Category: Umum

  • Panduan Menjaga Bateri Laptop/Netbook

    Gambar Hiasan
    Gambar Hiasan

    Kadang-kadang bateri laptop/netbook kita capat habis padahal masih baru menggunakannya. APakah punca bateri menjadi lemah dan mudah habis walaupun sudah di cas? Pernahkah kita ambil berat akan panduan menjaga bateri? Jika tidak, anda perlu tahu bagaimana menjaga bateri agar ia tahan lebih lama. Berikut merupakan tips ringkas berkenaan penjagaan bateri:

    1) Bateri anda Masih Berada dalam Keadaan baru – Pastikan bateri anda kosong sepenuhnya apabila pertama kali anda menggunakannya.

    2) Setelah itu, tanpa perlu‘ON’ laptop, caj bateri selama 8 jam. Jika penanda di laptop mengatakan bateri sudah penuh, teruskan cas sehingga 8 jam.

    3) Selepas 8 jam caj laptop, cabut charger/adapter dari laptop anada. Dan dengan hanya menggunakan bateri, guna laptop sehingga bateri hampir habis kerana ia akan menetapkan berapa banyak kuasa yang boleh disimpan dalam bateri tersebut.

    4) Nextime, anda boleh mengecasnya seperti biasa iaitu sehingga indicator/penanda menunjukkan bateri sudah penuh. ^_^

    Tabiat yang perlu dielakkan:

    1) Anda perlu Elak dari selalu mengecas laptop/netbook anda. hal ini kerana Satu bateri laptop mempunyai jangka hayat lebih kurang 300 ke 500 pusingan cas.anda boleh
    mencabut charger, dan gunakan kuasa bateri dan kemudian gunakan charger balik adalah satu pusingan. Adalah dinasihatkan anda jangan menggunakan kuasa bateri sehingga habis sepenuhnya. Tinggalkan sekurang- kurang 5% dari kuasa yang ada.
    Adalah lebih baik jika anda menggunakan bateri selama satu jam kemudian cas balik penuh (ini dikira satu pusingan), dari menggunakan bateri 10 minit dan cas balik
    5 minit (ini dikira satu pusingan)

    2) Pastikan bateri anda habis kuasa sepenuhnya setiap 30 pusingan.Kemudian cas semula. Ia akan membantu menetapkan kadar kuasa bateri.

    3) Sekiranya anda tidak mahu menggunakan bateri untuk lebih dari 3 minggu, pastikan anda menyimpan sekurang kurangnya 50% kuasa dalam bateri itu.
    Jika anda tinggalkan dengan kuasa yang penuh, bateri akan kembung dan tidak berkemampuanmenyimpan banyak kuasa lagi. Apabila laptop/nnetbook anda tidak menyimpan kuasa langsung,kemungkinan bateri tidak boleh dicas semula pada masa akan datang.

    4) Elak kepanasan- Kepanasan boleh mengurangkan kapasiti menyimpan kuasa bateri. Jangan guna laptop di permukaan yang memerangkap haba seperti kain, kusyen, kulit, sofa, peha anda, selimut dan lain lain.
    Gunakan notebook cooling pad dan pastikan permukaan yang anda gunakan tidak mempunyai habuk.

    5) Elakkan terlebih cas (overcharging) – Overcharging akan mengakibatkankepanasan dan mengurangkan kualiti bateri. Anda boleh cabut charger bila ‘indicator’ di laptop/netbook anda apbila bateri penuh.s

  • Ku Simpan Rasa

    rindu(Gambar Perhiasan)

    KU SIMPAN RASA
    (karya Dr MAZA)

    Kadang-kala, ku simpan perkataan
    tidak dapat ku luahkan
    kerna menjaga perasaan insan
    kalimat-kalimatku tersangkut
    bahasaku direbut
    aku berlidah petah tapi bisu
    aku bermadah tapi kelu

    mengapa daku terbungkam?
    Kerna..
    agar tiada tangisan ataupun dendaman
    oleh perkataan jika dilontarkan
    enggan engkau yang terguris
    atau perasaanmu terhakis
    sekalipun jantungku terhiris

    ku telan rasa yang berisi luka
    lalu ku berikan diam atau senyuman
    tapi…
    di sebalik kepura-puraan menjaga perasaan
    jiwaku menggelepar bergelora
    menuntut hak bersuara
    ingin memberita apa yang ada dalam benaknya

    jika kau tahu perkataan yang dibisu itu
    jika kau faham apa yang ku diam
    jika kau menelaah madah yang tidak ku luah
    kau akan tahu betapa benarnya aku..
    kau akan perasan betapa daku telah berkorban
    kau akan rasa betapa aku menyimpan derita
    tapi..ku pendam dan telan buat sekian
    hanya kerna
    ingin menjaga perasaanmu agar tidak terganggu
    sekalipun sengsara di dadaku telah pun tepu

    cuma, bila tiba masanya
    ketika rasa membuak duka
    tanpa bahasa, tanpa kata
    kan ku ubati luka dengan jalan yang tidak dijangka

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

     Satu karya yang mempunyai seribu makna, hayati dengan hati, pasti anda akan merasa 🙂

  • 5 Jenis Akuarium Yang Sangat Kreatif

    Memelihara Ikan peliharaan merupakan hobi yang diminati oleh seseorang. Pelbagai jenis ikan yang cantik dan unik anda boleh pelihara. Tambahan lagi, memelihara ikan boleh membuatkan seseorang lebih relax dan tidak stress. Antara jenis akurium yang unik dan sangat kreatif adalah seperti dibawah:

    • Satu Pot, Dua kehidupan

    ikan“Seorang penanam dan tangki ikan bersama-sama.” (Pereka: Sheng-Zhe Feng dan Ling-Yuan Chou). Tangki ikan yang unik kerana anda boleh menanam tumbuhan dan memelihara ikan sekali.

    • Balang Ikan Imbangan

    creative-aquariums-3-1

    jika melihat gambar di atas, balang tersebut seolah-olah tidak seimbang. Tetapi hakikatnya baling tersebut sangat seimbang jadi anda pun tak perlu bimbang.. hehe.. Harga baling tersebut adalah £ 295. Sesuai untuk individu yang inginkan kelainan dan unik. (Pereka: Psalt Design)

    • Sofa Akuarium

     

    creative-aquariums-12

    Sofa seperti gambar di atas mempunyai akuarium di kedua-dua sisi sofa tersebut. Jadi semua orang-orang yang suka menjaga ikan di rumah anda, ia adalah pilihan yang sesuai untuk anda. Dan harganya juga tidaklah semurah yang disangkakan.. Harganya adalah AS $ 12,000. Sangat mahal..

    • Tangki Hanging Fish

    creative-aquariums-17

    Tangki ikan yang luar biasa memaparkan ikan kesayangan anda dengan cara yang sangat kreatif. Satu cahaya LED, yang menerangi dalam balang putih (tidak bersinar pada ikan). Tempat makan berada di atas baling tersebut ”

    • Balang Ikan Fishscape

    creative-aquariums-15Satu reka bentuk yang direka semula daripada balang klasik,(Pereka: Aruliden). Memang sangat cantik dan simple ^^,

  • Kenapa Buah-Buahan Penting?

    food

    Assalammualaikum W.B.T…

    Suka makan Buah-buahan tak? kalau tak suka, kita mesti paksa diri kita untuk suka.. hehe.. Tapi bukan semua buah-buahan boleh masuk.. Jangan makan buah yang memudaratkan pula. Tapi, makan buah-buahan yang boleh memberikan khasiat kepada diri kita. Berikut merupakan jenis buah-buahan yang berkhasiat dan penerangan ringkas mengenainya:

    Strawberi:  melawan kanser dan penuaan

    Pisang: meningkatkan tenaga

    Ceri: menbantu sistem saraf menjadi lebih baik

    Anggur: membantu saluran darah

    Nanas: Melawan arthritis, membantu pencernaan makanan dan membina tulang yang kuat

    Blueberry: melindungi jantung

    Kiwi : meningkatkan jisim tulang

    Tembikai: Mengawal kadar degupan jantung

    Mangga: mencegah kanser

    Oren: melindungi kulit dan merupakan awet muda, menjadi lebih segar

    Epal: membantu melawan jangkitan

    Peaches : menyediakan  kalium fluorida dan besi

    Lemon: minum air limau boleh membantu memulihkan masalah nafas berbau

  • Selamat Hari Raya Aidilfitri

    ketupat_4wrAssalammualaikum W.B.T

    Debaran Hari Lebaran kian terasa oleh umat yang Islam yang akan menyambut hari raya aidilfitri tidak lama lagi. Hati juga terasa sedih kerana bulan ramadhan yang mulia akan pergi meninggalkan kita, semoga kita semua diberi peluang untuk berpuasa pada tahun-tahun yang akan datang, InshaAllah.. Masa sangat cepat masa berlalu, moga-moga kita juga sentiasa menghargai masa yang ada dengan sentiasa mencari keredhaan Allah S.W.T dunia dan akhirat..

    Dengan itu, HafizAmri.Com ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATIN untuk semua pengunjung blog Hafiz. Terima Kasih kerana berkunjung ke blog ini dan terima kasih atas segala perkongsian yang diberikan oleh rakan-rakan blogger sekalian. Ampun maaf dipinta seandainya terdapat kesalahan sepanjang perkongsian yang diberikan dalam blog ini.

    Jadikan Hari Raya tahun ini penuh makna dengan meraikannya bersama keluarga, saudara mara, jiran tetangga dan sahabat handai. jangan lupa untuk meminta maaf dan memberi maaf. Berhati-hati juga dijalan raya dan berayalah dengan bersederhana 🙂

    Semua tersenyum di pagi hari raya,

    lupakan saja segala sengketa,

    Ampun dan maaf daku pinta,

    Mari Raya bersama-sama ^^,

    ~ Selamat hari Lebaran ~

  • Analisis Otak – Lelaki Dan Wanita

    brain

    Berikut merupakan analisis otak(brain analysis) di antara lelaki dan wanita:

    • Multitasking – proses otak Wanita boleh menumpukan perhatian pelbagai tugas pada satu masa. Wanita boleh melihat TV dan bercakap melalui telefon dan masak. Lelaki dapat menumpukan perhatian hanya satu kerja pada satu masa. Lelaki tidak boleh menonton TV dan bercakap melalui telefon pada masa yang sama. mereka berhenti menonton TV semasa Bercakap
    • Bahasa – Wanita boleh belajar banyak bahasa. Tetapi tidak dapat mencari penyelesaian kepada masalah. Lelaki tidak boleh belajar bahasa, mereka dengan mudah dapat menyelesaikan masalah. Itulah sebabnya dalam purata gadis berusia 3 tahun mempunyai perbendaharaan kata tiga kali lebih tinggi daripada kanak-kanak lelaki berusia 3 tahun.
    • Kemahiran analisis – otak lelaki mempunyai banyak ruang untuk mengendalikan proses analisis. Mereka boleh menganalisis dan mencari penyelesaian untuk proses dan reka bentuk peta bangunan dengan mudah. Tetapi Jika peta kompleks dilihat oleh wanita, mereka tidak dapat memahaminya. Wanita tidak boleh memahami butir-butir peta mudah, Bagi mereka ia adalah hanya membuang garis-garis pada kertas.
    • Memandu Kereta – Semasa memandu kereta, lelaki akan analisis ruangan yang digunakan dalam otak. Dia boleh memandu kereta secepat mungkin. Jika dia melihat sesuatu objek pada jarak jauh, serta-merta otaknya mengklasifikasikan objek (bas atau van atau kereta) arah dan kelajuan objek dan dia memandu dengan sewajarnya. Jika perempuan mengambil masa yang lama untuk mengenali arah objek / kelajuan.
    • Berbohong – Apabila lelaki berbohong kepada wanita secara bersemuka, mereka terperangkap dengan mudah. Otak semula jadi wanita memerhati ekspresi muka 70%, bahasa badan 20% dan kata-kata yang datang dari mulut 10%. Otak lelaki tidak mempunyai ini. Wanita mudah berbohong kepada lelaki apabila bersemuka.
    • Apa mereka mahu – Lelaki mahu status, kejayaan, penyelesaian, proses yang besar, dan lain-lain. Tetapi Wanita mahu hubungan, rakan-rakan, keluarga, dan lain-lain
    • Rasa tidak puas hati – Jika wanita tidak berpuas hati dengan hubungan mereka, mereka tidak boleh menumpukan perhatian kepada kerja mereka. Jika lelaki tidak berpuas hati dengan kerja mereka, mereka tidak dapat menumpukan perhatian kepada perhubungan.