebarang penyakit

     

    • Membasuh Tangan dan Muka setelah melakukan Aktiviti Luar – Anda harus mencuci muka dan tangan untuk mengelakkan kesan jerebu mempengaruhi tahap kesihatan anda.

     

    • Jumpa doktor – Dapatkan khidmat nasihat daripada doktor atau pakar perubatan jika kesihatan anda terjejas seperti demam akibat faktor masalah jerebu.

     

    • Gunakan Nasal Mask (Penutup Hidung) – Gunakan mask untuk melindungi anda daripada menghirup udara yang tidak sihat apabila berada di luar. Dengan penutup hidung serba sedikit boleh menghindari masalah jerebu di negara kita.
  • Gigi Sihat

    gigi putih

    Gigi merupakan tempat salah satu anggota muka yang kita perlu dijaga kerana jika gigi anda bermasalah sama ada patah atau rosak, tidak ada Gigi baru akan tumbuh lagi apabila anda telah meningkat dewasa. Akibat daripada kelalaian anda  menjaga gigi, anda mungkin terpaksa memakai gigi palsu buat seumur hidup anda. (more…)

  • Cara Menghilangkan Kesan Hitam Di Bawah Mata

    how-to-draw-a-baby-panda,-baby-panda-bear-cub

    Lingkaran lebam berwarna gelap yang berlaku di bahagian bawah mata merupakan masalah yang selalu dihadapi oleh masyarakat. Biasanya lingkaran tersebut berlaku kerana faktor tidak cukup tidur, buat kerja tanpa rehat yang cukup dan belajar sehingga lewat pagi yang kebiasaannya berlaku dalam kehidupan seorang pelajar. Oleh itu, ia akan membuatkan wajah kurang berseri-seri akibat masalah lebam di bawah di bawah mata tersebut. Berikut merupakan petua dan tips yang boleh anda cuba untuk menghilangkan masalah lebam:

    • Hilangkan lingkaran hitam di sekeliling mata – anda boleh mencuba dengan memotong sebiji kentang lalu dihiris tipis menjadi beberapa keping. Setelah itu lekapkan hirisan kentang tersebut di sekeliling pada kedua belah mata. Biarkan ia selama 10 hingga 20 minit setelah itu cuci menggunakan air bersih.
    • Hilangkan kesan hitam yang berada di bawah mata – anda boleh mencuba dengan memerah lemon dalam cawan. Setelah itu sapukan perahan secara perlahan di sekitar bawah mata. Amalkan dua kali setiap hari.
    • Gunakan krim kontur mata – jika anda tidak mahu menggunakan petua di atas, anda boleh menggunakan krim kontur mata yang boleh didapati di pasaran. Namun, pastikan ianya adalah produk tulen dan tidak membahayakan. Ikut arahan krim tersebut untuk mendapatkan hasil yang terbaik.
    • Cukup rehat – anda hendaklah mempunyai rehat yang cukup kerana faktor masalah lebam bawah mata adalah tidak mendapat rehat yang mencukupo. Susun jadual dan tugasan anda dengan sistematik agar masa rehat anda tidak akan terganggu.

    Semoga Berjaya =)

  • Batuk Kering(TIBI)

    batuk

    Tahukan anda pada tahun 1945 hingga 1957,batuk kering atau nama saintifik perubatannya,Tuberkulosis (TIBI) menjadi penyakit paling digeruni masyarakat dan pembunuh No 1 negara ketika itu. (more…)