Category: Umum

  • Jadikan Impian Menjadi Realiti

    dream

    Setiap manusia mempunyai impian untuk dicapai dalam kehidupan ini. Dan tidak semua impian boleh jadi kenyataan dan kebanyakan manusia sedar akan hakikat itu. Impian wujud bermula daripada angan-angan yang kemudiannya bertukar menjadi cita-cita. Itu lah impian yang kadang-kadang memberi suka dan kadang-kadang memberi duka. Tapi semua itu bukan lah faktor untuk berhenti mengejar impian, kerana setiap manusia berpeluang untuk merasainya. Impian yang baik adalah impian yang memberikan kehidupan lebih sempurna di dunia dan juga akhirat..

    • saya juga masih berusaha menuju kearah itu..sama2 lah kita berusaha.. Berikut merupakan pandangan saya untuk memenuhi impian kita..
    • Kenal pasti impian – pastikan kita tahu, apa sebenarnya impian yang betul2 kita mahu.. pastikan impian semua perkara baik-baik, jangan impikan sesuatu yang bersifat “Jahat” pula..
    • tetapkan misi – misi penting untuk mengetahui apa rancangan yang kita perlukan untuk mencapai impian tersebut.
    • Susun strategi – jika ada impian, kita harus ada “Planning”. Fikir apa yang kita perlu buat, senaraikan semua alternative tersebut.
    • Tindakan – apabila dah ada planning, mula bertindak.. Pilih planning yang paling okey. kerana tanpa tindakan, ia Cuma angan-angan bukan impian..” Action louder than words”
    • Networking – mempunyai jaringan yang baik dengan orang ramai juga boleh membantu kita mencapai impian tersebut
    • Usaha, usaha, usaha – teruskan berusaha walaupun impian tersebut masih kelihatan masih samar-samar..
    • Doa – berdoa agar urusan kita dipermudahkan…. Semoga doa kita dimakbulkan..
    • Tawakal – setelah berusaha, kita tawakal… Sekiranya kita gagal untuk mencapai impian, jangan terlalu sedih..kerana Allah sebaik-baik perancang 🙂
  • Tips Mencari Idea Dalam Penulisan

    Idea-Conceptualization

    Perkara biasa jika kehabisan idea dalam penulisan namun jangan pernah putus asa untuk mencari idea. Kita boleh mendapatkan idea di mana sahaja asalkan anda rajin untuk melakukannya. Saya sendiri juga selalu kehabisan idea, jadi saya sendiri juga perlukan panduan untuk terus bersemangat dalam bidang penulisan. Antara perkara yang biasanya saya buat untuk mencari idea adalah:

    • Rajin membaca – biasanya, saya akan lawat beberapa blog atau laman web untuk mencari idea. Saya akan baca sesuatu sehingga idea penulisan tersebut muncul dalam fikiran. Baca surat khabar dan membaca buku juga merupakan satu kelebihan.
    • Blogwalking – blogwalking banyak membantu saya kerana kita boleh mendapati pelbagai pengetahuan dan maklumat ketika melakukan blogwalking. Jadi ia akan memudahkan kita untuk menjana idea.
    • Lihat sekeliling anda – saya selalu melihat apa yang berlaku di sekitar saya, biasanya idea tesebut akan muncul kerana proses penjanaan idea sedang berlaku. Maksudnya, kita boleh menulis apa sahaja yang berlaku di sekitar atau sekeliling kita. Tapi pastikan ianya positif.
    • Laman sosial – biasanya laman sosial selalu memberikan informasi terkini mengenai isu semasa dan beberapa perkara lain. contohnya melalui medium Facebook, ia dapat membantu kita mencari idea untuk menulis tajuk seterusnya.
    • Forum – pelbagai perbincangan dilakukan di ruangan forum yang disediakan oleh beberapa laman web. Kita boleh join dan mengikuti perkembangan forum yang anda minati kerana melalui minat ia boleh membantu menghasilkan idea dengan mudah.

    Kongsikan tips anda juga, tips anda sangat bermakna untuk semua penulis 🙂

  • Tips Menduduki Peperiksaan

    Helpful Tips

    Memandangkan sekarang waktu exam dah nak dekat terutamanya untuk pelajar universiti, masing-masing sudah risau dan memulakan persiapan untuk menghadapi exam tersebut. Saya rasa pelajar sekolah, kolej, u dan sebagainya pasti mempunyai tips atau cara mereka sendiri dalam membuat persiapan peperiksaan. Saya ingin berkongsi sedikit sebanyak tips untuk mengenai exam untuk mengelakkan kita daripada “rushing” atau bimbang.

    • Doa – baca doa ketika ingin keluar rumah pada hari peperiksaan. Baca doa ketika ingin memulai menjawap kertas soalan. Berdoalah kepada Allah supaya urusan kita dipermudahkan.
    • Fahami soalan – baca soalan dengan teliti sebab kadang-kadang kita tertinggal point penting. Jadi adalah lebih baik jika fahami soalan tersebut sebelum menjawab. Selepas tu, boleh mulai jawap soalan.
    • Fokus – kadang kala apabila tengah duduk exam, fikiran boleh melayang juga. Itu maknanya nya kita tak dapat nak fokus atau mungkin kita tak tahu macam mana nak jawap oleh itu fokus itu kian hilang. Cuba fokus dan tumpukan kepada jawapan exam yang harus dibuat.
    • Tenang – jangan bawa masalah ke ruang peperiksaan, kerana ia berkemungkinan akan menganggu kita untuk menjawap exam dengan lebih baik. Sepatutnya dapat “A” tapi dapat “B” pula. Jadi, perlu lebih tenang agar dapat jawap exam dengan lebih rilex dan memudahkan minda kita berfikir.
    • Atur masa dengan baik – kadang-kadang kita tak sempat nak jawap semua, sebab tidak cukup masa. Jadi, agihkan masa untuk setiap soalan agar semua soalan dapat dijawab.
    • Study awal dan last minit – bagi saya yang ini bergantung pada diri masing-masing juga. Setiap pelajar mempunyai cara tersendiri dalam mengulangkaji. Tapi adalah digalakkan untuk tidak study last minit.
    • Bawa peralatan yang penting – jangan lupa bawa pensil case dan kalkulator, ic , kad matrik dan yang lain-lain diperlukan.

    Kongsikan tips anda juga ok 🙂
    Goodluck untuk semua yang akan menduduki peperiksaan.. Dan selamat bercuti juga kepada pelajar sekolah..  🙂

  • Cara Memujuk Hati Sendiri

    images

    Kebiasaannya kita berusaha untuk memujuk hati orang lain tapi sebenarnya hati sendiri masih rasa terseksa. Tidak salah untuk memujuk hati orang lain, tapi jangan lupa juga untuk pujuk hati kita. Sensitifnya hati sehingga mudah terasa, terusik dan tersentuh. Sifat manusia ingin dipujuk, hati sendiri juga ingin dipujuk. Tapi siapakah yang berada kita selama 24 jam setiap hari? Hanya diri sendiri sahaja yang tahu betapa peritnya di hati. Tidak semua manusia boleh berada di sisi kita selama 24 jam. Hanya Allah S.W.T sahaja yang bersama kita pada setiap waktu. Saya ingin kongsikan beberapa tips untuk memujuk hati termasuklah peringatan untuk diri saya juga. Tips nya adalah seperti dibawah:

    • Iman – melalui iman yang ada dalam diri kita boleh menjadi lebih rasional, tenang dan mampu memujuk hati sendiri. Jagalah solat dan banyakkan lah zikir.
    • Muhasabah diri – imbas kembali apa yang berlaku pada kehidupan. Mungkin kita rasa macam ni kerana kita masih melakukan kesalahan itu dan ini. Oleh itu, jauhi yang negatif agar hati ini lebih mudah dipujuk.
    • “Saya kuat” – motivasi kan diri anda sendiri. Jika anda suka menulis, maka menulislah ayat yang memberi kekuatan. Jika anda mempunyai Facebook, maka tulislah ayat kebaikan. Biarlah ia menjadi sumber kekuatan anda sendiri.
    • Menangis – menangislah jika rasai ingin menangis. Tidak perlu pendam. Luahkan saja apa yang ada dalam diri.
    • Tidak lari dari masalah – hadapi lah masalah tersebut. Tempuhlah dengan penuh kesabaran kerana lari dari masalah tidak akan menyelesaikan apa-apa masalah.
    • Sayangi diri sendiri – masih banyak lagi perkara yang harus ditempuhi pada masa akan datang, oleh itu jangan berterusan menyakiti hati sendiri. Tapi pujuklah hati bahawa saat manis yang diinginkan pasti akan tiba. Hanya perlu bersabar.

    Semoga tips diatas memberi manfaat kepada kita.
    Jangan putus asa,
    Teruskan sahaja kehidupan
    Dan bergembiralah..

  • Kelebihan Maaf

    images

    Minta maaf dan memaafkan adalah perkara yang mudah diungkapkan dengan kata-kata tetapi sukar untuk melakukannya. Tidak perlu takut untuk meminta maaf apabila kita sedar kita telah berbuat salah. Memberi maaf juga merupakan amalan yang sangat mulia dan siapalah kita untuk tidak memberi maaf. (more…)

  • Ikan Peliharaan Yang Digemari Orang Malaysia

    Kebanyakan masyarakat menggemari menjadikan ikan hiasan sebagai teman di rumah, asrama, pejabat dan di mana sahaja kerana hobi dan keunikan ikan tersebut. Penjagaannya juga mudah dan mudah diperolehi dan ia sememangnya sangat cool  Berikut merupakan jenis ikan yang paling digemari orang ramai iaitu:

    • Ikan Guppy – ikan Guppy terdiri daripada 3 jenis iaitu short tail, sword tail dan wide tile. Ikan jenis jantan lebih menarik kerana mempunyai pelbagai warna yang cantik di bahagian ekor berbanding dengan ikan Guppy betina. Penjagaanya juga mudah iaitu asingkan ikan Guppy betina jika ia ingin melahirkan anak kerana biasanya ikan guppy jantan akan makan anak yang baru lahir. Selain itu, ikan Guppy tak perlu simpan anti klorin, cukup dengan air yang bersih sahaja. Ikan Guppy memang cool kerana aktif sangat ketika berada dalam air 

    2

    • Ikan pelaga – ikan jenis pelaga j mudah didapati dan warnanya memang cantik. Cara penjagaan ikan pelage juga hampir sama dengan ikan Guppy dimana ia boleh hidup menggunakan air bersih tetapi harus ditapis atau air yang sudah dimasak. Kalau menggunakan air paip anda perlu biarkan air tersebut dalam masa 3 hingga 5 hari kemudian titiskan sedikit ubat anti-korin. Setelah itu, anda boleh letakkan ikan pelaga di dalam bekas tersebut. Anda juga boleh gunakan air pump tetapi pastikan ianya tidak terlalu kuat dan makanan yang sesuai untuk ikan pelaga adalah berbentuk pellet. Ikan pelaga memang cantik kerana boleh didapati dengan pelbagai warna

    261412_218021491567371_566950_n

    • Ikan Platy – ikan platy juga boleh didapati dalam pelbagai warna dan menjadi pilihan orang ramai untuk menjadikannya sebagai ikan peliharaan. Kalau tengok sekali pandang, macam ikan emas tetapi sebenarnya bukan. Antara perkara penting dalam menjaga ikan platy untuk memastikan ianya sentiasa sihat adalah membeli set tangki dan penapis air. Ubat anti-klorin juga penting dan makanan yang sesuai untuk ikan Platy biasanya adalah jenis Flake. Yang paling best, ada yang kata ikan Platy boleh hidup serasi dengan ikan Guppy

    2013-05-10 00.20.20

    P/S: Gambar dekat atas jenis ikan Platy kepunyaan kawan saya. Nama dia Nemo…..  Tak salah kan letak nama Nemo walaupun berasal daripada spesies platy? Yang penting COMEL kan?hehe..