Hari demi hai manusia merentasi kehidupan antara senyuman dan tangisan yang menghiasi setiap langkah dalam perjuangan. Ada yang jatuh kemudian dapat bangun semula dan ada yang terus jatuh ke lembah yang dalam sehingga berkubur bersama sejuta penyesalan. (more…)
Category: Motivasi
-
10 Langkah untuk Memperbaiki Diri
Perubahan merupakan satu langkah yang sukar. Setiap hari, akan kita ucapkan pada diri,“Aku akan berubah.” Adakalanya kita cemburu akan perubahan diri rakan-rakan dan orang sekeliling yang semakin baik. Walaupun begitu mengapakah begitu sukar untuk mengubah diri kita?
Niat itu sudah ada, tetapi adakah langkah-langkahnya betul? Mari kita lihat dibawah.
(c)mishproductions.tumblr.com
Langkah 1: Kenali Keburukan Diri
Senaraikan keburukan-keburukan diri yang sering dilakukan, daripada kecil-kecilan hingga yang besar. Kemudian kaitkan antara satu sama lain, barangkali boleh dilihat persamaan kategori-kategori keburukan diri itu. Dengan itu adalah lebih mudah mengenalpasti faktor sebenar keburukan diri kita.
Langkah 2: Akui Keburukan-keburukan Tersebut (tanpa bergurau atau memperkecilkan diri)
Mengenali dan mengakui adalah dua perkara berbeza. Begitu juga dengan mengakui secara ikhlas, atas tujuan membanding-bandingkan, atau menyindir dan bergurau.
Mereka yang mengenali keburukan diri tidak semestinya berkeinginan untuk mengubahnya, malahan ada yang mengenali tetapi cuba menyembunyi.
Dengan mengakui pada diri sendiri tanpa berselindung, anda seolah-olah menyiram sebaldi air ke muka atau tersedar daripada mimpi. Anda menerima hakikat bahawa anda perlu berubah dan tidak boleh menangguh lagi.
Langkah 3: Pasang Azam atau Pencapaian yang Ingin Dilakukan
Sekadar ingin berubah tidak mencukupi. apakah bukti anda ingin berubah? Kaman arah tuju selepas memasang niat untuk berubah? Dengan itu, anda perlu melakukan KPI ( Key Performance Index). Contohnya, jika anda gemar bangun lewat, tetapi berasa sangat letih sewaktu bangun, azamkan untuk bangun awal secara berterusan selama seminggu. Apabila berjaya, tentukan pula selama 2 minggu, dan seterusnya.
Langkah 4: Rancang, Rancang, Rancang.
Untuk apa-apa arah tuju, perancangan adalah penting. Sampai mana ingin anda mengubah diri? Dalam jangka masa panjang, apa yang perlu anda lakukan untuk terus memotivasikan diri? 5 tahun, 10 tahun?
Alhamdulillah, seorang rakan penulis berazam ingin membuka perniagaan pada 6 tahun dahulu kerana tidak mahu terlalu mengharapkan duit ibu bapa lagi. Kini, dia mendapat rezeki melimpah ruah dengan perniagaan jualan biskut sendiri.
Langkah 5: Tingkatkan Kesabaran dan Selitkan Ruang Istirehat.
Manusia perlukan istirehat. Itu sebabnya dalam Islam kita dikehendaki untuk bersembahyang; waktu itulah untuk kita bermuhasabah dan meningkatkan lagi motivasi demi Allah s.w.t.
Oleh itu, selingkan sedikit waktu untuk beristirehat, jika tidak kita akan mengalami apa yang dipanggil burnt out. Tetapi, beristirehat dan beriadah jangan sampai terleka pula!
Langkah 6: Lihat Kembali Masa Silam.
Nasihat yang sering didengari adalah, “Lupakan kisah silam.” Sukar, bukan? Dengan itu, jangalah melupakan masa silam,tetapi maafkanlah kamu dan mereka yang terlibat supaya dapat meneruskan hidup.
Jangan lupakan masa silam kerana ia pasti akan datang menghantui diri semula, dan dengan tidak melupakannya menjadikan kita lebih tabah dan bersiap sedia menghadapinya apabila ia timbul semula.
Langkah 7 : Bayangkan Masa Depan Diri Sekiranya Berputus Asa atau Berhenti
Setelah memahami kesilapan masa lalu, kini lihat pula ke hadapan. Bayangkan diri anda hendak berjalan ke arah mana. Ketika saat ingin berputus asa, fikirkan, seandainya anda telah berputus asa awal dahulu ( sebelum memulakan perubahan), dimanakah anda mungkin berada sekarang? Pasti ia bukan di tempat yang anda ingini. Antara jalan itu dengan jalan yang anda lalui sekarang, yang manakah yang boleh memberikan ketenangan hati?
Pilihlah ia.
Langkah 8: Taubat
Ia sepatutnya wujud sejak daripada langkah pertama, namun penulis sengaja menambah ia di langkah ketiga sebagai peringatan. Kadang kala, setelah kita berjaya sampai ke langkah jauh daripada langkah satu, kita menjadi mudah lupa, mudah bangga akan diri tanpa sedar. Oleh itu, bertaubatlah semula. TIdak ada kerugian untuk sentiasa bertaubat, kerana kita tidak semestinya sedar, sehinggalah kita bersujud, akan apa kesalahan yang telah kita lakukan pada hari itu mahupun siapa yang telah kita lukai.
Langkah 9: Mencari Mentor
Sukar untuk meneruskan seorang diri. Maka, carilah mentor sebagai penanda aras, seseorang yang terlebih dahulu menjalani perubahan dan boleh memberi bimbingan serta nasihat. Tambahan pula, perspektif yang berbeza mampu meliputi sebahagian besar perubahan diri yang dikehendaki tetapi tidak disedari keberkesanan oleh diri sendiri.
Langkah 10: Menggalas Tanggungjawab
Alhamdulillah, anda telah berjaya ke tahap ini. Namun begitu, takkan berhenti di sini sahaja? Tidak, kini anda perlu menggalas tanggungjawab. Mungkin ramai diluar sana yang memerlukan nasihat daripada anda. Jangan fikirkan diri anda masih tidak layak; berapa ramai lagi yang cuba melakukan perkara yang sama seperti anda tetapi tersungkur? Anda telah berjaya, kini hulurkan tangan, berikan mereka harapan untuk berjuang semula.
-
Cara Mengurangkan Stress di Tempat Kerja
- Doa – Sudah semestinya doa merupakan kunci dalam kehidupan harian kita. Jangan lupa untuk berdoa agar urusan seharian kita dipermudahkan oleh Allah S.W.T. Hati juga akan menjadi lebih tenang dan positif ketika membuat sebarang tugasan di tempat kerja.
- Meningkatkan pengurusan masa dan kemahiran organisasi. – Membuat senarai tugasab, belajar untuk mengatakan “tidak” dan berani meminta bantuan apabila anda memerlukannya. Anda perlu Meningkatkan pengurusan masa dan kemahiran organisasi.
- Menarik nafas panjang – Tarik nafas dalam-dalam dan hembus. Ia mampu melegakan perasaan stress ketika bekerja. Ia juga membantu anda menjadi lebih tenang dalam situasi yang anda telah hadapi.
- Berehat – Rehat sekejap meskipun 5 minit akan membantu mengurangkan tekanan. Jauhkan dari meja kerja anda dan pergi berjalan-jalan di luar adalah lebih baik.
- Jadi seorang yang ceria – Jangan kedekut untuk senyum walaupun menghadapi rasa tekanan ketika bekerja. Ini kerana senyum dan ketawa boleh mengurangkan tekanan seseorang. Orang sekeliling juga akan rasa senang ketika bersama anda. Secara tidak langsung ia juga akan membuatkan anda ceria.
- Baiki/Ubah persekitaran anda – Lakukan apa sahaja yang anda boleh buat untuk menjadikan anda lebih selesa berada di tempat kerja. Contohnya, anda boleh letakkan gambar keluarga anda di meja kerja untuk menjadi sumber inspirasi anda.
- Dapatkan tidur yang cukup – Biasanya seseorang yang bekerja lebih masa akan menghadapi stress hingga menyebabkan mereka kurang tidur. Oleh itu, apa salahnya jika anda mengambil masa untuk berehat lebih banyak dan mendapatkan tidur yang secukupnya. Ini kerana ia akan membantu mengurangkan beban stress anda.
-
5 Cara Untuk Berfikir Kreatif
Kadang-kadang kita akan menghadapi kekurangan idea dan tidak berfikir lebih kreatif untuk mencapai sesuatu objektif. berikut merupakan antara tips yang boleh membantu kita jika kita sukar untuk berfikir dengan kreatif:
Berehat – Seseorang yang terlalu fokus dan memaksa dirinya untuk mengetahui keputusan yang bakal diperolehi akan menyebabkan anda terlepas skop yang penting. Hal ini kerana, apabila seseorang stress berfikir untuk mengejar kreativiti, kemungkinan individu demikian akan terlepas perkara yang lebih penting. Dengan itu, adalah lebih baik jika berehat terlebih dahulu dan tenangkan fikiran. Fikiran yang tenang akan memudahkan anda berfikir dengan lebih kreatif tanpa menghadapi sebarang tekanan.
Elakkan Menjadi Terlalu Takut – Anda akan gagal sekali-sekala, tetapi kegagalan bukan pengakhiran. Malahan, kegagalan adalah salah satu cara paling cepat untuk mencari idea-idea yang berjaya. Untuk memetik salah seorang penulis kegemaran saya dan pakar-pakar kebarangkalian cemerlang, Nassim Nicholas Taleb: “. Satu ribu hari tidak boleh membuktikan anda betul, tetapi satu hari boleh membuktikan anda untuk menjadi salah”
Mengetahui Tujuan – pastikan anda mempunyai matlamat dan objektif yang ingin dicapai. Jika anda mempunyai tujuan, ia akan memudahkan anda berfikir lebih bernas dan menuju ke pencapaian idea iaitu yang akan membawa perlaksanaan untuk mencapai matlamat demikian. Jika individu tersebut tidak mengetahui apa yang ingin dicapai, sudah tentu akan lebih sukar untuk menjana idea.
Melihat persekitaran anda – lihat persekitaran anda kerana ia akan mempengaruhi dan mendatangkan idea di dalam fikiran. Contohnya, duduk di taman yang tenang akan merangsang pemikiran anda yang bersesuaian dengan matlamat anda. Sekeliling anda merupakan idea yang akan membantu anda menjadi lebih kreatif.
Bertindak – Melakukan sesuatu seperti Menulis, melukis, melukis, menyanyi, bangun dan , bercakap dengan orang yang tidak dikenali atau apa-apa sahaja yang ingin dilakukan. Apa yang membezakan seseorang yang kreatif dan pemikir adalah purata keupayaan mereka untuk pembaharuan, membuat susulan kepada idea-idea mereka, sekurang-kurangnya sebahagian daripada idea terseebut.
-
Cara Memperbaiki Hubungan Persahabatan
Kadang-kadang perselisihan faham boleh berlaku dalam persahabatan. Bagaimana cara untuk kita memperbaiki kesilapan adalah bergantung kepada diri sendiri bagaimana kita menerima dan menyelesaikannya. Berikut merupakan ikhtiar dan pandangan dari sudut pengalaman penulis, saya yakin anda juga mempunyai pandangan masing-masing untuk menyelesaikan masalah dalam perhubungan.
- Maaf – beranikan diri untuk meminta maaf jika telah berbuat salah pada mereka. Moga-moga mereka akan memaafkan kita. inshaAllah perhubungan akan pulih semula.
- Mengalah – adakalanya kita perlu mengalah pada situasi untuk menyelamatkan keadaan dan mengelakkan hubungan menjadi keruh. Walaupun kita tidak salah tetapi jika itu penyelesaian terbaik maka maka lakukanlah.
- Hormat pandangan mereka – kita juga harus mendengar pandangan dan luahan mereka. Dengan itu, kita boleh mencari jalan penyelesaian secara rasional tanpa perbalahan.
- • Kawal emosi – perkara emosi ini amat penting untuk kita kawal kerana emosi yang menyebabkan suasana menjadi tegang. Tidak salah jika kita bersabar dan bertolak ansur sesama sendiri dengan itu hubungan lebih mudah untuk diperbaiki.
- Beri masa – kadang-kadang kita dan mereka juga memerlukan masa untuk berfikir dan tenangkan perasaan. Andai itu pilihan yang baik, lakukan lah namun jangan pernah lari untuk menyelesaikannya. Cari masa untuk tenangkan fikiran disambil berfikir mencari jalan penyelesaian.
- Jangan menggunakan nada tinggi – elakkan menggunakan ayat tinggi dan kasar dengan mereka kerana ia akan menyebabkan hati semakin terluka dan keadaan juga semakin keruh. Bersabarlah dan berbincanglah dengan sebaik-baiknya.
- Doa – jangan berhenti berdoa kepada Tuhan agar masalah dapat diselesaikan dengan segera. Percayalah, Doa itu sangat mujarab :’)
Bertolak ansur merupakan asas utama yang ada pada diri manusia untuk menyelesaikan masalah. point diatas merupakan pandangan penulis sahaja, maaf jika ada tersalah dalam perkongsian…
Kongsikan pandangan anda juga, moga-moga ia dapat membantu.. -
Cara Memujuk Hati Sendiri
Kebiasaannya kita berusaha untuk memujuk hati orang lain tapi sebenarnya hati sendiri masih rasa terseksa. Tidak salah untuk memujuk hati orang lain, tapi jangan lupa juga untuk pujuk hati kita. Sensitifnya hati sehingga mudah terasa, terusik dan tersentuh. Sifat manusia ingin dipujuk, hati sendiri juga ingin dipujuk. Tapi siapakah yang berada kita selama 24 jam setiap hari? Hanya diri sendiri sahaja yang tahu betapa peritnya di hati. Tidak semua manusia boleh berada di sisi kita selama 24 jam. Hanya Allah S.W.T sahaja yang bersama kita pada setiap waktu. Saya ingin kongsikan beberapa tips untuk memujuk hati termasuklah peringatan untuk diri saya juga. Tips nya adalah seperti dibawah:
- Iman – melalui iman yang ada dalam diri kita boleh menjadi lebih rasional, tenang dan mampu memujuk hati sendiri. Jagalah solat dan banyakkan lah zikir.
- Muhasabah diri – imbas kembali apa yang berlaku pada kehidupan. Mungkin kita rasa macam ni kerana kita masih melakukan kesalahan itu dan ini. Oleh itu, jauhi yang negatif agar hati ini lebih mudah dipujuk.
- “Saya kuat” – motivasi kan diri anda sendiri. Jika anda suka menulis, maka menulislah ayat yang memberi kekuatan. Jika anda mempunyai Facebook, maka tulislah ayat kebaikan. Biarlah ia menjadi sumber kekuatan anda sendiri.
- Menangis – menangislah jika rasai ingin menangis. Tidak perlu pendam. Luahkan saja apa yang ada dalam diri.
- Tidak lari dari masalah – hadapi lah masalah tersebut. Tempuhlah dengan penuh kesabaran kerana lari dari masalah tidak akan menyelesaikan apa-apa masalah.
- Sayangi diri sendiri – masih banyak lagi perkara yang harus ditempuhi pada masa akan datang, oleh itu jangan berterusan menyakiti hati sendiri. Tapi pujuklah hati bahawa saat manis yang diinginkan pasti akan tiba. Hanya perlu bersabar.
Semoga tips diatas memberi manfaat kepada kita.
Jangan putus asa,
Teruskan sahaja kehidupan
Dan bergembiralah..





