Minta maaf dan memaafkan adalah perkara yang mudah diungkapkan dengan kata-kata tetapi sukar untuk melakukannya. Tidak perlu takut untuk meminta maaf apabila kita sedar kita telah berbuat salah. Memberi maaf juga merupakan amalan yang sangat mulia dan siapalah kita untuk tidak memberi maaf. (more…)
Category: Motivasi
-
Cara Mengatasi Stress Dan Tekanan
-
Apa Yang Saya Belajar Hari Ini?

Setiap hari kita belajar benda baru dan setiap hari kita dapat pengetahuan baru. Namun semua itu hanya terkesan kepada diri kita jika kita tahu akan kepentingan ilmu dan kemahiran tersebut. Artikel kali ini adalah perkongsian saya sahaja, jika ia bermanfaat untuk anda, Alhamdulillah kerana saya juga masih belajar seperti anda semua..Sesungguhnya, kita adalah pelajar seumur hidup. Berikut merupakan antara perkara yang boleh dijadikan panduan untuk kita terus belajar dan bersemangat dalam kehidupan anda:- Kenal pasti apa yang anda suka – fikirkan apa yang boleh membuatkan anda gembira ketika melakukannya. Pasti ia akan membuatkan kehidupan lebih bermakna.
- Lakukan apa yang anda suka- Saya sangat setuju dengan ayat tersebut kerana kita akan lebih berusaha untuk melakukan perkara yang kita minat. Tapi pastikan perkara tersebut adalah positif, jangan minat untuk melakukan perkara yang tak elok pula.
- Catat ilmu baru – jangan malas untuk menulis atau mencatat setiap perkara yang baru dipelajari. Jika sehari anda menulis satu ilmu pengetahuan, seminggu anda sudah tujuh pengetahuan baru.
- Jadikan ia perkara yang mudah- percaya pada diri sendiri bahawa anda juga boleh berjaya dalam kehidupan di dunia dan akhirat. Tetap tabah menghadapinya walaupun ia adalah situasi yang sukar.
- Ada misi dan visi – setiap orang mempunyai matlamatnya sendiri. Kalau sudah ada matlamat, ia merupakan perkara yang baik. Cuma yang kurang baiknya, kita malas berusaha untuk mencapainya. Jadi pilihlah yang baik daripada kurang baik.
- Kenali diri sendiri anda – anda lebih tahu perkara yang boleh membuatkan kehidupan anda lebih bermakna. Semua orang pun ada kelemahan dalam diri, tapi ingat kita juga mempunyai kekuatan.
Sekadar perkongsian saya sahaja. Anda juga pasti mempunyai sesuatu untuk dikongsikan untuk menjadikan diri lebih baik kan
-
Pilihlah Untuk Senyum
Semua insan mempunyai sejarahnya yang tersendiri. kenangan manis dan pahit sudah menjadi lumrah untuk hadir dalam kehidupan manusia. Indahnya kenangan tersebut kerana ia mampu membuat kita mengukir senyuman ketika mengimbas kembali memori tersebut. (more…) -
Cara Mengawal Emosi Dan Perasaan
Adakalanya kita gagal untuk mengawal emosi dan perasaan kerana masalah yang timbul. Perasaan seperti serba salah, takut dan rasa tidak sedap hati yang berterusan akan menyebabkan anda merasa duka. (more…)
-
Kelebihan Memeluk Isteri

Kata Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah:Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun. (more…)


