Category: Motivasi

  • Cara Atasi Sifat Marah

    pagi jgn marah

    Manusia memang tidak akan lari untuk mempunyai perasaan Marah. Namun, sikap marah bukanlah jalan penyelesaian masalah dan kadang-kala ia hanya menyebabkan keadaan menjadi semakin rumit. Semua ini melibatkan perasaan dan adalah penting untuk kita belajar cara mengawal emosi ketika dalam keadaan marah. Berikut merupakan panduan untuk mengatasi sikap marah:

    1. Mengubah posisi duduk
    Cara ini diterangkan dalam hadis berikut: Mengubah Posisi. Rasulullah SAW bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring.” (Riwayat Muslim).

    2. Ambil wudhu’
    Rasulullah SAW bersabda: “Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk” (Hadis Riwayat Abi Daud).

    3. Mendiamkan diri ketika marah
    Cara mendiamkan diri mampu mengurangkan rasa marah. Hal ini kerana panas baran berlaku apabila berlakunya tindakan demi tindakan yang menyebabkan suasana tegang. Oleh itu, mendiamkan diri membolehkan kita mengurangkan rasa marah.

    4. Berfikiran positif
    Elakkan daripada memekik atau bersuara lantang ketika marah kerana ia akan menyebabkan suasana menjadi tidak terkawal dan hati juga penuh emosi. Oleh itu berfikir lah secara positif dimana marah bukanlah cara penyelesaian. Adalah lebih jika merendahkan suara dan tidak menggunakan perkataan yang mungkin menyinggung perasaan orang lain.

    5. Luahkan pada masa dan tempat yang sesuai
    Carilah tempat untuk meluahkan masalah tanpa perlu merasa marah. Contohnya meluahkan masalah pada teman terdekat yang dipercayai. Setiap individu mempunyai cara meluahkan yang berbeza, namun pastikan ia positif dan membawa kebaikan kepada diri sendiri.

    6. Bawa bertenang
    Tarik nafas juga mampu megurangkan rasa marah. Ia akan membolehkan kita mengawal emosi ketika marah.

    7. Senyum
    Senyuman mampu mengurangkan rasa marah. Walaupun senyum nampak mudah namun senyuman tidak mudah di ukir di wajah orang yang berada dalam keadaan marah. Namun percayalah, dengan senyuman perasaan marah kita akan menjadi reda.

  • Cara Mudah Menghafal

    sb10069478bi-001.jpgAssalamualaikum. Entry saya untuk kali ini ialah perkongsian tips-tips belajar kepada adik-adik yang masih belajar terutamanya kepada adik-adik yang belajar di luar negara. (more…)

  • Renungan Kita Bersama

    Siapakah orang yang sibuk ?

    Orang yang sibuk adalah orang yang tidak
    mengambil berat akan waktu
    solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan
    seperti kerajaan Nabi
    Sulaiman a.s. (more…)

  • Demi Islam Dari Bikini Ke Niqab (Purdah)

    Gadis itu dulunya seorang aktres yang cantik, model, pelatih fitness dan seorang aktivis hak asasi. Dia membesar dalam masyarakat Barat yang bebas bersosial, mendedahkan aurat dan anti Islam. (more…)

  • Cara Rasullulah S.A.W Menjaga Kesihatan Diri

    SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH

    Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah. (more…)

  • Tujuh Wanita Bertanya, Seorang Lelaki Menjawab.

    Tujuh Wanita Bertanya, Seorang Lelaki Menjawab.

    Kaum perempuan cakap “susah jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. (more…)