Category: Umum

  • Keburukan Menangguhkan Tugasan

    8134221273_9a523ae342

    Sikap suka menangguhkan kerja memang boleh wujud dalam diri manusia. Terpulang pada individu bagaimana hendak mengawal sikap tersebut dan mengubah perlakuan demikian dengan menjadi lebih berdisplin. Berikut merupakan antara kesan suka menangguhkan kerja.

    • Beban kerja akan bertambah banyak. Oleh itu, anda sukar mencari masa untuk menyelesaikan tugasan dengan cepat dan cekap.
    • menyebabkan stress dalam diri anda. Hal ini kerana, kerja yang banyak akan menyebabkan anda tertekan dan tidak tahu hendak menyelesaikan mana satu dahulu.
    • menunjukkan personaliti diri yang kurang baik. Ia bermaksud sikap suka menangguhkan kerja akan menunjukkan anda seorang yang tidak cekap ketika melakukan tugasan.
    • Di pandang remeh oleh segelintir orang. Ada sesetengah orang tidak suka suka terhadap individu yang suka menangguhkan kerja. Bayangkan jika orang tersebut adalah majikan anda, apa bakal berlaku?
    • Hasil kerja kurang berkualiti. Biasanya, kerja yang disiapkan “Last Minutes” atau keadaan yang tergesa-tergesa tidak akan memberikan hasil yang baik seperti yang diharapkan.
    • Tugasan mungkin tidak dapat disiapkan. Hal ini bermaksud, kemungkinan kerja tersebut tidak dapat disiapkan pada waktu yang tepat.
    • Kerjasama sukar diwujudkan. jika seseorang suka menangguhkan kerja, orang lain sukar untuk mewujudkan kerjasama dengan individu tersebut. Hal ini kerana, kerjasama memerlukan individu yang berdisplin ketika membuat tugasan.

    Oleh yang demikian, kita harus cuba menyelesaikan tugasan kita dan elakkan daripada sikap bertangguh. Mungkin kadang-kala kita sibuk sehingga menyebabkan banyak perkara tidak dapat diselesaikan. Dalam hal ini, kita harus tahu mencari masa untuk menyiapkan tugasan kita.

  • Tujuh Rahsia Istighfar

    repent

    Istighfar adalah memohon ampun kepada ALLAH SubhanahuWaTaala dengan kalimat:

    Astaghfirullaahal’adzhiim atau dengan kalimat lain yang mempunyai makna yang sama.

    Permohonan Ampun tersebut dilakukan dengan hati yang tulus dan diiringi dengan penyesalan atas kesalahan yang telah dikakukan dan bertekad untuk tidak mengulanginya lagi.

    Berikut merupakan  7 Rahsia Istighfar :

    • Mendatangkan keampunan daripada Allah – Maka aku berkata (kepada mereka) Mohon-lah ampun kepada RABB-mu sesungguhnya DIA adalah Maha Pengampun..
      (QS. Nuh :10)
    • Mengatasi Kesulitan dan terbukanya pintu rezeki – “Barangsiapa beristighfar secara rutin, pasti ALLAH memberinya jalan keluar dalam kesempitan dan memberi rizki yang tiada terhingga padanya..”(HR. Abu Daud)
    • Menambah Kekuatan – Dan (Hud berkata): Hai kaum-ku, mohon-lah Ampunan kepada RABB-mu lalu bertaubat-lah kepada-NYA, Nescaya DIA akan menurunkan hujan yang sangat deras dan DIA akan menambahkan kekuatan diatas kekuatan mu.(QS. Hud :52)
    • Memperoleh banyak kenikmatan – Dan hendak-lah kamu memohon Ampun kepada RABB-mu dan bertaubat kepada-NYA, Niscaya DIA akan memberi kenikmatan yang baik kepada-mu sampai kepada waktu yang telah di tentukan.(QS. Hud :3)
    • Turunnya rahmat – Hendak-lah kamu memohon ampun kepada ALLAH, agar kamu mendapat rahmat.(QS. An-Naml :46)
    • Terhindar daripada Azab Allah – Dan tidak-lah (pula) ALLAH akan mengadzab mereka, sedang mereka masih memohon ampun(Istighfar)(QS. Al-Anfal :33)
    • Sebagai Kafaratul Majlis – Barangsiapa yang duduk dalam satu Majlis (perkumpulan orang) lalu di dalamnya banyak perkataan sia-sianya atau (perdebatan) kemudian sebelum ia bangkit dari Majlis membaca (Istighfar):

    Subhaanakallahumma wa bihamdika asyhadu allaa ilaaha illa anta Astaghfiruka wa atuubu ilaih…

    (Maha suci ENGKAU YAA ALLAH,dan aku memuji-MU dan aku bersaksi bahwa tiada ALLAH melainkan ENGKAU, aku memohon ampun dan bertaubat kepada-MU)…Maka ia akan diampuni kesalahan-kesal ahan yang diperbuatnya selama di Majlis itu…(HR. Ath-Tirmidzi, Nasa’i, Ibnu Hibban, Abu Daud dan Al-Hakim)

  • Pintu Murah Rezeki

    Rama-Rama1

    Antara punca rezeki susah masuk adalah:

    • Suka mengungkit pemberian
    • Kedekut untuk bersedekah
    • Selalu mencanang duit yang tidak pernah cukup untuk pelbagai urusan
    • Berkira untuk melakukan dan memudahkan perkara yang baik
    • Rasa riak apabila melakukan sedekah
    • Buat maksiat atau kemungkaran
    • Tidak atau kurang beristighfar
    • Banyak mengeluh dan tidak bersyukur dengan yang sedikit

    8 PINTU MURAH REZEKI ialah:

    • Jangan derhaka kepada Ibu Bapa.
    • Tidak Bergaduh dengan Saudara Mara
    • “Tidak akan papa kedana orang yang pergi menunaikan haji..”
    • Sentiasa sembahyang sunat Dhuha.
    • Tidak tidur selepas solat subuh.
    • Selalu membaca doa Al-Waqiah
    • Rezeki terdapat dalam perkahwinan.
    • Rezeki ada pada anak “Semasa bayi itu lahir, 4 perkara ditetapkan antaranya ialah rezeki dan rezeki anak itu juga akan turun kepada ibu bapanya.

    Rezeki ada di mana-mana.. Jangan putus asa ketika mencari rezeki yang halal dan mohonlah pertolongan daripada Allah agar urusan kita dipermudahkan dan mendapat rezeki yang diberkati olehNya..

  • 10 Perkara Yang Selalu Dibazirkan

    times

    Sedar atau tidak… kita mudah membazirkan perkara yang paling berharga iaitu:

    • Ilmu – Mempunyai ilmu tapi tidak menggunakan dan mengamalkan dengan sebaiknya
    • Amalan – Tidak ikhlas dalam melakukan amalan
    • Harta – Tidak membelanjakannya pada jalan yang diredhai Allah
    • Kesihatan – Tidak mensyukuri nikmat kesihatan yang baik
    • Kepintaran – Tidak memikirkan mengenai keajaiban ciptaanNya
    • Tubuh Badan – Dibazirkan kerana menggunakan anggota badan bukan untuk melakukan ibadah
    • Cinta – Mengisi cinta selain cinta kepada Allah
    • Masa – Tidak melakukan perkara yang berfaedah
    • Zikir – Zikir yang tidak memberikan kesan dihati
    • Hati – Tidak mengisi hati dengan rasa cinta kepada Allah dan Rasul SAW
  • Kelebihan Surah Al-Fatihah

    al+fatihah

    Berikut merupakan kelebihan membaca Al-Fatihah

    • Baca 14 kali sebelum tidur, suami dan anak-anak akan mengingati kita selalu
    • Baca 41 kali tiup dalam air dan minum serta buat air mandian untuk melepaskan rasa sakit dalaman
    • Baca 7 kali dan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur kepada orang mengalami berpenyakit mental
    • Baca 3 kali tiup dalam segelas air. Setelah itu minum dan baca sambil mengusap kawasan yang terasa sakit.
    • Baca 7 kali dan sapu ke atas kepala bayi yang suka menangis pada malam hari atau pada bila-bila masa
    • Baca 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan tekan di langit-langit, (Mulut) kemudian sapu kepada kawasan yang sakit seperti luka berdarah, disengat lebah atau jari terkepit di pintu

    Baca lah dengan khusyuk, mohonlah pertolongan daripada Allah S.W.T agar diberi kesembuhan. Niatlah dengan jujur dan bertawakal kepada Allah S.W.T.

  • Panduan Mencuci Hati Dan Mengatasi Kesedihan

    heart-in-hands

    Berikut merupakan cara untuk menghilangkan dan menghindarkan daripada perasaan sedih:

    • Mendiri kan solat dan banyakkan berdoa.
    • Berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW sekurang-kurangnya 100 kali sebelum hendak tidur.
    • Bertaubat. Dirikan solat taubat dan mohon keampunan. Ia juga dapat menenangkan fikiran.
    • Maafkan orang lain dan minta maaf kepada orang lain apabila kita berbuat kesalahan.
    • Membaca al-Quran. Dengan itu, hati lebih tenang, hati menjadi bersih dan menyembuh kelukaan di hati.
    • Berfikiran positif. Jangan salahkan diri sendiri seperti marah kepada diri sendiri tapi bisikkan lah hati anda dengan kata-kata yang memberi semangat.
    • Puasa. Dengan berpuasa kita boleh terhindar daripada melakukan kesalahan.
    • Bersedekah.
    •  Ingat akan kematian. Apabila hati ingin membuat kejahatan sehingga hati menjadi bimbang, ingatlah bahawa kita akan mati pada bila masa-masa.
    • Belanja orang makan. Anda boleh belanja keluarga dan kawan-kawan rapat kerana anda akan rasa terhibur bersama mereka