Category: Umum

  • Cara Mengatasi Sikap Malas

    images

    Malas merupakan salah satu sikap yang memang ada dalam diri manusia. Sikap malas lah yang membuatkan seseorang malas berusaha dan tidak mengendahkan masa hadapan. Terdapat beberapa punca yang menyebabkan seseorang menjadi malas iaitu:

    • Senang dengan keadaan sekarang
    • Kurang motivasi diri
    • Terpengaruh oleh orang lain
    • Kurang dorongan diberikan
    • Pengambilan ubat yang melemahkan mental dan fizikal
    • Tubuh letih

    Untuk menjadi orang yang berjaya, sikap malas tersebut harus dibuang dan gantikan dengan cara hidup baru. Orang malas selalu nya akan rugi oleh itu adakah kita mahu tergolong dalam orang yang rugi itu? Berikut merupakan cara mengatasi masalah malas:

    • Mendekatkan diri dengan tuhan agar terhindar daripada hasutan syaitan
    • Banyakkan membaca buku atau kisah motivasi
    • Tanamkan sikap positif
    • Ingat akan tanggungjawab kepada diri dan keluarga
    • Tetapkan matlamat hidup
    • Mengambil makanan yang menyalurkan vitamin kepada tubuh
    • Selalu berfikir kesan sikap malas

    Jadi, maksudnya sikap malas tidak akan mendatangkan faedah kepada kita dan ia hanya menyebabkan kita kerugian. Apa yang kita rugi? Kita telah rugi masa, tenaga yang tak dicurahkan, peluang yang seharusnya kita dapat, rezeki yang sepatutnya kita perolehi.

  • Masalah Kesukaran Tidur

    tidurrrrr
    Kekurangan tidur pada setiap hari boleh menjejaskan kesihatan menyebabkan tubuh menjadi lemah. Masa tidur yang ideal untuk orang dewasa ialah 6-8 jam sehari manakala golongan anak-kanak memerlukan masa tidur yang lebih panjang. Selain itu, masa tidur bagi golongan warga emas adalah jauh lebih pendek iaitu sekitar 4-5 jam sahaja. Terdapat pelbagai faktor yang membawa permasalahan kurang tidur tersebut. Antaranya ialah:

    • Berfikir akan masalah secara berterusan yang menyebabkan stress dan kemurungan
    • Cara hidup gaya yang tidak teratur
    • Pengambilan dadah serta minuman alhohol
    • Mempunyai masalah fizikal seperti sakit dan sukar bernafas
    • Keadaan sekeliling yang tidak selesa seperti panas dan bising

    Masalah kekurangan tidur akan memberikan kesan kepada diri seseorang iaitu seperti mudah marah, emosi terganggu, sukar memberi perhatian, mudah buat kesilapan dan sebagainya. Hal ini bermaksud masalah tidur yang berterusan boleh menjejaskan aktiviti, kerja, emosi dan perhubungan seharian. Oleh yang demikan, adalah penting untuk mengatasi masalah kesukaran tidur tersebut. Antara kaedah yang boleh digunakan adalah:

    • Amalkan gaya hidup sihat berhenti merokok, bersenam di waktu pagi dan kurangkan mengambil makanan berat sebelum tidur.
    • Amalkan waktu tidur yang teratur seperti mengubah persekitaran tidur iaitu menggunakan bilik untuk tidur, ikut jadual tidur, tidur apabila mengantuk dan berehat sebelum tidur.
    •  Elakkan daripada mengambil dadah dan alkohol serta bahan berbahaya.
    • Amalkan pengurusan stress yang baik seperti berfikir positif dan elakkan terus beremosi
    • Membuat rawatan bagi masalah fizikal dengan meminta nasihat doktor
  • Peringatan untuk hati

    heart_and_love_011
    Berikut merupakan perkara yang harus kita ingati dalam mendidik hati:

    •  Menikmati hidup dengan melaksanakan perkara yang disukai. Namun, jangan hidup “Untuk Suka Hati”
    • Elakkan daripada terus melihat, terapi perhati yang boleh membawa kita ke jalan yang diredhai oleh Allah S.W.T
    • Cuba memenuhi hati melalui akidah, iman, takwa dan ilmu
    • Memperingati hati untuk selalu beribadah
    • Sematkan niat yang baik dalam hati kita dan jaga lah keikhlasan hati
    • Motivasikan hati kita untuk tabah menghadapi dugaan yang mendatang
    • Biasakan hati menghitung dosa daripada menghitung pahala
    • Jangan memegang duit melalui hati, tetapi peganglah duit dengan berhati-hati
    •  Ketika hati bersedih, pilihlah untuk senyum daripada mengukir kedukaan
    • Mendidik hati untuk tidak mudah berputus asa
  • Jadilah Orang Yang Beruntung

    images

    Masa adalah amat penting dan sebagai manusia biasa kita haruslah manfaatkan masa sebaiknya.
    “Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.” (Al-Asr: 1-3)

    Berdasarkan ayat di atas, jelas lah bahawa masa yang ada itu sangat berharga. Antara langkah untuk menjadi orang yang beruntung ialah:

    • Menyedari yang masa adalah tetap
    • Kita menyedari hakikat bahawa seseorang tidak boleh melebihi yang bermaksud kita tidak dapat mengelak daripada masa untuk terus berjalan kerana ia adalah tetap. Namun, kita bioleh mengubah perkara yang kita lakukan kerana ia tidak tetap. Sebagai contoh seorang mahasisiswa mengikuti semua aktiviti yang dianjurkan di universiti, oleh yang demikian pelajar tersebut akan menghadapi keterbatasan masa. Perkara tersebut harus dikurangkan iaitu focus kepada perkara yang lebih penting. Tapi tidak bermakna la anda tidak boleh mengikuti sebarang aktiviti. Yang penting tahu seimbangkan masa.
    • Masa tidak menunggu kita
      Masa sentiasa bergerak dan ia tidak akan terhenti kecuali kita telah pergi meninggalkan duniawi. Namun, terdapat individu yang merasa bahawa masa yang menunggu kita. Sebagai contoh, kita meluangkan masa dengan perkara yang tidak mendatangkan sebarang faedah seperti lepak tanpa tujuan dalam tempoh masa yang lama. Dalam situasi tersebut, sudah berlaku pembaziran masa. Oleh itu, kita hendaklah sedar akan kepentingan masa dengan melakukan perkara yang berfaedah seperti menuntut ilmu dan meluangkan masa bersama keluarga.
    • Mencari keberkatan melalui masa
      Antara cara untuk memperolehi keberkatan melalui masa adalah memberi perhatian kepada ibu bapa. Hal ini bermaksud, sebagai anak kita hendaklah menyayangi ibu bapa kita sepenuh hati dan elakkan daripada mengabaikan mereka. Perasaan mereka harus dijaga kerana mereka lah antara yang berharga di dalam dunia ini. Bayangkan jika kita sendiri yang diabaikan oleh anak kita? Apa perasaan kita? Sudah tentu kita merasa sedih. Cara seterusnya adalah sedekahkan masa. Hal ini bermaksud sedekahkan lah masa kita untuk perkara yang membawa manfaat seperti menyedekahkan harta secara ikhlas untuk kebaikan agama dan umat islam.
  • Cheap Hosting

     

    Hostgator Hosting Pilihan Terbaik

    Hosgator merupakan penyedia hosting internet yang digemari oleh pemilik hosting di serata dunia. Hosthagtor menyediakan 3 penawaran iaitu “Shared Hosting”, “Hatchling” iaitu bandwith tanpa batasan dan disk yang unggul sesuai untuk keperluan seseorang individu.  Pembentukan hosting Hostgator juga terbaik dan mendapat kepercayaan daripada pengguna-pengguna hostgator sebelumnya. (more…)

  • Pendirian Ulama’ Mujtahid Mengenai Perkara Ikhtilaf Dalam Fiqh

    ulama'

    Sesungguhnya para sahabat, tabi’in dan tabi’ tabi’in sebahagian mereka ada yang membaca basmalah (bismillah) di dalam solat ada yang tidak membacanya, ada yang menguatkan bacaan (basmalah) ada yang tidak, ada yang membaca qunut dalam solat subuh ada yang tidak dan sebahagian mereka ada yang berpendapat wajib berwudu’ selepas berbekam, ketika darah keluar dari hidung dan muntah dan ada yang berpendapat sebaliknya. Begitulah dalam masalah2 khilaf yang lain. (more…)